Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menjelang rayuan Anwar Ibrahim atas hukuman penjara lima tahun pada 28 – 29/10/2014 berbagai siri program meraih sokongan rakyat telah dianjurkan oleh Anwar Ibrahim diseluruh pelosok negara. Kemuncak kepada provokasi rakyat berdasarkan laporan portal berita Asamboi.my adalah acara meruntuhkan pintu pagar Universiti Malaya untuk sessi pidato Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim memilih Universiti Malaya sebagai puncak provokasi kerana disinilah segalanya bermula.
Ramai sahabat-sahabat yang bertanya kenapa aku begitu marah kepada Anwar Ibrahim. Sebenarnya aku tidak marah tetapi kesian dengan perjuangan Anwar Ibrahim yang sudah lari daripada landasannya. Kesian kerana aku ada pengalaman sendiri berada dalam pasukan yang merawat kes Arsenik dan berkawan dengan pembantu-pembantu rahsia Anwar. Sejak 1998 Anwar Ibrahim telah mengubah lanskap politik Malaysia tidak disangkal ada kebaikannya tetapi banyak juga buruknya. Perkataan kerajaan ZALIM bermain dibibir untuk mempengaruhi anak muda berjiwa panas tanpa mereka sedar bahawa ZALIM juga menjadi permainan politik Anwar.
LAPORAN LANSUNG RAYUAN KES LIWAT II ANWAR IBRAHIM (HARI 1)
LAPORAN LANSUNG RAYUAN KES LIWAT II ANWAR IBRAHIM (HARI 2)
LAPORAN LANSUNG RAYUAN KES LIWAT II ANWAR IBRAHIM (HARI 3)
LAPORAN LANSUNG RAYUAN KES LIWAT II ANWAR IBRAHIM (HARI 4)
LAPORAN LANSUNG RAYUAN KES LIWAT II ANWAR IBRAHIM (HARI 5)
LAPORAN LANSUNG RAYUAN KES LIWAT II ANWAR IBRAHIM (HARI 6)
LAPORAN LANSUNG RAYUAN KES LIWAT II ANWAR IBRAHIM (HARI 7)
ALLAH telah membuka pintu hati ramai pemimpin yang dahulunya bersama Anwar tetapi kini berduyun-duyun meninggalkan beliau. Mereka tidak meninggalkan Anwar tanpa sebab lihat sahaja polimik politik Selangor bagaimana Anwar bermain politik kotor. Semua melihat seakan-akan Anwar ingin melantik Wan Azizah menjadi MB tetapi sebenarnya strategi liciknya adalah melantik orang kanannya Azmin sebagai MB Selangor. Wan Azizah dan Azmin Ali bukan dari khemah yang sama tetapi Anwar tahu cadangan melantik Wan Azizah pasti akan ditolak oleh Sultan. Politik Anwar memang licik atas laungan perjuangan demokrasi dan menolak kezaliman. Anwar akan memancong lumat pemimpin yang tidak menyokong perjuangan peribadi beliau seperti Khalid Ibrahim walau sebagus mana mereka.
Dahulu memang ramai rakyat yang takut untuk menentang Anwar kerana akan dikutuk habis-habisan disosial media oleh penyokong fanatik Pakatan tetapi tidak sekarang. Rakyat sudah terbuka mengkritik politik Anwar yang tidak memberi manafaat kepada negara tetapi hanya kepentingan peribadi. Perjuangan Anwar Ibrahim bukan berlandaskan Islam telah menghasilkan Alvin Tan, Ali Abdul Jalil dan ramai lagi pemimpin muda yang kurang ajar sebagaimana kurang ajarnya Anwar Ibrahim sejak dari zaman Universiti dahulu. Mereka meniru gaya politik Hisyamuddin Rais yang lari keluar negara setelah membuat onar di negara sendiri.
Anwar Ibrahim memang kelihatan dizalimi tetapi bagi yang membuka pintu hatinya luas-luas pasti akan melihat sebenarnya Anwar Ibrahim menzalimi diri sendiri dengan menyeret keluarga dan menggunakan penyokong tegar yang tidak tahu hujung pangkal. Jumlah penyokong yang datang setiap kali program Anwar sudah jauh berkurang berbanding dulu-dulu. Sejarah akan membuktikan Anwar Ibrahim bukan watak perjuang sebenar terlalu jauh untuk jadi seperti Nelson Mandela.
