Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog Ariffshah.com semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Ariff Shah adalah penulis jemputan tetap blog Denaihati dan antara entrinya ialah “Bagaimana Menggunakan Tags Untuk SEO” dan “Rich Snippet – Standard Baru Dalam SEO“. Semakin ramai yang minat dengan tajuk SEO ni. Jom kita baca entri SEO yang menarik ini :
Bak kata orang putih, it doesn’t end here. Terdapat beberapa langkah lagi untuk mengukuhkan kedudukan anda di ranking page pertama Google search. Pertama sekali, apakah signal/petunjuk yang digunakan oleh Google untuk mereka mengetahui bahawa search result yang mereka berikan kepada pengguna tadi tepat atau tidak? Antara signal yang saya rasa dikira ialah:
- Pengguna melawati page lain dalam laman tersebut melalui page yang mereka masuk
- Pengguna menghabiskan masa membaca entri tersebut. Saya kurang pasti angka sebenar, tetapi kalau lebih 60 saat tu sebenarnya cukup bagus dah
- Pengguna meninggalkan komen
- Pengguna retweet, Like atau +1 entri tersebut
Cara yang paling senang adalah mengeluarkan entri baru atau updated version kepada entri lama yang sudah berada di muka pertama Google Search. Pastikan entri baru ini ditulis dengan lebih baik berbanding entri lama. Jangan buang masa anda menulis hanya sekadar nak kejar poin SEO kerana pembaca yang rasa tertipu tak akan masuk ke blog anda lagi. Letakkan pautan kepada entri baru tadi di pangkal entri. Selain itu, anda juga boleh meletakkan Related Post di hujung entri.
Entri asal: 7 Blog Cantik Blogger Perempuan Malaysia
Cara ini adalah yang paling penting dan memberikan impak yang paling besar kepada ranking anda. Apabila pengguna dari search engine melawati page lain daripada page yang mereka masuk awal tadi, bounce rate dapat dikurangkan. Istilah “bounce” bermaksud lantunan. Pengguna yang masuk ke dalam entri dan kemudiannya keluar terus (dengan menekan butang pangkah atau melawati laman lain) akan dikira sebagai “bounced user” atau pengguna yang telah melantun keluar.
Konsep lebih mudah, anda pergi ke kedai makan. Tengok lauk, tapi tak lalu nak makan kat situ. Anda pergi ke kedai lain. Oleh itu anda dikira sebagai bounced customer, sekadar melawat, tengok dan pergi tanpa membeli.
Entri ini adalah teaser kepada ebook pertama saya, SEO Untuk Semua. Muat turun teaser ini dalam bentuk pdf dan dapatkan ebook ini sekarang!
Dalam ebook tersebut, saya ajarkan langkah-langkah untuk anda berada di tempat pertama Google search tanpa mengubah apa-apa kod dalam blog anda. Mudah.
197 Comments
Pemahaman saya juga seperti itu
Curahan rasa Bang Iwan @ ..HI5TERIA | Lima Mimpi Buruk
Entri yg cukup bagus.. 🙂
Curahan rasa amirnawawi @ ..Teaser: Akhirnya, Ia Milikku..
bagus.. tips yang amat berguna
Curahan rasa KiD @ ..Nissan Livina X-Gear dari AXIATA CUP
terima kasih bro ariff, banyak belajar dari bro.
Many thank DH for Sharing information
Curahan rasa xwaru @ ..Waspada Terhadap Fenomena Alam
Aya dah beli da ebook ni.. 🙂
Curahan rasa Aya @ ..Ganjaran Wang Tunai RM5000 dari BloggerWanita.com
Kalau menurut saya, setelah halaman 1 dikuasai, berikutnya adalah sitelinks 🙂
Curahan rasa Gedek @ ..Kucoba.com Tempat Add Bookmark
sekarang sitelink sudah otomatis..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..HI5TERIA | Lima Mimpi Buruk
Maksudnya kalau bounce rate yang rendah tu baguslah bagi sesebuah blog.. macam tu ke?
Curahan rasa Jomtonton @ ..Aura Lelaki Kacak Ustaz Don Daniyal
Fuhhh, menarik pula aku baca entry nie…
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Jom Download | War Horse (2011) BluRay 720p BRRip 900MB
perkongsian yang baik..
Curahan rasa Nizam Ijam @ ..Sinopsis Filem 7 Petala Cinta
aku tulis apa yang aku cari dan aku perlukan
iya memang banyak manfaatnya apabila kalau tiap orang mencari artikel pastipunya kita yang akan selalu ditemukan
Curahan rasa Rudy Hartono @ ..Panduan Praktis Membuat Footer 4 Kolom Pada Blogspot
Mmg best kalau dpt tempat prtama gogle search
Curahan rasa budakserius @ ..Video Penuh Iklan Luna Maya Yang Diharamkan
betul tu…. hehehe
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Semakan Keputusan Rayuan Program Pensiswazahan Guru Ambilan 2012 Terkini
Pastinya saya pasti akan bangga banget.
Curahan rasa salsabila @ ..J Adore Perfume
perkongsian yang sangat bermafaat ni, hurm boleh praktikkan di blog saya ni, sebab bounce rate untuk bulan lepas terlalu tinggi sampai mencapai 78 hadoi tersangat tinggi.
Curahan rasa Luqman Hakim @ ..Kereta Proton Baru 2012
bounce rate mmg tinggi… terima kasih atas info ni..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Al-Fatihah | Mayat Nurul Nadirah atau Dirang ditemui
Comments are closed.