Astro Perkhidmatan Pelanggan menipu

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pertengahan bulan Oktober aku mendapat panggilan telefon dari pusat perkhidmatan pelanggan Astro katanya bil astro tertunggak. Aku tanya balik betul ke sebab aku baru je bayar bil tersebut beberapa hari lepas dan aku tegaskan yang aku yakin aku dah bayar bil tersebut. Perbualan tersebut tamat begitu sahaja dan aku terlalu sibuk nak memeriksa bil terkini.

Pada 27/10/13 sekembalinya aku dari Johor menziarahi anak-anak di asrama siaran Astro aku telah dipotong nasib baiklah masa itu tidak ada perlawanan Arsenal. Setelah aku periksa bil rupanya aku telah membuat kesilapan dengan membayar ke akaun Astro lama yang telah dipotong beberapa bulan yang lepas.

Awal pagi 28/10/13 aku telah membuat panggilan ke pusat perkhidmatan pelanggan Astro di talian 1300-82-3838. Aku menerangkan masalah tersalah bayar ke akaun Astro lama dan minta dipindahkan ke akaun Astro yang baru. Seorang wanita menjawab dan berjanji akan membantu menyelesaikan masalah dengan memindahkan jumlah yang ada di akaun lama ke akaun baru. Wanita tersebut juga berjanji akan mengaktifkan akaun Astro dalam tempoh tiga jam tetapi tidak ditepati sehingga aku terpaksa menelefon sekali selepas 12 jam.

Klik Untuk Panduan Membeli Tiket AirAsia Secara Online

Pada 2/11/13 ketika dalam perjalanan ke KLIA aku menerima panggilan dari pusat perkhidmatan pelanggan Astro menyatakan bil aku tertunggak dan aku jelaskan yang aku dan berurusan dengan pihak Astro tentang masalah ini. Aku syak wanita yang berurusan pada 28/10/13 tak buat kerja. Pada 4/11/13 sekali lagi akaun Astro aku disekat.

Pada 5/11/13 aku membuat panggilan ke pusat perkhidmatan pelanggan Astro dan bercakap dengan seorang lelaki. Kali ini aku catatkan nama pegawai perkhidmatan pelanggan tersebut untuk rujukan. Beliau memohon maaf kerana rakan pertamanya tidak mengambil tindakan ke atas masalah yang telah dirujuk. Beliau berjanji untuk menyelesaikan masalah. Kesungguhannya ternampak apabila beliau menelefon sekali lagi dan memastikan akaun Astro diaktifkan serta merta.

Pada 13/11/13 sekali lagi akaun Astro aku disekat dan aku syak memang masalah yang sama. Adakah mamat ke dua ini pun tak buat kerja?

Akaun astro di potong walaupun sudah bayar bil

Untuk kali ke tiga aku call Astro untuk isu yang sama kali ni aku call tepat pada jam 8.05 am, 13/11/13. Soalan pertama aku apabila dapat berkomunikasi dengan pegawai perkhidmatan pelanggan Astro yang baik budi pekerti ialah “kenapa akaun Astro aku disekat?” dan jawabannya pun sama kerana ada tunggakan. Sekali kali aku jelaskan tapi kali ni aku speeking London supaya mereka lebih faham. Mamat tu kata mengikut rekod memang betul aku ada buat laporan dua kali iaitu pada 28/10 dan 5/11 tetapi malangnya kedua-dua laporan itu tidak diambil tindakan. Maknanya awek pertama dan mamat kedua tak buat kerja jadi apa yang diaorang buat … makan popcorn ke??

Mamat ke tiga yang juga aku catatkan namanya nampak lebih beretika dengan terus membuat laporan dan memberi aku nombor laporan yang dibuat. Dia berjanji akan mengaktifkan akaun Astro serta merta tetapi ketika entri ini di publish pada jam 2.10 pm akaun Astro masih disekat. Boleh percaya ke mamat ke tiga ini atau dia marah sebab aku cakap kali ini aku akan terus kat blog dan kongsikan di Facebook kalau masalah tak selesai.

Jadi ke mana lagi aku nak mengadu kalau Pusat Perkhidmatan Pelanggan Astro pun tak dapat membantu walaupun isu yang sama sudah tiga kali dilaporkan. Untuk makluman jumlah yang aku bayar tersebut melebihi daripada jumlah tunggakan sebenar. Jadi kalau anda kenal kepada CEO Astro Dato’ Rohana Rohzan tolong fowardkan link entri ini. Adakah ini boleh dikatakan sebagai penipuan oleh pegawai perkhidmatan pelanggan Astro??

astro hand-over-ceremony

Astro ini banyak juga jasa kepada aku terutama Astro Awani yang sudah beberapa kali menyiarkan temu bual perkongsian ilmu perniagaan online. Pasti teringat Hilal Azmi yang selalu jemput untuk program Bisnis Altenatif, Nisa Kasnon yang buat cover seminar hartanah dan Haji Nazri yang pernah bersama di Mekah. Blog Denaihati juga telah beberapa kali menulis advertorial untuk program-program Astro seperti artikel di bawah.

Tapi, yang tak betul mesti juga ditegur supaya boleh memberi perkhidmatan lebih baik. Kali ini aku tak akan call Astro nak tengok berapa lama diorang akan sambung siaran Astro yang disekat. Bukan sekali sudah tiga kali buat laporan yang sama. Adakah aku yang bersalah?

Anda ada pengalaman buruk dengan Astro? Jom kongsikan mana tahu Dato’ Rohana sudi nak baca entri ini bolehlah beliau ambil tindakan kepada staff yang tak bertanggungjawab tersebut.

