Elon Musk selesai beli Twitter bernilai AS$44 bilion

Spread the love

WASHINGTON: Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk menyelesaikan pemerolehan AS$44 bilion Twitter selain memecat tiga eksekutif kanan utama syarikat dan bersedia untuk merangka hala tuju baharu laman sesawang mikroblog itu, menurut beberapa laporan.

Selain memuktamadkan pembelian itu dan menambah syarikat baharu kepada portfolio teknologinya yang luas, Musk menjadikan Twitter sebagai syarikat persendirian dan membayar pemegang saham harga lebih tinggi daripada asal sebanyak AS$54.20 sesaham, lapor agensi Anadolu.

Ketua Pegawai Eksekutif Parag Agrawal, Ketua Pegawai Kewangan Ned Segal dan Vijaya Gadde, ketua dasar undang-undang, amanah dan keselamatan, dipecat, lapor The Washington Post memetik sumber.

Penasihat Am Twitter Sean Edgett juga dipecat, menurut Washington Post.

Penyelesaian perjanjian itu membawa kepada penamatan tindakan undang-undang dari Twitter yang berusaha untuk memaksa Musk menyelesaikan tawarannya selepas beliau cuba mengingkari perjanjian itu.

Musk pada awal Khamis memberi isyarat bahawa perjanjian itu akan dimuktamadkan dalam tempoh yang singkat, menukar bio Twitternya kepada “Chief Twit” dan menulis panjang lebar — mengikut piawaian Twitter — yang memberi jaminan kepada pengiklan bahawa beliau tidak mahu laman sesawang itu “percuma-untuk-semua.”

Beliau telah lama mengambil pendekatan lebih tegas terhadap kebebasan bersuara, namun dalam mesej yang ditujukan kepada pengiklan, beliau berjanji untuk meneruskan dasar Twitter bagi mengawal pelbagai kandungan termasuk ucapan benci dan ancaman keganasan.

“Saya memperoleh Twitter kerana tamadun masa depan perlu mempunyai dataran bandar digital yang sama, dengan pelbagai kepercayaan boleh dibahaskan secara sihat tanpa menggunakan keganasan,” tulis Musk.

— BERNAMA


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!