Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, jendela perpindahan musim panas akan berakhir pada 2/9/13 tetapi superstar yang dijanjikan oleh Arsene Wenger masih belum kunjung tiba. Sehingga entri ini ditulis baru dua pemain baru menyertai Arsenal iaitu Yaya Sologo dan yang terbaru budak lama Arsenal Mathieu Flamini. Peminat mengharap pemain superstar yang sesuai dengan corak pemainan Arsenal untuk persediaan musim 2013/14 yang sangat mencabar.
Musim perpindahan kali memang sangat panas dengan nilai pemain mencecah puluhan juta euro yang kekadang entah benar nilai permain semahal itu atau hanya pertandingan siapa paling banyak duit antara pelabur Arab, Amerika atau Russia.
Pemain manalah agaknya yang bakal Arsene Wenger bawa masuk ke Arsenal musim ini??
Capital One League Cup
Arsenal yang tidak bermain pada pusingan pertama dan kedua telah diundi untuk menentang West Ham pada 23/9/2013 untuk pusingan ketiga. West Ham bukanlah pasukan yang mudah dikalahkan tetapi lebih baik berbanding nasib Liverpool yang terpaksa menentang Manchester United di pusingan ketiga. Arsenal biasa menggunaka Capital One Cup sebagai medan peluang kepada pemain simpanan untuk menunjukan bakat dan latihan bermain diperlawanan sebenar.
Champions League
Alhamdulillah Arsenal berjaya menewaskan Fenerbahce 2 – 0 dalam perlawanan play-off kedua di Stadium Emirates. Ramsey telah menjaringkan kedua-dua gol yang memberi kemenangan besar kepada Arsenal dengan agregat 5 – 0.
Video jaringan Ramsey ketika menewaskan Fenerbahce
Kemenangan kepada Fenerbahce telah melayakan Arsenal untuk ke perlawan kumpulan Champions League untuk kali ke 16 berturut-turut. Arsenal telah diundi dalam kumpulan F yang boleh tahan mencabar.
Undian Champions League 2013/14
[box type=”shadow”]Group A : Manchester United, Shakhtar Donetsk, Bayer 04 Leverkusen, Real Sociedad
Group B : Real Madrid, Juventas, Galatasaray, København
Group C : Benfica, PSG, Olympiakos, Anderlecht
Group D : Bayern Munchen, Cska Moscow, Manchester City, Victoria Plzen
Group E : Chelsea, Schalke 04, FC Basel, Steaua Bucuresti
Group F : Arsenal, Olympique Marseille, Borussia Dortmund, Napoli
Group G : Porto, Atletico Madrid, Zenit, Austria Wien
Group H : Barcelona, AC Milan, FC Ajax, Celtic[/box]
Daripada undian ini Arsenal sangat memerlukan beberapa pemain baru untuk mengukuhkan pasukan yang memang sudah terbaik. Masalah utama Arsenal adalah kecederaan kerana itu pemain baru yang berkualiti sangat diperlukan.
Arsenal vs Tottenham BPL 2013/14 Week #3
Minggu ini selain Arsenal yang akan menerima kunjungan Tottenham, perlawanan Liverpool menentang Manchester United pasti akan menjadi perhatian terutama kepada Blogger Shakiddo dan Melastik Bintang. Tottenham bukan lagi pasukan yang sama ketika Arsenal menewaskan 5 – 2 pada musim lepas. Musim 2013/14, Tottenham telah membeli ramai pemain baru dengan duit penjualan Gareth Bale kepada Real Madrid yang merupakan rekod baru dunia iaitu 86 juta pound.
Perlawanan Arsenal vs Tottenham sebelum ini agak seimbang tetapi kali ini tidak semudah itu ditambah dengan kecederaan Podolski dan Oxlade Chamberlain.
