Antara lelaki dan perempuan, siapa lagi suka check telefon bimbit pasangan?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Telefon bimbit adalah rahsia yang paling banyak tersimpan di dalamnya. Dari perkara yang biasa sehingga hal yang peribadi tidak mustahil boleh anda jumpa di dalam telefon bimbit seseorang. Sebab itulah, ramai yang merasakan ruang peribadi mereka terganggu apabila telefon mereka dicerobohi atau diperiksa.

Namun begitu, buat pasangan yang sudah berkahwin atau sedang hangat bercinta, sudah tentulah kena sentiasa siap sedia untuk mendedahkan si telefon bimbitnya kepada pasangan.

Jika tidak diberikan, kemungkinan akan dituduh curang, menipu, main kayu tiga dan lain-lain lagi. Itu lebih membimbangkan!

Ada orang juga berpendapat bahawa, seseorang yang mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap pasangannya sahaja tidak akan memeriksa telefon bimbit pasangannya. Bahkan, biasanya wanita yang kerap kali dikaitkan dengan tindakan suka menceroboh dan memeriksa telefon bimbit pasangan ini.

Betul ke orang perempuan yang kerap periksa telefon bimbit pasangan ini?

Satu tinjauan telah dilakukan oleh Mobilephonechecker.co.uk, daraipada seramai 2,081 warga Britain untuk mengukur kepercayaan pasangan dalam hubungan mereka telah membuktikan sebanyak 62% lelaki dan 34% wanita telah memeriksa telefon bimbit pasangan mereka.

Lelaki lebih kerap memeriksa telefon bimbit pasangan mereka.

Dengan kata lain, kebanyakan lelaki adalah orang yang cuba melakukan pemeriksaan dan cerobohan dalam telefon bimbit pasangan dengan lebih kerap tanpa kebenaran pasangannya. Malah apa yang lebih mengejutkan lagi, rata-rata menyatakan cemburu adalah sebab utamanya.

Sebanyak 89 peratus mengatakan bahawa sebab mereka untuk memeriksa telefon bimbit pasangan kerana mereka ingin tahu sama ada pasangan mereka berkomunikasi dengan orang lain secara romantik atau tidak. Mereka mengesyaki penipuan pada pasangan mereka.

Ternyata cemburu lelaki terhadap pasangannya lebih besar dari wanita. Tetapi tentunya tahap kecemburuan setiap orang adalah berbeza, baik jika dibincangkan dengan pasangan anda untuk mengatasinya.

Apa-apa pun, kadang kala pemeriksaan ini perlu dilakukan sekali sekala. Barulah pasangan tidak membuat apa-apa yang membelakangi anda atau melukakan hati anda. Tapi jangan lupa untuk meminta keizinan dan jangan lakukan secara paksa.


Spread the love

6 Comments

  1. Benda takkan jadi isu kecuali bila dah mula perangai pelik2:-
    1. Masing-masing akan lock screen betul tapi tak semestinya ke arah negatif. Macam saya, di office bila tinggalkan fon ada je tangan gatal gurau kasar tukarkan setting skrin, buang shortcut malah ada yang sampai pandai2 install launcher lain (guna Android). So lock screen untuk selamatkan fon dari carca marba.

    2. Kita lalu je tak tanya pun (dan tak intai pun!) dia buat apa atau cakap dengan siapa tapi dia akan dengan pantasnya tap (tekan) atau swipe ke home ATAU off screen terus. Macam mana nampak kalau tak intai korang kata? Lah kata dah fon skrin 5.5″ ke atas sekali imbas lalu pun boleh nampak oi lainlah kalau memang rabun parah? Lagi ekstrem kalau kita asal lalu je terus letak fon atas peha. Kalau memang dari awal kenal macam tu takpe, kalau lepas dah 4-5 tahun kahwin eh apa hal sebenarnya ni?

    3. Tabiat tidur pun dah ubah teruk. Dulu letak fon ke side drawer atau table untuk cas, sekarang TUTUP FON tapi pegang dalam tangan seluk bawah bantal tidur sekali. Sekali lagi apa motif ni?

    4. Dia bila depan aku, aku tak pernah pulak berenti taip chats terus je taip sampai habis atau aku takdelah cepat2 terbalikkan skrin fon letak atas meja bila dia cakap dengan aku? Dia pandang direct tengok kot pun aku tak letak? Tu beza besarnya… sebab aku tak buat apa-apa yang meragukan.

    Jadi jangan cakap senang. Betul sekali pun dah berkahwin, masih ada basic private boundariesnya yelah contohnya takkan korang sampai tahap bini tengah berak kat jamban pun pintu dia kena bukak biar korang nampak syok tengok? Gila ke apa? Atau pun kalau dia aktif group whatsapp geng lama sekolah menengah dia membawang kita tak payahlah nak sibuk2 check baca. Dorang macam kita gak, ada yang gurau kasar antar pic bukan2 tak pasal2 ko dah dosa kering tertengok tah bini orang pulak?

    Maksud aku kat sini, kalau betul2 ketara habit guna fon berubah jadi pelik2 yang selama couple bertahun tak pernah2nya ko akan terasa apa pun tetiba je zup terus jadi gigih selagi boleh nak cover line lebih-lebihnya lagi sampai ke lepas menikah baru ko perasan dah macam mana tu?

    Best solution kita yang tak puas hati ni unlock fon kita dulu, ajak si fulana keluar talk face to face dengan aman lepas tu tanya direct apa masalah dia. Kita letak fon kita suruh dia bukak tapi kita jangan mintak fon dia balik cukup sekadar tanya dia dulu ada apa-apa ke yang perlu kita tahu atau dia nak beritahu? Kalau tergagap-gagap atau terus lenting, lu pikirlah sendiri….

    Jangan lupa kepada fellow “brothers” di sini; ya amat tak digalakkan cemburu buta sampai tahap terus bersangka buruk kepada isteri tak pasal2. Tapi pada masa yang sama jangan nak moden kebaratan sangat nak jadi suami mithali sampai cantas rendah habis rasa cemburu semata-mata konon takut tak jaga hati. Tanya naluri. Dan cemburu itulah sebenarnya WAJIB buat para suami supaya tak jatuh dayus.

    ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ – تَبَارَكَ وَتَعَالَى – عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

    Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya” ( Hadis Riwayat Ahmad ).

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!