Bagaimana Menggunakan Tags Untuk SEO?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog Ariffshah.com semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Ariff Shah adalah penulis jemputan tetap blog Denaihati dan antara entrinya ialah “First Impression Penting Untuk Blogger“ dan “Belajar SEO On-Page Daripada Analisa SEOMoz Pro“. Jom kita baca entri terbaru yang menarik ini :

Entri ini tak pernah ditulis di mana-mana sebaliknya hanyalah hasil daripada eksperimen saya. Pada pendapat saya, ini adalah cara yang paling betul untuk menggunakan tags (untuk pengguna WordPress).

Kita boleh spam macam-macam keyword pada tag. Memang itu yang kebanyakan blogger lakukan sebelum ni. Memang menjadi, tapi trafik yang masuk mungkin tidak berkualiti. Daripada maklumat Google Analytics, boleh tahu orang baca ke tak entri kita melalui maklumat average time on site (berapa lama user menghabiskan masa di blog kita secara purata).

Klik untuk paparan lebih besar. Contoh keyword high traffic tak berkualiti – red tube malaysia. Average time 0. No point.

Jadi apa yang saya buat adalah target keyword yang terbukti masuk dan berkaitan dengan entri tersebut untuk diletakkan pada bahagian tags. Method ni agak terbalik sebab kebanyakan blogger letak tags sebelum publish entry, tapi apa yang saya ajarkan ni adalah letak tag selepas publish entry.

Apa yang anda perlukan adalah real time analytics (seperti Getclicky, Woopra dan Google Analytics yang terbaru) dan sedikit masa antara 30 minit sehingga sejam sehari untuk optimize SEO blog anda.

Untuk setiap keyword yang masuk pada entri lebih-lebih lagi yang memang berkait rapat dengan entri, tambahkan tag berdasarkan keyword yang masuk dalam analytics.

Tak semestinya lepas update blog, entri tu dibiarkan begitu sahaja. Kadang-kadang kalau ubah sikit sana sini, boleh dapatkan hasil yang lebih baik. Semoga berjaya!


Spread the love

259 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!