Bercinta sebelum kahwin atau selepas kahwin, mana pilihan ramai?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bila cakap berkahwin ini, tentu orang akan ingat bahawa kena bercinta dahulu baru boleh kahwin. Malah, ada juga yang beranggapan bahawa bercinta dan kemudian berkahwin ini lebih bahagia dan mudah. Mana tidaknya dah kenal satu sama lain. Eh, tapi ada orang kata bercinta selepas kahwin lagi bahagia.

Siapa sangka, anda tak kenal pun dengan dirinya begitu mendalam dan membuat keputusan untuk berkahwin. Sebabnya nak bercinta selepas kahwin. Ada yang kata itu lebih seronok sebenarnya.

Kenapa ada yang menyatakan bahawa bercinta selepas kahwin ini lebih seronok?

Sebabnya, bila anda saling mengenali antara satu sama lain saat selepas berkahwin sebenarnya lebih mendalam rasa cinta itu. Malah anda akan berusaha segala macam nak buat pasangan anda bahagia dan ingin kenalinya dengan lebih mendalam lagi. Rasa macam tak puas kalau tahu sikit saja mengenai dirinya. Sentiasa nak cari tahu lagi.

Bukan itu sahaja, dah tak takut dah kalau tersentuh atau apa pun. Sebabnya dah halalkan, malah kalau nak bergurau manja pun tiada siapa yang halang. Itu yang seronok. Nak-nak lagi kalau dua-dua masih malu-malu kucing, memang romantik sentiasalah rumah tangga itu.

Tak cukup itu, masa ini bagaikan satu yang baru. Jika dahulu belum pernah nak sweet-sweet bersama, ketika inilah masa yang sesuai nak sweet sama-sama. Nak cakap apa pun tak ada orang kisah dah. Malah tak berdosa sebab itukan pasangan sendiri, yang halal pula itu. Sebab itu seronok kalau kahwin dulu lepas itu bercintalah.

Apa yang paling penting, masa bercinta selepas kahwin ini anda akan terus nampak baik buruk pasangan. Tak ada yang nak diselindung atau pura-pura. Sebabnya dah jadi suami isteri dan tinggal bersama, segala perkara yang pasangan lakukan anda nampak begitu juga sebaliknya.

Sebab itu bila bercinta selepas kahwin ini lebih mudah nak terima baik buruk pasangan.

Jadi jika anda pilih nak bercinta dahulu ke ataupun bercinta selepas kahwin ke, pastikan anda sudah bersedia nak pikul tanggungjawab. Bukan yang seronok je kena pandang, yang berat pun kenalah tengok-tengok juga.


Spread the love

6 Comments

  1. salam. yang terbaik ialah kita memahami apa yang baik dan apa yang buruk. lalu yang baik itu mestilah mentaati perintah Allah swt dan ianya pasti menepati syariah garis hukum yang telah ditetapkan. maka pilihan ditangan kita samada mahu mencapai mardhathillah dan keberkatan dalam perkahwinan atau sebaliknya. untungnya siapa taat berjaya dan gagal bagi yang sebaliknya.
    Curahan rasa KeluargaBahagia @ ..Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tertusuk lidi ke dalam mulut sehingga tembus ke bahagian otak selepas terjatuh ketika makan sosej yang dibeli ibunyaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!