Kalau 10 tahun dulu tidak ramai yang berani mengkritik perjuangan Anwar tapi sekarang tidak lagi …
Sean Tallien D’proefficio : Era dia dah tamat dah nak kacau mahasiswa plak. First time dalam sejarah negara institusi menara gading dirempuh perhimpunan politik haram.
Anit Aneck : Demokrasi tidak menandakan anda perlu buat ikut suka hati…adakah anda suka keadaan yang huru hara berlaku di malaysia.
Imran Hj Ngah : Dulu satu keluarga ni dihormati orang lain sekarang jadi sampah masyarakat.
Nur Faizuddin : pemimpin yg baik tidak akan memalukan negaranya sendiri di luar negara.. anuar ? kutuk Malaysia dkt media luar.
Kucha Lana : bagi aku anwarisma perlu dibuang dari Pakatan jika ingin lihat pakatan pergi lebih jauh…beberapa kejadian yang lepas telah buat inspirasi rakyat kabur
Semuga ALLAH terus beri hidayah pada kita semua termasuk Anwar Ibrahim untuk menjadi hambanya yang taat akan perintahnya supaya kita berjaya di dunia dan akhirat.
Nota : Gambar ehsan dari blog Minaq Jinggo
280 Comments
bila matlamatnya bukan untuk rakyat tapi untuk peribadi maka inilah jadinya..
dulunya ramai yang puja tapi kini ramai yang semakin sangsi….
Curahan rasa zool @ ..Pencapaian Oktober dan Perancangan November 2014
perjuangan bersifat peribadi tu yang saya tak suka..ramai yang masih belum nampak perjuangan beliau..
Curahan rasa JMR23 @ ..Parti Hari Jadi & Majlis Perkahwinan
Sedangkan kawan2 rapatnya pun dah tinggalkannya satu per satu.. pastilah mereka punya alasan.. mungkin dah sedar perjuangan itu hanya untuk kepentingan individu..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Lihat saja kawan2 baiknya satu per satu dah tinggalkannya pastilah ada alasan tersendiri.. bukan saja suka2..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Emmm tak habis lgi ke kes anwar ni..hehe..walaupun begitu,masih ramai lgi penyokong beliau..
Curahan rasa Pondok Papan @ ..Panduan Bisnes Baju Kurung
penyokong yang terlalu taksub dengan perjuangan anwar akan kekal bersama selamanya..susah nak tukar arah dah
Curahan rasa JMR23 @ ..Parti Hari Jadi & Majlis Perkahwinan
Tapi semakin ramai yang dah tersedar dari ketaksuban especially kenalan2 rapatnya yang satu per satu meninggalkannya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Sedangkan kawan2 dia pun dah tinggalkannya satu per satu.. yang tinggal mereka yang baru nak kenal dia dan terikut-ikut tanpa tahu hujung pangkal apa sebenarnya yang mereka perjuangkan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
dalam konteks islam selepas kewafatan Rasulullah saw,ijtihad sahabat dan sehingga sekarang ulama betul dapat 2 ganjaran salah tetap Allah swt berikan 1 ganjaran tetapi persepsi kita sebagai rakyat (katakan kita tidak tahu apa-apa,just dengan radio berkarat) tentang anwar ibrahim,mahatir,najib dan yang lain-lain kalau betul tidak dapat apa-apa kalau salah pastu sebarkan pula, Api neraka.sedia menunggu kita..percaya lah.Kita tidak berdaya dan hanya di ajar supaya bersangka baik.
Curahan rasa Dr Salwa @ ..Promosi Tuala Wanita Paling Tidak Saintifik
Dah jadi kes mahkamah nih biarlah mahkamah yang tentukan melalui perbicaraan.. hanya tertuduh dan pendakwa jer yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.. kalau perkara itu benar2 berlaku, terlepas hukuman dunia sekalipun takkan terlepas hukuman di akhirat..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Lalu kat tepi mahkamah aritu meriah sungguh dengan sorakan sorakan dari penyokong penyokong anwar
Curahan rasa cikgu naman @ ..Soalan Percubaan SPM SBP 2014
cikgu naman tak berhenti sekali..boleh buat live update..hehe..tp tengok tv pon memang ramai yang setia menunggu
Curahan rasa JMR23 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Best jugak buat live update masa tuh.. buat live streaming sekali mesti lagi gempak..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Perbicaraan kes liwat anwar nih memang mendapat perhatian di dalam dan di luar negara.. semua nak tahu apa keputusan akhirnya..
