Arsenal Persediaan Awal Musim 2013/14

Spread the love

Assalamualikum dan Salam 1Dunia, sudah lama tak menulis update terbaru pasukan kesayangan aku Arsenal. Musim 2012/13 Arsenal bermula dengan buruk sehingga pernah berada di kedudukan ke 10 BPL. Ketika itu ramai yang menyalahkan Pengurus Pasuakan, Arsene Wenger kerana menjual Van Persie kepada Manchester United. Aku tak pernah menyalahkan Arsene Wenger kerana susah juga nak simpan pemain yang dah tak minat nak main di kelab sendiri jadi lebih baik jual dapat juga duit. Pengajaran daripada kes ini adalah Pengurusan Arsenal telah mengubah polisi gaji yang dulu ada cap tertentu.

Arsenal mengakhiri musim 2012/13 dengan cemerlang dengan tidak tewas 10 perlawanan berturut-turut dan berjaya menyingkirkan Tottenham untuk layak keperlawanan kelayakan Champions League. Kejayaan Arsenal mengekalkan kedudukan big four BPL memang tak dijangka kalau melihatkan peristasi diawal musim.

Untuk musim baru 2013/14 Arsenal telah mendapat bajet sebanyak 70 juta pound untuk membeli pemain bagi mengukuhkan pasukan yang memang sudah bagus. Cubaan untuk mendapatkan penyerang Real Madrid, Gonzalo Higuain setelah tewas kepada Napoli yang sanggup membayar lebih. Sekarang kabarnya Arsenal sedang mengejar penyerang Liverpool, Lius Suarez. Bidaan pertama 30 juta pound telah ditolak begitu juga bidaan kedua 40 juta pound. Liverppol mengharapkan Arsenal membina pada harga 50 juta pound. Kita tunggu apa yang berlaku. Selain itu Arsene Wenger akan juga membeli beberapa pemain lain yang berkualiti dan paling penting sesuai dengan corak pemainan Arsenal.

Musim 2013/14 bermula dengan baik apabila Arsenal menang semua perlawanan persahabatan dalam misi lawatan ke Asia. Berikut adalah keputusan perlawanan persahabatan Arsenal di Asia.

  1. Indonesia XI vs Arsenal : 0 – 7 (14/7/13)
  2. Vietnam XI vs Arsenal : 1 – 7 (17/7/13)
  3. Nagoya Grampus vs Arsenal : 1 – 3 (22/7/13)
  4. Urawa Red Diamonds vs Arsenal : 1 – 2 (26/7/13)

Arsenal akan meneruskan lagi beberapa perlawanan persahabatan sebelum bermulanya BPL Musim 2013/14 di mana Arsenal akan menentang Aston Villa untuk perlawanan pertama pada 17/8/13. Berikut adalah perlawanan persahabatan yang lebih mencabar.

  1. Arsenal vs Napoli : 2 – 2 (3/8/13)
  2. Arsenal vs Galatasaray : 1 – 2 (4/8/13)
  3. Arsenal vs Manchester City : 3 – 1 (10/8/13)

Aku berpendapat musim 2013/14 adalah musim terbaik Arsenal menjulang kejayaan kerana ini satu-satu team Big Four BPL yang tidak bertukar pengurus dan team kejurulatihan. Manchester United, Chelsea dan Manchester City mendapat pengurus baru yang pasti akan mengambil masa untuk menstabilkan pasukan. Liverpool dan Tottenham nampak semakin mantap jadi perlu diperhatian lebih.

Jersey baru Arsenal

Dengan jersey away baru yang menawan pasti menambah semangat hero-hero Arsenal untuk meledakan gol lagi tidak banyak pergerakan pemain keluar daripada Arsenal musim 2013/13 berbanding dua musim lepas menjadikan Arsenal team paling stabil untuk musim baru. Arsenal hanya perlu menambah super star midfield yang boleh menyediakan peluang terbaik kepada penyerang merembat gol. Di samping itu Arsenal perlu menambah pemainan pertahanan memandangkan pemain sekarang ramai yang dilanda kecederaan. Kalau nak beli penyerang mesti tahap lima bintang bukan sekadar beli penyerang biasa-biasa sahaja.

Aku yakin musim baru pasti penyokong MU, Chelsea dan MC apatah lagi Tottenham pasti gigit jari tengok Arsenal.

Penyokong Harimau Malaya pulak sedang menunggu perlawanan bersejarah pada 10/8/13 apabila Malaysia XI akan menentang Barcelona setelah team Harimau Malaya tewas bergaya dalam perlawanan persahabatan sebelum ini kepada Chelsea 1 – 4.

Keputusan Malaysia XI vs Barcelona : 1 – 3 (Amri Yahya, Febregas, Neymar, Pique)

Berita terkini Arsenal



Spread the love

42 Comments

  1. Saya kurang mengikuti perkembangan Arsenal ni.. dah jadi kebiasaan dah pada diri ni.. kelab yang dah ramai orang suka Automatik jadi tak suka eheheh… busuk betul hati ni… anyway lebih cenderung kepada Chelsea lah.. kalah ke menang ke tetap bersama Chelsea ehehe.. jangan maraaaa….

    10 Ogos 2013 berharap kalau Malaysia VS Barcelona nanti harap tak kalah teruk macam Arsenal belasah Indonesia… biarlah kalah tu bermaruah setelah bermain bemati-matian..

    p/s : Minggu lepas terdengar satu berita di radio yang mana ada kelab dari Afrika membelasah kelab juga dri Afrika dengan 72 gol berbalas 1 … perghhh 72 gol tu bukan sikit-sikit… bermakna diorg jaringkan gol setiap 1minit sekali lah ye?? hahaha.. jangan kita jadi macam tu sudah…
    Curahan rasa SilenceBlogz @ ..Live Streaming Malaysia vs Barcelona 2013My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!