Malaysia tidak hantar jemaah haji pada tahun ini

Spread the love

Tahun ini, Malaysia sekali lagi membuat keputusan untuk tidak menghantar jemaah haji bagi musim haji 1442H.

Ia selepas Kerajaan Arab Saudi mengesahkan bahawa ibadah haji yang bakal berlangsung pada Julai ini hanya dibenarkan untuk rakyat dan penduduk tempatan sahaja.

Hal ini demikian kerana situasi pandemik COVID-19 yang belum mengizinkan, justeru kouta jemaah haji yang dibuka hanyalah 60,000 orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan, pihaknya akur dengan keputusan itu.

“Saya ingin menyatakan bahawa Malaysia tidak akan menghantar jemaah haji bagi musim haji 1442H, akur serta menghormati keputusan kerajaan Arab Saudi yang hanya membenarkan ibadah haji dijalankan bagi warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut,” ujarnya.

“Saya akan memastikan segala urusan rakyat Malaysia yang telah berada di sana dan terpilih untuk melaksanakan ibadah haji bagi musim haji 1442H diuruskan dengan sebaiknya oleh Lembaga Tabung Haji, selaras dengan prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi,” tambahnya lagi.

Tambahan, Menteri kesihatan Arab Saudi memaklumkan, prosedur operasi standard (SOP) baharu yang lebih ketat diperkenalkan, antaranya jemaah mestilah sihat dan bebas daripada sebarang penyakit kronik.

Selain itu, kebenaran hanya akan diberikan kepada jemaah berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun yang sudah diberi suntikan vaksin sepenuhnya, selaras dengan program vaksinasi yang dilaksanakan kerajaan.

Dalam masa sama, kebenaran juga diberikan kepada jemaah yang telah menerima suntikan vaksin dos pertama dalam masa 14 hari sebelum ibadah haji bermula, atau mereka yang divaksinasi selepas sembuh daripada jangkitan.

Semua SOP baharu ini dikuatkuasakan bagi memastikan keadaan terkawal, di samping sebagai usaha kerajaan mengurangkan penularan wabak berkenaan.

Limitasi kouta ibadah haji yang dilaksanakan Arab Saudi ini sekaligus ‘menutup’ pintu buat negara-negara lain yang ingin menghantar jemaah haji mereka termasuk Malaysia.

Sumber: Awani, Siakap Keli


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!