Bagaimana mencari idea menulis blog peribadi tanpa henti.

Spread the love

Apakah rahsianya? Mungkin ramai diantara anda yang tertanya-tanya bagai mana sesorang blogger itu mampu bertahan dengan keadaan sebegini. Bagi mereka, setiap hari adalah keghairahan untuk berblog. Namun dalam masa yang sama, mereka masih punya masa untuk aktiviti riadah seperti manusia normal yang lain.

Assalamualaikum dan salam ceria untuk rakan-rakan yang berada di Blog DenaiHati.Com. Fokus terhadap penulisan adalah satu perkara yang sangat dititikberatkan oleh blogger yang profesional. Perkongsian pada kali ini terlebih dahulu saya menidakkan sama sekali kalau ada yang berkata saya ini seorang pro dalam menulis kemaskini di blog. Ini adalah perkongsian dari apa yang saya lihat oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang penulisan terutamanya penulisan blog.

Internet

Merupakan perkara penting untuk seorang blogger. Hidupnya tanpa erti kalau tidak ada internet. Walau bagaimanapun ketiadaan internet bukanlah faktor penghalang untuk mereka tidak mengemas kini blog. Ada sesetengah yang saya perhatikan telah membuat catatan berjadual terlebih dahulu. Mereka membuat persediaan yang rapi sebelum mereka ketiadaan internet. Mungkin sebab mereka bercuti panjang dan sebagainya, maka kaedah melepaskan catatan secara berjadual digunakan. Tetapi sekarang ni sudah canggih.. Kita sudah boleh “live blog”. Apa yang penting… sambungan internet tersedia di telefon bimbit.

Nota

Ramai yang kurang mempraktikkan kaedah ini. Mereka hanya menunggu bila berada di depan komputer untuk mula menulis. Sekiranya anda menulis catatan peribadi, mungkin anda tidak akan rasa kekok kerana perkara tersebut adalah perkara yang anda lalui seharian. Tapi bagaimana pula dengan penulisan yang berkonsepkan MOTIVASI? Kadang-kala nasihat dan kata-kata hikmah itu hanya datang sekali. Sekali ianya terlintas, kalau anda tidak menyalinnya… maka ia akan lenyap begitu saja.

Gambar

Menggunakan gambar sebagai pemudah-cara anda berblog adalah salah satu teknik yang agak berkesan. Tidak semestinya satu catatan itu mesti panjang lebar. Kadang-kala cukup hanya dengan sekeping dua gambar dapat merungkaikan apa yang hendak disampaikan. Menjadi seorang blogger yang agak tegar memerlukan anda memiliki sekurang-kurangnya sebiji kamera digital. Lebih elok ianya adalah kamera kompak untuk mudah dibawa kemana-mana. Ianya dikategorikan “Catatan Bahan Bukti”

Riadah

Perlukah anda terperap sepanjang hari memerah otak untuk menulis blog? Itu adalah satu teknik berblog yang agak kurang SMART. Kenapa perlu pecah kepala dan menjadi buntu? Duduk sampai berjam-lam lamanya di depan komputer… belek catatan yang lepas… tengok twitter… blog hop.. tapi, masih juga tidak datang idea untuk menulis??? Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, ada baiknya anda tutup komputer anda, dan keluar untuk aktiviti riadah. Lapangkan jiwa. Tapi sebelum keluar, sila bawa 3 perkara yang telah saya catatkan di atas sebagai persediaan seterusnya.

Termenung

Termenung untuk dapatkan idea? Apakah ini benar? Maksud saya, termenung sambil fikirkan sesuatu. Tak perlu menjadi kusut. Sebagai seorang blogger, apa yang ada di sekitar anda andalah perkara yang boleh ditulis. Mungkin semasa anda keluar beriadah tadi, anda nampak tiang lampu yang senget… atau mungkin anda tertarik pada sekawan semut yang sedang menghurung makanan… Tak terfikirkah anda apa yang boleh dicatatkan? Ini merupakan kunci utama. TENUNG, LIHAT & TULIS.