Live streaming Arsenal vs Tottenham @ Goal
Keputusan Arsenal vs Tottenham : 1 – 0
Video gol jaringan Giroud
Keputusan BPL 2013/14 Week #3
[box type=”shadow”]Manchester City vs Hull City : 2 – 0
West Ham vs Stoke City : 0 – 1
Newcastle vs Fulham : 1 – 0
Norwich vs Southampton : 1 – 0
Cardiff City vs Everton : 0 – 0
Crystale Palace vs Sunderland : 3 – 1
West Brom vs Swansea : 0 – 1
Liverpool vs Manchester United : 0 – 1[/box]
Cardiff City berjaya mengikat Everton dengan keputusan seri 0 – 0 telah melonjak keluar dari kedudukan tercorot sebelum ini.
40 Comments
Wah semakin cemerlang arsenal kali ni…
saya pun yakin Arsenal boleh pergi lebih jauh dari ini. Go Arsenal….
Curahan rasa mizi @ ..PANDAN MUKA MANCHASTER KALAH
InsyaAllah Arsenal mampu pergi jauh selepas ini. Baru menang 1-0 dengan Spurs. 🙂
Curahan rasa Bidadari.my @ ..Perasaan Takut Adalah Punca Kepada Perasaan Marah
yaya sologo tu adik Yaya Sanogo ke Yaya Toure bang denaihati???hehehe
Curahan rasa Fakarepain @ ..ENTRI MERDEKA: INDAH LAGIKAH BAHASA MALAYSIA ?
Kih3 aku salah taip lah. Yaya sanogo ni Islam lah … Bila masuk padang dia doa dulu.
Selepas mencatat rekod satu musim tanpa kalah, Arsenal tiba-tiba merosot. Tambah teruk bila ramai pemain lari ke kelab lain termasuk RvP yang menyertai Man Utd musim lepas.
Arsenal perlu berbelanja besar seperti Chelsea dan Man City untuk bina semula satu pasukan yang kuat.
Curahan rasa Ahmad Ijat @ ..Kisah Emas dan Perak
Wenger tak ada rasa tekanan, sebabtu dia chill aja.
Curahan rasa Adam Roslan @ ..(VIDEO) Super Spontan 2013 pertaruh Ketam Konfius dan Semut Sentap
Wenger masih ade penyakit lame, kedekut sangat nk kluar duit. Then, polisi gaji Arsenal menyukarkan arsene nk sign big player.
Curahan rasa Joe @ ..Backlink Percuma
come on wenger, dah nak tutup pintu transfer ni..
Curahan rasa Zuan @ ..Uncle Zuan Blog
DI LIGA Champion mereka bergabung dengan Runner up ahun lalu dan juga Napoli bisa mendatangkan ancaman kalau Arsenal tak menambah amunisi untuk pemain yang punya kemampuan bagus
Curahan rasa munir ardi @ ..Blog Marketing Untuk Perusahaan
Man. United tetap menjadi pilihan.. Huhu 😀
Curahan rasa Aniqbukhary32 @ ..Girlfriend sama macam anjing?
Entah sapalah yg wenger nak masukkan last minit nie…
Aku pun tertunggu2 gak…
Curahan rasa fazrol @ ..Kempen Hari Merdeka Terbaik dari Astro!
takkan tak beli pemain star kot, nak sangat di maria at least datang ke Arsenal
Curahan rasa sharinginfoz @ ..Memang Tak Sah Kalau Tak Makan di Aroma Ikan Bakar @Kuala Selangor
Selain pertembungan liverpool vs manu, pastinya ambe tertunggu game cardiff city =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Oh! Misi 33 Selangor vs Sime Darby
Walaupun tanpa superstar, Arsenal akan berhasil membantai Tottenham di Emirats Stadium. Good luck Arsenal!
Good luck Arsenal. .. semoga berjaya mempamerkan persembahan yang cemerlang. . Pasti ramai tak sabar untuk mengetahui keputusan perlawanan di antara Liverpool dan Manchester United. .
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 56 : Bersyukurlah dengan nikmat yang ada…
Comments are closed.