Aplikasi Android Untuk Denaihati

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, blog Denaihati melangkah selangkah lagi ke dalam dunia Blogging dengan memperkenalkan aplikasi terbaru iaitu Aplikasi Android untuk Denaihati. Ramai Rakan Blogger yang menggunakan smartphone Android telah bertanya bila aplikasi android akan dilancarkan untuk memudahkan mereka melayari blog Denaihati selain menggunakan aplikasi mobile blog Denaihati. Kepada Rakan Denaihati yang sering mengikuti wall Fanpage Denaihati, inilah produk baru yang tiada siapa dapat meneka dengan tepat.

Paparan Aplikasi Android Denaihati

Aplikasi Android untuk Denaihati dibina oleh Eizil Network & IT Solution dan sedia dimuat-turun secara percuma di Google Play Store mulai sekarang. Aplikasi baru pasti tidak sempurna jadi kalau ada cadangan dan teguran untuk meningkatkan kualiti sila tinggalkan diruang komen di bawah. Sudi-sudikan juga memberi feedback dan jangan lupa rate Aplikasi Android Denaihati.

Berdasarkan trafik blog Denaihati 2011 pelayar versi mobile meningkat berlipat kali ganda berbanding trafik blog 2010. Melihat pencapaian trafik mobile blog 2012 sehingga April 2012 telah meningkat dua kali ganda berbanding 2011 semuga Aplikasi Android Denaihati akan merancakkan lagi trafik dari peralatan mobile.

Kepada yang sudah muat-turun sila tinggalkan komen “Done Install Aplikasi Denaihati” manalah tahu nanti boleh buat contest khas kepada yang menggunakan Aplikasi Android Denaihati.

Dunia IT terus berubah jadi Blogger pun mesti berubah mengikut perubahan teknologi Joom Muat-turun sekarang.


Spread the love

289 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!