Berita terkini :

  • Tepat jam 9.14 pm, 13/11/13 Cik Anita dari Pusat perkhidmatan pelanggan, Astro menefon aku memaklumkan pihak Astro telah mengambil tindakan dan sedang menguruskan masalah yg berlaku. Dalam 48 jam beliau janji untuk menefon kembali untuk confirmkan duit dari akaun lama sudah dipindah ke akaun baru.
  • 9.17 pm @astroonline telah membalas tweet memohon maaf di atas kesulitan dan memaklumkan telah mengajukan masalah ke bahagian berkenaan.
  • 2.15 pm, 14/11/13 wakil daripada marketing telefon memohon maaf di atas maslah yang berlalu. Beliau berjanji untuk memasti masalah ini selesai segera.
  • 5.00 pm 14/11/13 Cik Anita sekali menelefon memaklumkan duit terlebih bayar di akaun lama telah dipindahkan ke akaun baru. Beliau meminta aku merujuk pada bil terbaru yang akan keluar pada 16/11/13.

Terima kasih kepada Hilal Azmi, Noor Razman, DayDeck86, Pn Norlida, Cik Anita dan Azaria Loh kerana sudi membantu menyelesaikan masalah yang berlaku semuga ianya menjadi pengajaran kepada semua.


Spread the love

176 Comments

  1. Pengalaman saya dah selalu sgt akaun astro di sekat..biasanya sy akan buat bayaran pada awal bulan..tp dah byk kali blm cukup masa akaun kena block..contoh..bln june akaun disekat 24hb..semua tunggakan dah dibyr…tiba2 bln july 23hb akaun kena block lg…sakit hati punya pasal smp hari ni sy biarkan aje..malas nk bayar…mungkin cara ni astro buat untung kerana setiap akaun yg reconnect kena charge rm20..itu satu akaun…mungkin akan terus terminate.. guna unifi jer lg baik..

  2. Pengalaman saya dah selalu sgt akaun astro di sekat..biasanya sy akan buat bayaran pada awal bulan..tp dah byk kali blm cukup masa akaun kena block..contoh..bln june akaun disekat 24hb..semua tunggakan dah dibyr…tiba2 bln july 23hb akaun kena block lg…sakit hati punya pasal smp hari ni sy biarkan aje..malas nk bayar…mungkin cara ni astro buat untung kera setiap akaun yg reconnect kena charge rm20..itu satu akaun…

  3. Tak tahan ngan bil Astro, cerita2 pon boring dan selalu berulang. Selepas lebih 10tahun,i terus potong servis ni dan sunbcribe ngan Hypp tv. After all, sama line ngan steamyx. Murah lagi tu. Hepi dh, end of story.

  4. bila 2 thn bill xpernah dapat. bila tanye dia cakap hantar bill guna email. tp sblm 2 xpnh la plak anta guna email. dan yang pling best xpernah kne potong pn. sekali bil sampai wah terbeliak biji mata. tapi masalah selesai jugak. dan pengalaman lain bile kne potong, bila kol customer service dia kte ade tunggakan 24enget yg xtau bil tu ape. bila dh bayar dia janji nk bkak sambungan dalam 1 jam last sekali smpi 1 ari xsambung balik. dan keesokan kne kol sekali lagi dan baru boleh tgk

  5. selalunya kes akaun jd lain ni bilamana kita ad mmbuat pengubahsuaian pd pelan kita.katakan skrg ambil premium pakej tp kmudiannya kita upgrade/downgrade jd akaun yg baru akan dbuka.mslhnya kita xdimaklumkn akan asas ni lalu kita yg dah biasanya mmbayar secara elektronik (dah save sbg favourites) pun main tekan sj.pengalaman pd akaun astro atas nama bapa.kesian pd kita perlu dtg ke kaunter astro semata2 nak jelaskan baki akaun lama juga menuntut pindahan drpd akaun lama yg terlebih bayar

  6. astro makin teruk..cerita ntah bape kali ulang..lg2 time raye ni..igt ade la cite baru2..sume cite zaman dulu kala yg diulang2..xberbaloi langsung dgn caj yg dikenakan..baik tgk RTM@tv3 ke..lg byk cite baru..lg satu paling menyampah time2 angin2 nk ujan..trus xdpt lgsg channel..kate tukar decorder baru la..pakej baru la xde msl xdpt channel time ujan..tp hampeh…same je..byr makin mahal tp….hampeh giler

  7. Astro mmg celaka… nk cite pnjg sgt.. aku pun ada 3 akaun ntah cmna astro ni… akaun ptama ada terlebih byr tp mcm celaka jwpn dia… ni skrg ada kes lg mcm celaka astro… mmg bengang gile lah

  8. Astro terlalu menindas pengguna,,,banyak perkara yang tak sepatutnya dikenakan caj,,,,potong sambong semula pon kena,,, padahal nak sambong ke nak potong ke,,, semua dari pejabat je,,, kenapa rm20 perlu dikenakan ,,, sambong semula tanpa pengetahuan pelanggan …bayangkan 3 bulan perkhidmatan disambong langsong tak tengok tak tau pon,,, tiba2 je bil sampai tertunggak ,,, sedangkan bil tersebut sudah saya minta pihak astro hentikan..alasan kad asto tidak dikembalikan,,,

  9. Saya pun ada pengalaman dengan astro ni. Waktu nak pindah rumah dari Shah Alam ke Selangor, call mintak pindahkan astro. Terpaksa call 3 kali baru dieorang hantar orang untuk proses pemindahan. Lepas tu kos perpindahan pulak dieorang charge 2 kali. Geram jugak.

    Tengah tunggu kontrak habis bulan 10 ni. Lepas ni nak terminate terus.
    Curahan rasa Fadzi Razak @ ..CPUV Ketiga Bulan Julai – uMobile Prepaid Free MealMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!