Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah sehingga hari ini, dunia blogging masih kekal berdiri teguh walaupun ramai yang datang dan pergi. Ini dibuktikan apabila masih ramai individu dan juga syarikat yang mengambil pendekatan penulisan blog untuk membina perhubungan dengan peminat atau bakal pelanggan mereka.
Baru-baru ini, Denaihati Network telah dipilih sebagai rakan strategik untuk Malaysia Social Media Week 2015. Ini satu penghormatan untuk pihak Denaihati Network khususnya, dan kepada komuniti blogger amnya.
Bagaimana membina dan menulis blog yang baik?
Membina blog ini secara umumnya memang mudah, hanya perlu daftar akaun atau beli domain dan hosting, kemudian platform untuk menulis blog itu akan tersedia. Namun sekiranya kita ingin menjadi blogger yang profesional, pasti ada perkara-perkara yang perlu kita titikberatkan semasa proses membina blog ini dilakukan.
Blog adalah medium penyampai maklumat yang sangat berkesan sekiranya digunakan dengan baik, ianya mampu untuk menyampaikan perkara yang baik begitu juga sebaliknya. Proses penulisan, bagaimana memilih tajuk, bagaimana untuk menulis setiap perenggan, bagaimana menguruskan idea yang ingin ditulis dan pelbagai lagi teknik yang adakalanya diabaikan oleh penggiat blog.
Apabila kita melakukan sesuatu dengan lebih sistematik dan teratur, insyaALLAH hasil yang ingin kita capai juga akan dapat diukur dengan lebih baik.
Peluang belajar bina blog berkualiti bersama Akademi Denaihati
Pada 16hb Mei ini, hari sabtu, pihak Akademi Denaihati akan mengadakan kelas penutup tahun 2015. Kelas ini adalah kelas terbuka terakhir yang akan diadakan pada tahun ini, ini merupakan kelas istimewa yang dibawakan khusus untuk sesiapa yang ingin belajar membina blog yang baik.
Pengisian kelas terakhir ini juga akan diubahsuai untuk memasukkan lebih banyak input yang akan boleh digunakan oleh rakan-rakan blogger yang akan bergiat dalam bidang yang masih terus berkembang ini.
Mungkin ada yang akan berkata, ini sekadar gimik oleh pihak Denaihati Network dengan menyatakan ini adalah kelas terakhir.
Kami mohon maaf kerana ini bukanlah sekadar gimik, ada beberapa projek 2015 yang akan diberi laluan dan tumpuan sepenuhnya selepas ini. Ini tidak bermakna kami akan menutup Akademi Denaihati, kelas-kelas peribadi atau tertutup masih diterima mengikut kesesuaian.
Sekiranya anda telah memasang niat untuk menaik taraf blog sedia ada, atau ingin menambah ilmu mengenai penulisan dan pemasaran blog, jemput untuk daftar kelas ini di Halaman Pendaftaran WordPress Essentials.
Yuran yang dikenakan itu adalah sangat berpatutan, insyaALLAH, jika dipraktikkan pengisian dalam kelas ini nanti, akan akan boleh membina blog yang berkualiti tinggi yang akan boleh digunakan untuk pemasaran online atau pembinaan jenama yang baik.
Bekas pelajar Akademi Denaihati juga dijemput untuk daftar kelas ini sebagai ulangkaji dan penambahan info-info terkini, yuran istimewa disediakan untuk bekas pelajar Akademi Denaihati. Bertemu kita dalam kelas 16 Mei ini nanti.
131 Comments
Sehari dapat 1000 visitor pun dah Alhamdulillah sangat. Kalau lebih, lagi best!
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kenali 3 Tanda Awal Saat Bersalin Hampir Tiba!
PG kadang main tulis je. Tak fikir pasal cara yang betul nak menulis dekat blog. 😉
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Cara Berkasih Sayang Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W 😉
blog memang banyak manfaat untuk berbagi kepada sesama manusia hal kebaikan
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Meraih Derajat Ihsan
Memang seronok kalau ramai pelawat yang datang setiap hari. Pastinya kerana entry yang berkualiti.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bila Sample Susu Anmum Pun Dicuri Orang
pernah sekali capat 30 ribu pelawat blog hampir seminggu, sampai sesak blog saya dibuatnya.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Bisnes Baju Kurung Di Bulan Ramadan
rasa puas hati sebab dapat tarik dari 500 ke 1000 pelawat sehari hanya guna SEO.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Bisnes Baju Kurung Di Bulan Ramadan
dulu saya guna hosting 20GB sebulan, tapi tak cukup untuk blog, sekarang guna 500GB baru puas hati.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Beli Vellfire Guna Duit Jualan Perfume
ada blog macam-macam kita boleh buat…yang penting boleh buat promosi bisnes..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Agen Promosi Online Diperlukan Segera
sy sangat terbantu dgn artikel ini, Terimakasih atas infonya gan
sungguh sangat menarik dan bermanfaat
salam kenal..
alhamdulillah, seronok sebab dapat belajar blogging, saya dah jarang di media sosial sebab seronok kongsi info di blog.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Bisnes Baju Kurung Di Bulan Ramadan
saya kadang-kadang sahaja lepak di FB berbanding blog..dengan blog jiwa saya lebih puas dan seronok..orang kata ..apa nak jadi ..jadilah..hu..hu..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Jom Sediakan Payung Sebelum Hujan
Bagi yang terlepas, kena join tahun depan nampaknya. Banyak ilmu dapat dipelajari.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Tips Atasi Thrush ->Jangkitan Kulat atau Keputihan Pada Mulut Bayi
semoga semakin maju denaihati..
5 tahun yang lepas, disebabkan saya masih bersekolah dan takda duit yg banyak saya terpaksa belajar membina website dan rangkaian bisnes sendiri. walaupun saya teringin sangat nk attend bengkel/kursus mcm ni.
Curahan rasa MDHAFiZ.NET @ ..Semakan keputusan kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier bagi sesi akademik 2015/2016 untuk calon lepasan SPM/Setaraf
Saya jg begitu gan, berhasil daftar google, tp ke banned…susah dapat penghasilan kalo hanya sekedar mengandalkan google ads. Salam 1 dunia 😀
Jom singgah ke blog saya dengan cerita-cerita dari padang pasir .. 🙂
Curahan rasa shikin hamzah @ ..Hello Dubai 2013 Part II
Wa best. Ok, akan ke blog kamu sekarang. Semalam ada baca taman tema dekat padang pasir. Menarik 🙂
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Cara Berkasih Sayang Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W 😉
nge blog capek juga ya gan, kita capek-capek nulis artikel tapi ketika daftar ke google adsense gak keterima, sekarang ngeblog yang penting bagi orang saja gan, mungkin lama kelamaan bisa datang orang yang pasang iklan,,, curahat dikit
Curahan rasa loker aceh @ ..Lowongan Kerja Bank BCA Staf Aspek Manajemen Konstruksi Mei 2015
Comments are closed.