Bebaskan

Bebaskan perasaan anda. Menulis dengan penuh minat. Luahkan apa yang terpendam. Jika selama ini anda rasa was-was untuk menulis satu perkongsian, mungkin boleh cuba kelainan. Tetapi ingat, jangan sampai membawa padah. Walaupun menulis dengan penuh minat dan keghairahan… anda perlu fikirkan soal yang boleh mempengaruhi minda orang lain. Jangan menulis sesuatu perkara yang mendatangkan keburukan kepada orang lain atau menulis sesuatu perkara yang akan menyusahkan diri sendiri. Tulislah apa sahaja selagi ianya tidak melanggar 5RUKUNEGARA.

Muzik

Menulis sesuatu berkaitan dengan muzik boleh dikategorikan sebagai catatan yang beremosi atau catatan menyentuh jiwa.  Anda mungkin tertarik pada satu lirik lagu yang membawa erti dalam kehidupan anda. Cari lagi tersebut dalam Youtube, dan letak diblog. Lagu ini sebagai lagu tema untuk anda memulakan catatan. Jangan jadikan lagu tersebut dimain secara automatik. Sebaliknya, berilah peluang kepada pembaca anda untuk memilih sama ada ingin bersama menghayati perasaan dalam penulisan anda bersama lagu itu ataupon tidak.

Kalau nak diikutkan banyak lagi perkara yang mampu anda tulis dalam blog anda selain daripada tajuk:- “Hari ini aku malas…” atau mungkin “Aku tadek idea hari ni” Sila hentikan segera kerana anda sebenarnya membunuh reputasi anda dalam bidang penulisan blog.

Daripada catatan yang agak panjang pada kali ini, apa yang dapat saya rumuskan adalah:-

“Penulisan yang hadir tanpa JIWA adalah ZOMBIE – Azman Ishak”

Akhir kata, saya memohon maaf kalau mungkin catatan dan perkongsian pada kali ini ada menyentuh sensitiviti anda dan menimbulkan rasa ketidakselesaan semasa anda sedang membaca. Kelemahan datangnya dari diri saya dan kebaikan itu datangnya dari Maha Pencipta.

Semoga catatan pada kali ini sedikit sebanyak membantu menaikkan kembali semangat kita semua  dalam bidang penulisan blog. Seterusnya bersama-sama memartabatkan bidang penulisan terutamanya dalam Bahasa Melayu atau bahasa ibunda anda masing-masing… Insyaallah.

Keterangan Penulis : Entri ini adalah hasil karya saudara Azman Ishak yang merupakan penulis jemputan tetap di blog ini. Melalui blog Azmanishak.com beliau banyak berkongsi kisah kehidupan dan tips teknologi terkini. Projek terbaru beliau adalah kakikomplen.com.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

84 Comments

  1. Nice tips, dah siap install wordpress for BBerry tapi rajin masa baru install, skrg dh slow skit.. Lepas ni bleh start rajin balik aa

  2. tips ni mmg menarik.. terdapat beberapa cara yg selalu aku buat utk mencari idea telah sedia tersenarai dlm entry ni.. jd mmg sahlah keberkesanan cara2 tu..

  3. Saya juga sering kekeringan idea untuk menulis. Tapi setelah banyak membaca tips-tips dapatkan idea, saya sekarang takkan lepaskan idea yang terlintas dalam fikiran. Caranya, kalau ada idea, terus tulis dalam handset. Ada event menarik depan mata terus tangkap gambar guna E5.. buat catatan sikit. Bila ada masa lapang terus edit dan send ke blog. Alhamdulillah tips dari Denaihati.com menambah lagi idea saya nak menulis.
    Curahan rasa Cikgu Hairul @ ..Sapa Pulak Jadi MangsaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!