Kasihnya ibu kucing, lindung anak terkena hujan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kucing sememangnya antara haiwan yang selalu dijadikan peneman manusia, salah satunya kerana sifat manja dan penyayang yang dimiliki mereka.

Selain wajah kucing yang comel, beberapa sifat mereka juga menunjukkan betapa mereka menyayangi tuan mereka.

Apakah tanda-tanda kucing menyayangi kita?

  • Mengusap kening atau dahi kepada kita.
  • Sentiasa duduk di ribaan dan kerap tertidur berdekatan.
  • Angkat ekor sambil memandangnya tuannya.
  • Berbunyi manja (purring) apabila berdekatan.
  • Menggeselkan pipi kepada kita.
  • Memandang kita tepat dengan matanya, dengan kerdipan.
  • Menjilat atau mengigit dengan perlahan.
  • Suka mengurut tuannya!
  • Memberi anda hadiah yang berupa hasil buruannya.

Sesungguhnya kucing adalah haiwan yang perlu dijaga sebaiknya, dan diberi perhatian semasa dalam penjagaan kita.

Kisah ibu kucing di Kyushu

Sudah menjadi fitrah manusia untuk berkasih sayang antara satu sama lain. Namun bukan sahaja dalam kalangan manusia, binatang dan haiwan juga mempunyai sifat saling sayang menyayangi.

Itu dapat dilihat apabila seekor ibu kucing di Kyushu, Jepan cuba memberi perlindungan terbaik untuk anak-anaknya daripada terkena hujan lebat.

Ditambah pula musim hujan telah melanda Kyushu, Jepun baru-baru ini menyebabkan ramai penduduk kehilangan kediaman masing-masing apatah lagi haiwan yang mencari tempat untuk berteduh.

View image on Twitter
View image on Twitter

Menerusi laman Twitter, Babariku memuat naik beberapa keping gambar yang kelihatan ibu kucing tersebut melindungi dengan memeluk dua ekor anaknya berdekatan sebuah motosikal.

View image on Twitter

Perkongsian itu menjadi fenomena di Twitter dengan diulang kicau lebih 180,000 kali dan mendapat hampir 785,000 tanda suka warganet.

Rata-rata meluahkan perasaan terharu setelah melihat kasih sayang ibu yang tidak ternilai itu dan berharap supaya anak kucingnya membesar dengan sihat.

Memang ‘mahal’ gambar ni kan! Rasa nak bawa semua kucing tu balik rumah & jaga mereka dengan selamat.


Spread the love

One Comment

  1. Allah ciptakan rasa sayang dan ingin melindungi dalam hati ibu terhadap anak-anaknya. Haiwan pun ada rasa tersebut. Inikan pula manusia, secara fitrahnya pasti menyayangi dan melindungi anak walau apa keadaan sekalipun. Tapi, ramai juga manusia yang telah melanggar fitrah.
    Curahan rasa Mommyluv @ ..Tip Memilih Yogurt Yang Sesuai Untuk AnakMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!