Era ini memang terkenal dengan dunia digital dan kebebasan yang menjangkau sehingga ibu bapa susah untuk kawal. Tambah pula apabila masuk ke universiti pelbagai cerita dan masalah yang dilakukan. Kiranya, boleh buat apa sahaja tanpa pengetahuan ibu bapa. Itu jadinya anak luar nikah, minum arak, berhibur di kelab malam.
Jadi di mana salahnya sehingga anak-anak ini sanggup melakukan perkara-perkara yang Allah larang.
Pertama : anak-anak ini tiada matlamat hidup
Bila ditanya, bila awak buat perangai macamni kenapa masuk universiti ni? kalau ditanya pada 80 orang, 80 orang akan jawab lebih kurang sama bunyinya. “bukan saya nak pon masuk universiti ni. UPU yang pilih”. Bila dah masuk universiti pula, “saya tak suka dengan kos ni”.
Mereka bosan.
Jadi anak-anak ini tiada matlamat hidup. Matlamat ini yang perlu dibentuk, ditanam kau ni untuk apa, kau hidup untuk siapa, akhirnya engkau akan kemana. Siapa agaknya yang betanggungjawab? siapa? kalau bukan ibu dan ayah. Ibu ayah kena letak benih itu pada diri anak-anak, kalau tak anak-anak ini tak tau.
Kedua : anak-anak ini tidak solat
walaupun datangnya daripada sekolah agama, walaupun datangnya daripada sekolah berasrama penuh. Bila ditanya,
dekat sekolah belajar tak solat? “belajar”
bukan sekolah agama ke? “ye”
Tanya pula pada yang sekolah kebangsaan, subuh tadi solat tak? “solat” cuba baca doa qunut “sengeh-sengeh” tak tau macam mana. Ni tak solat lah ni? “subuh je”
Tanya pula pada yang sekolah agama, subuh tadi solat tak? “solat” cuba baca doa qunut “saya ikut mazhab yang tak baca doa qunut”. Dia pandai pusing.
Dekat sekolah belajar, tapi apabila dirumah tiada suasana dan budaya solat berjemaah atau ibu ayah tidak tekankan keutamaan solat. Keluarga kita ini tidak menjadikan solat sebagai agenda utama.
Ibu ayah, untuk mendidik anak carilah ilmu dan landaskan ia dengan agama. Bila dia tau aku hidup sebab Allah, bila-bila juga Allah akan ambil nyawa kita dan terapkan ia pada diri anak-anak ini, inshaallah mereka akan lebih takut dan berfikir bila melakukan apa-apa perkara.
@santapanminda Replying to @Santapanminda 2 perkara penting yang ibu ayah kena take note dan terapkan sejak kecil #ustazahisfadiah #didikanak
♬ original sound – Santapanminda – Santapanminda
- 2015 selamat melangkah dengan azam baru
- Suka-suka, terpaksa atau ketagih? beri nafkah haram untuk keluarga
- Bagaimana Hendak Membezakan Antara Istidraj Dengan Kurniaan Allah SWT?
- Sedihnya Hati Seorang Isteri Apabila Suaminya Malas Menunaikan Solat
- Hijrah 9 orang artis rock, kini giat buat kerja dakwah
4 Comments
Solat sangat penting untuk bentuk ketaatan, disiplin dalam keluarga. Jika keluarga yang titik beratkan solat, insyALLAH masalah sosial dapat dikurangkan. Sebab ilmu agama boleh jadi benteng anak-anak dari buat dosa.
Curahan rasa Zaini @ ..12 Doa Pendek Untuk Anak-Anak Belajar dan Amalkan
Aduhhh.. terkesima sekejap baca artikel kali ini. Anak-anak buah saya ramai perempuan dan mereka sepanjang masa berkepit dengan gajet. Risau juga apa yang diorang tengok dalam tu..
Curahan rasa KK Info @ ..Oceanus Waterfront Mall Review
Semoga anak-anak muda sekarang dan kita juga sentiasa diberikan hidayah-Nya amin. Moga terhindar dari perkara yang boleh jerumuskan kita dalam dosa besar..Allahuakbar..!
Curahan rasa airis @ ..Panduan Tips Beli Kereta Pertama Gaji RM2500
Masalah utama yang perlu diatasi adalah solat. Ditunjukkan ALLAH, yang tidak solat sudah pastinya hidup gundah gulana
Curahan rasa Geng Borak @ ..Golden Age Didik Anak Cinta Masjid
Comments are closed.