Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah sehingga hari ini, dunia blogging masih kekal berdiri teguh walaupun ramai yang datang dan pergi. Ini dibuktikan apabila masih ramai individu dan juga syarikat yang mengambil pendekatan penulisan blog untuk membina perhubungan dengan peminat atau bakal pelanggan mereka.
Baru-baru ini, Denaihati Network telah dipilih sebagai rakan strategik untuk Malaysia Social Media Week 2015. Ini satu penghormatan untuk pihak Denaihati Network khususnya, dan kepada komuniti blogger amnya.
Bagaimana membina dan menulis blog yang baik?
Membina blog ini secara umumnya memang mudah, hanya perlu daftar akaun atau beli domain dan hosting, kemudian platform untuk menulis blog itu akan tersedia. Namun sekiranya kita ingin menjadi blogger yang profesional, pasti ada perkara-perkara yang perlu kita titikberatkan semasa proses membina blog ini dilakukan.
Blog adalah medium penyampai maklumat yang sangat berkesan sekiranya digunakan dengan baik, ianya mampu untuk menyampaikan perkara yang baik begitu juga sebaliknya. Proses penulisan, bagaimana memilih tajuk, bagaimana untuk menulis setiap perenggan, bagaimana menguruskan idea yang ingin ditulis dan pelbagai lagi teknik yang adakalanya diabaikan oleh penggiat blog.
Apabila kita melakukan sesuatu dengan lebih sistematik dan teratur, insyaALLAH hasil yang ingin kita capai juga akan dapat diukur dengan lebih baik.
Peluang belajar bina blog berkualiti bersama Akademi Denaihati
Pada 16hb Mei ini, hari sabtu, pihak Akademi Denaihati akan mengadakan kelas penutup tahun 2015. Kelas ini adalah kelas terbuka terakhir yang akan diadakan pada tahun ini, ini merupakan kelas istimewa yang dibawakan khusus untuk sesiapa yang ingin belajar membina blog yang baik.
Pengisian kelas terakhir ini juga akan diubahsuai untuk memasukkan lebih banyak input yang akan boleh digunakan oleh rakan-rakan blogger yang akan bergiat dalam bidang yang masih terus berkembang ini.
Mungkin ada yang akan berkata, ini sekadar gimik oleh pihak Denaihati Network dengan menyatakan ini adalah kelas terakhir.
Kami mohon maaf kerana ini bukanlah sekadar gimik, ada beberapa projek 2015 yang akan diberi laluan dan tumpuan sepenuhnya selepas ini. Ini tidak bermakna kami akan menutup Akademi Denaihati, kelas-kelas peribadi atau tertutup masih diterima mengikut kesesuaian.
Sekiranya anda telah memasang niat untuk menaik taraf blog sedia ada, atau ingin menambah ilmu mengenai penulisan dan pemasaran blog, jemput untuk daftar kelas ini di Halaman Pendaftaran WordPress Essentials.
Yuran yang dikenakan itu adalah sangat berpatutan, insyaALLAH, jika dipraktikkan pengisian dalam kelas ini nanti, akan akan boleh membina blog yang berkualiti tinggi yang akan boleh digunakan untuk pemasaran online atau pembinaan jenama yang baik.
Bekas pelajar Akademi Denaihati juga dijemput untuk daftar kelas ini sebagai ulangkaji dan penambahan info-info terkini, yuran istimewa disediakan untuk bekas pelajar Akademi Denaihati. Bertemu kita dalam kelas 16 Mei ini nanti.
131 Comments
siapa yang malas baca kitab pink tu, elok sangat la pegi kelas ni.
leh terus belajar dari kosong.
Curahan rasa titan @ ..Homestay Murah di Dungun.
kalau dapat ilmu blogging meman teruja.
sehari dapat 500 pelawat pun dah rasa seronok.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Servis Dobi Perkhidmatan Dan Perniagaan
Masih belum berani keluar dari kepompong blogspot.. 😀 Hopefully insya Allah berkesempatan untuk join belajar dengan team denai hati 🙂
Curahan rasa Rara Zack @ ..My First Experience as A Facilitator
Nak cuba guna wordpress..Melalui program atau kursus membina wordpress ini, InsyaAllah semakin ramai para penulis blog yang akan muncul tidak lama lagi..amin..
Curahan rasa KERJAYA TERKINI @ ..KERANI NIOSH DIKEHENDAKI SEGERA
Blog wordpress memang terbaik untuk blog perniagaan .. siapa ada bisnes elok guna platform wordpress
Curahan rasa hasrul hassan @ ..10 Sebab Untuk Tidak Melabur di Tabung Haji Mahupun ASB
Platform Blogspot tak ok ke? Ape bezanya kedua2 paltform ni? Dari segi SEO, adakah wordpress lebih baik dari Blogspot?
Curahan rasa KERJAYA TERKINI @ ..KERJA KOSONG LEMBAGA LADA MALAYSIA
semoga akan bermunculan lagi lulusan akademi yang menjadi blogger tegar macam mak jemah
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Taqwa
Menarik, banyak kelebihan yang disediakan melalui platform wordpress. Menghadiri kelas ini sangat perlu kerana banyak perkara dan persoalan yang boleh dibangkitkan dalam memahami penggunaan blog platform wordpress ini. Tahniah.
Curahan rasa Inspirasi Huda @ ..Promosi Shaklee Mei 2015
pendaftaran sudah di buat. excited 😀
pada semua yang join, jumpa di sana.
yang palisg sulit sih menurut saya cuma mikirin ide posting, nice blog 😀
Curahan rasa Raden Bagas @ ..5 Nama Lain Indonesia Pada jaman Dahulu
Belajar dengan orang yang berpengalaman.bagus untuk menjadi blogger yang beretika nanti.
Curahan rasa Muhamad Hirman @ ..Tapis Iklan Najis Dadah Dan Promo Filem Hantu Di TV
denai hati memang blog yang berpengaruh dan menghasilkan artikeo yg berkualiti..
Curahan rasa labu @ ..CARA UNTUK MENJADI PELAJAR YANG CEMERLANG
Artikel2nya bagus gan dan sangat bermanfaat bagi pembaca.
Salam kenal ya gan.
Curahan rasa Agent Wisata Bromo @ ..Sewa Mobil Untuk Wisata Bromo Dari Surabaya
tidak rugi pergi kelas anjuran Denaihati. Banyak ilmu yang dapat dipelajari terutama blogger baru seperti saya 🙂
Curahan rasa aryn @ ..3 CARA KURANGKAN SAKIT TEKAK DAN BATUK DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN DI RUMAH
kelas terkahir ke untuk tahun ni..kena usahakan sesuatu untuk pergi juga ni…
Curahan rasa hasrul @ ..Sakit Lutut Hilang Seawal 5 Minit
Peluang terbaik bagi mereka yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan pasal blogging.
Curahan rasa daddydee @ ..Pengalaman Bawa Anak Ke Klinik Pakar Kanak-Kanak
Comments are closed.