Bagaimana membuat latihan untuk penulisan yang panjang.

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

harini kita ingin berbincang bagaimana kita boleh membuat latihan, daripada penulisan yang pendek dan ringkas kepada penulisan yang panjang tetapi masih dalam struktur yang teratur dan tidak melalut.

Ini adalah perkara yang telah saya sendiri lakukan sejak beberapa tahun yang lalu. Tahun 2017 merupakan tahun berlatih untuk menulis lebih panjang setiap hari. Namun ianya bukanlah terus sahaja kepada jumlah perkataan yang banyak. Kita perlu juga latihan yang berperingkat, bukan semua berkemahiran untuk menulis panjang, termasuklah saya sendiri.

latihan menulis patah perkataan yang panjang

Persediaan dengan latihan berperingat

Pada mula menulis, memang tak semua ada kebolehan atau kemahiran untuk menulis panjang. Andai boleh menulis 100 patah perkataan pada permulaan pun dah rasa cukup baik. Ini perkara yang normal terutama apabila kita jarang menulis sebelum ini.

Usah paksa diri utnuk menulis lebih panjang, ianya hanya akan menyebabkan mood menulis kita hilang dan kita tidak berjaya untuk menyampaikan maklumat dengan lebih baik.

Apa yang perlu kita lakukan, adalah untuk menambah jumlah perkataan secara berperingkat. Peringkat ini ada beberapa formula yang kita boleh ikut, bergantung kepada kesesuaian dan kemahiran kita.

latihan menulis setiap hari

Latihan menulis setiap hari

Perkara yang baru, sebaiknya kita buat latihan setiap hari. Pada minggu pertama tetapkan jumlah perkataan yang kita ingin tulis setiap hari. Tulis di sini tidak semestinya menulis artikel di blog semata-mata. Penulisan dengan ejaan yang lengkap di platform media sosial juga boleh dijadikan sebagai latihan.

contoh minggu pertama kita tetapkan untuk tulis 200 patah perkataan setiap hari, kemudian tambah lagi kepada 250 atau 300 apabila telah selesa menulis 200 patah perkataan. Setiap kali kita dah rasa selesa, kita tambah nilai perkataan yang kita perlu tulis setiap hari.

Sampai satu ketika, kita akan berlatih untuk menulis ribuan patah perkataan setiap hari. Ini semua tidak berlaku dengan sekelip mata, perlu ditambah secara berperingkat. Kita hanyalah manusia biasa yang perlu dilatih dan diuruskan dengan baik.

percaturan dan perancangan artikel

Gabungkan penulisan dalam artikel

Sampai satu tahap, apabila kita telah selesa menulis 500 patah perkataan setiap hari, kita boleh mula gabungkan jumlah patah perkataan ini menjadi sebuah artikel. Latihan penulisan berdasarkan bilangan patah perkataan hanyalah latihan untuk menulis.

Apabila kita telah berjaya mencapai jumlah yang ditetapkan, kita mula berlatih untuk menulis artikel yang panjang pula.

Untuk sebuah artikel, kita boleh bermula dengan 350 patah perkataan, kemudian tambah menjadi 500 patah perkataan, 800 perkataan dan akhirnya 1000 patah perkataan ke atas untuk sebuah artikel.

Memang pada awalnya kita akan merasakan artikel itu terlalu panjang atau ada olahan yang kurang menarik. Pengurusan artikel ini juga memerlukan latihan yang berterusan. Usah beranggapan hanya kerana kita telah berjaya menulis satu artikel yang panjang, perkara itu menjadi mudah.

Tidak begitu.

penulisan artikel dengan kaedah yang betul

Uruskan struktur artikel untuk penulisan yang panjang

Apabila kita menulis artikel yang panjang, penting untuk kita menjaga struktur artikel kita. Pastikan ada sub topik atau headings untuk pembahagian penerangan, penggunaan perenggan yang baik (biasanya sekitar 4 baris untuk satu perenggan), ejaan yang betul dan yang paling penting untuk memastikan ada gambar yang ditambah setiap 2 atau 3 perenggan.

Semua ini akan memberikan keselesaan kepada pembaca yang ingin memahamkan maklumat atau isi kandungan yng cuba disampaikan.

Keselesaan pembaca akan membuatkan mereka rasa ingin terus berada dalam blog kita dan membaca artikel-artikel berkaitan yang telah diterbitkan dalam blog kita. Seterusnya mereka akan menjadi pembaca setia di blog kita dan menjadikan blog kita sebagai rujukan.

Apa yang lebih menarik, apabila pembaca terpikat dan melekat, sekali gus, Google atau enjin carian juga akan terpikat dan melekat di blog kita. Selamat mencuba.


Spread the love

67 Comments

  1. Lama dah meninggalkan karangan bahasa melayu. Tulisan sekarang ini menjadi tunggang langgang. huhu..tips yang baik. terima kasih

  2. Saya pun masih dalam proses melatih untuk penulisan yang panjang secara berperingkat , pada mulanya rasa macam agak sukar tetapi setelah jumpa rentak yang sesuai In Shaa Allah ianya akan menjadi lebih mudah
    Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Unifi Mobile ? Ok Ke ?My Profile

  3. betul. saya sedang cuba jadikan habit untuk menulis setiap hari. saya tak peduli berapa panjang saya tulis. sekadar nak biasakan diri untuk menulis kembali.

    masih lagi mencari rentak dan style menulis yang sesuai. nak menulis tentang takaful am dalam bahasa yang santai ni agak sukar. kena banyak berlatih. Bak kata Elin Hilderbrand, writing is simply a matter of discipline.

    doakan saya.
    Curahan rasa izwan @ ..Apa Nak Buat Kalau Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya?My Profile

  4. Terima kasih atas perkongsian sifu. Zumal kalau tulis panjang mesti terkeluar tajuk. Kena menimba ilmu lagi nampaknya…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!