Hentaman asteroid beri kesan kepada rantaian makanan?

Spread the love

BAYANGKAN asteroid menghentam bumi, bagaimana kita boleh membina semula sistem bekalan makanan?

Fikirkan senario apabila asteroid menghentam bumi beberapa tahun dari sekarang, menghalang matahari dan meruntuhkan sistem pertanian di seluruh dunia.\

Bagaimana penduduk dunia menghadapinya?

Persoalan utama, bagaimana penduduk dunia kekal hidup sekaligus mengatasi masalah kebuluran sebelum dunia sempat membentuk sistem pemakanan baharu untuk membekalkan nutrien penting.

HENTAMAN ASTEROID CHICXULUB

Ketika asteroid Chicxulub menghentam bumi sekitar 66 juta tahun lalu, memusnahkan dasar lautan termasuk hidupan laut dalam radius 2,400km (1,500 batu) sekaligus serpihan bertebaran ke seluruh pelusuk dunia. Kira-kira 25 trilion tan bahan tercemar memasuki atmosfera yang menyebabkan cahaya matahari terhalang.

Tidak seperti dinosaur, manusia yang hidup di pada zaman dahulu terselamat daripada tragedi mengerikan kerana mereka adalah ‘penggali’.

Memetik laporan terbitan portal BBC, bukan itu sahaja yang mampu menyelamatkan penduduk dunia ketika itu, malah diet dan corak pemakanan manusia juga memainkan peranan penting.

Peristiwa ini boleh dijadikan pengajaran agar dunia perlu memiliki stok makanan asas di waktu kecemasan.

Ketika Perang Dingin memuncak, pegawai Amerika Syarikat (AS) mencadangkan pengeluaran “keropok survival” (survival cracker) yang diperbuat daripada gandum bulgur yang kandungan bahannya memiliki jangka hayat panjang dan masih boleh dimakan selepas 3,000 tahun.

Ini termasuk tin sup Campbell, campuran minuman General Foods’ Tang dan makanan pelbagai guna General Mills (sayur-sayuran dehidrasi) yang diperkaya dan grit soya dihasilkan di bawah perintah kerajaan untuk mengisi rak makanan di lokasi perlindungan.

LADANG BAWAH TANAH

Ketika bom atom Amerika Syarikat meletup dan menggegarkan Nagasaki, Jepun, penduduk bersembunyi di terowong lombong lama.

Bukan sahaja ruang berkenaan boleh menjadi ruang pelindung, ruang bawah tanah juga boleh digunakan untuk menanam makanan berkhasiat.

Walaupun kekurangan cahaya dan udara lembap, tanaman tertentu dipercayai mampu tumbuh subur di sini dengan pendekatan byang strategik dan teratur.

Sebagai contoh, sebuah firma yang dikenali sebagai Growing Underground mengusahakan penanaman sayur-sayuran di bekas tempat perlindungan serangan udara di Clapham, London.

Untuk sementara waktu, taugeh, mikrohijau, rumput gandum, asparagus putih, rubarb dan cendawan boleh ditanam tanpa bantuan pencahayaan cahaya.

Taugeh mengandungi sumber vitamin, asid lemak dan serat dan boleh menggunakan tenaga di dalam benih untuk membesar. Begitu juga dengan sayuran mikro yang menyediakan pelbagai perisa daripada pedas, masam dan manis.

Pada Disember 2020, Pihak Berkuasa Arang Batu dan Tinjauan Geologi British mengeluarkan peta haba menganggarkan kawasan arang batu seluas 25,000 km persegi (9,650 batu persegi) yang tidak digunakan di seluruh United Kingdom, kebanyakannya di kawasan tengah Inggeris, utara, selatan Wales dan selatan Scotland.

Peta ini menjadi rujukan pemaju supaya perumahan masa depan boleh dibina untuk mengeluarkan haba daripada perairan yang kembali ke lombong selepas ia dinyahaktifkan. Ia juga mungkin berguna untuk pertanian.

HIDANGAN SIAP

Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk tumbuh tetapi cendawan mampu tumbuh dan berkembang di tempat yang gelap dan tidak memerlukan matahari. Apa yang diperlukan adalah kehangatan, lembapan, dan substrat bahan organik untuk bercambah.

Banyak lagi tanaman penting seperti kentang, gandum, barli, beras, jagung dan soya boleh dipindahkan ke kawasan tropika dan ditambah dengan ubi kayu, buah baobab, bayam liar dan keladi.

Pembinaan rumah hijau mengandaikan bahawa kerjasama dan perdagangan kekal mungkin – struktur ringkas yang diperbuat daripada kayu, filem polimer, kerikil dan paku yang memaksimumkan cahaya matahari.

SUMBER LADANG

Dengan bahan mentah seperti petroleum, gas asli, CO2 atau bahagian tanaman yang tidak boleh dimakan (yang dipanggil sisa semasa penuaian atau pembalakan), ia boleh menghasilkan protein, gula dan lemak ‘sintetik’.

Tahun lalu, NASA menganugerahkan tiga hadiah utama kepada pasukan perintis yang menukar karbon dioksida (CO2) menjadi gula untuk digunakan di misi angkasa lepas.

Sebuah loji di Chongqing, China menggunakan proses sintesis kimia yang ditapis di Teesside menghasilkan 20,000 tan protein daripada bakteria.

Protein sel tunggal ini hanya memerlukan metana, oksigen dan nitrogen untuk berkembang dan boleh digunakan sebagai makanan ikan dan juga boleh diselaraskan memberi makan kepada manusia.

Ia mungkin tidak nampak sedap, tetapi boleh dijadikan makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup di waktu kritikal.

MAKANAN LAUT

Hidupan laut seperti kerang atau tiram boleh membekalkan zat besi yang baik untuk manusia. Spesis muara (Bivalvia) boleh hidup di ruang sempit dan bebas dari penyakit yang dialami ikan.

Ikan sardin dan ikan bilis sarat dengan vitamin D dan tempoh penghasilan ribuan telur berlaku dalam tempoh enam bulan sahaja.

Selain daripada tumbuh-tumbuhan, anemone (perumah), ikan dan burung laut yang berkumpul di sekeliling mereka, platform ini boleh menjadi tuan rumah penginapan, silo yang diisi dengan makanan, kendang yang panjang untuk penghasilan bivalvia atau rumpai laut.

Paling penting, ia dikaitkan dengan kemudahan darat yang pernah digunakan untuk mengimport minyak dan gas.

Baru-baru ini, kejayaan Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) memesongkan laluan asteroid Dimorphos dan penyelidik meramalkan kebarangkalian sebanyak 0.000001 peratus berlakunya hentaman Chicxulub.

Namun tidak bermakna penduduk bumi tidak perlu bersedia. Hentaman asteroid bukan satu-satunya ancaman yang tetapi termasuk perubahan iklim, bio-keganasan, jangkitan tumbuhan, letusan gunung berapi dan banyak lagi.

Sebagai persediaan kita harus mempertimbangkan semula lokasi dan pengetahuan sekiranya cahaya matahari tidak lagi kelihatan.

Lokasi terowong, lombong, kilang dan pelantar lautan mungkin menjadi harapan untuk meneruskan kelangsungan hidup.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!