Aku antara yang tak tau hujung pangkal dan tak faham perjuangan Anwar. MAAF! Aku ada perjuangan diri sendiri yang masih belum selesai
Curahan rasa sabree hussin @ ..“Masih Ada Yang Prihatin” – Program Kelab Generasi Warisan Prihatin di Sg Besar
Tapi peliknya ramai lagi yang sanggup mengikut dan memperjuangkannya.. orang lain yang tak mengikut kehendak mereka semua tak betul pada pandangan mereka..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Turut prihatin … semoga bisa cepat selesai permasalahannya dan ditunjukan mana yang benar dan mana yang salah sehingga rakyat bisa tenang kembali.
Curahan rasa badut karawang @ ..Badut Ultah Karawang
Selagi kes nih tak selesai.. ada saja perkara2 yang tak baik berlaku.. huru-hara di sana sini.. politik, politik..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Berjuanglah demi anak bangsa kita …berjyanglah demi keadilan yg nyata..itulah mskba sebuah perjuangan yg sebenar
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Jawatan Kosong Terbaru Di PETRONAS ❤
Betul tuh.. bukan melibatkan orang lain demi perjuangan untuk mencapai cita2 sendiri.. peliknya, masih ramai yang tidak sedar diri dipergunakan..
Letih betul layan perjuangan peribadi, lagi bagus berjuang untuk kepentingan pertiwi.
Curahan rasa ikhwan @ ..Kenapa Awak Sentiasa Makan Gaji Sahaja
Betul tuh.. tak salah kalau nak berjuang demi kepentingan diri sendiri atas usaha sendiri cuma janganlah pergunakan orang lain demi cita2 sendiri..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Turut sedih dengan tindakan penyokong DSAI sewaktu di UM tu. Ramai mata yang memerhati Malaysia. Situasi seperti itu memburukkan imej negara kita… Speechless sebenarnya..
Bila sebut kes DSAI kat UM tuh teringat kat pemimpin pelajar UM tuh.. dengar kata biasiswanya nak kena tarik balik.. kalau betul, dah tak pasal2.. sebaiknya biasiswa tuh diberikan kepada mereka yang betul2 berminat nak belajar, bukan nak berpolitik..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Kenapa Anwar takut bersumpah laknat? Kenapa takut membuktikan diri tidak bersalah sekurang-kurang dimata para penyokong sendiri? Tapi SP dalam hal ini berkecuali. Malangnya politik terlalu kotor dan jijik sampai bila-bila pun..
Curahan rasa SentiasaPanas @ ..Video Sedih Kisah Cinta Sejati
Beliau pasti ada sebabnya yang tersendiri sehingga menjadikan ramai yang semakin meraguinya.. jika benar tak salah kenapa harus takut?
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Saya pun terkejut sebab tak tahu apa yang berlaku di UM tu. Tapi DSAI seolah2 menggalak penyokongnya merusuh untuk dapatkan keadilan kononnya.
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Cerita Sedih Tentang Kolostrum, Susu Kuning Yang Terbuang
Itulah yang dimahukan.. maybe dia nak tunjukkan orang lain kejam terhadapnya.. padahal boleh jer beri ceramah diam2 kat dewan.. kenapa nak huru hara di luar..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
macam macam politik malaysia ni. kelakar pun ada jugak. tapi sejak apa yang jad pd khalid, anwar dah mula goyah sikit.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blog Bakal Dikenakan GST?
Memang nampak sangat apa yang berlaku semua tuh sekadar memenuhi agenda politik individu.. demi nak mencapai cita2nya nak jadi PM..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
anwar ibrahim dan nelson mandela memang dua sosok yang berbeda, masing2 mempunyai karakter tersendiri
Curahan rasa sinopsis stormy woman @ ..Sinopsis Lengkap Sweet Secret Episode 1-Terakhir
Perjuangan masing2 pun tersangat lah jauh berbeza.. tak boleh nak disamakan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
malaysia sudah aman tapi orang tertentuk buat benda tak aman selalu.sabar wahai anak-anak malaysia
Curahan rasa cahayacinta @ ..JUALAN AMAL: Palestin Dan T-shirt Palestin
Malaysia memang aman tetapi keadaan sekeliling yang memaksa rakyat bangun memberontak dan bukan hanya menerima saja apa yang berlaku dan diperlakukan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
politik semakin sesak bila ada orang yang pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan hal orang lain
Curahan rasa cahayacinta @ ..Pengalaman, Toturial, Review Layctacyd Feminine Wash
Demi mencapai cita2nya menjadi PM sehingga sanggup mempergunakan orang lain demi kepentingan perjuangan peribadi..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Comments are closed.