Amalina Che Bakri apalah kecoh sangat

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, memang menjadi prinsip aku untuk tidak menulis kisah peribadi seseorang tidak kiralah samada yang terkenal atau tidak terkenal. Siapalah aku nak menulis kisah orang yang tidak aku kenali secara peribadi. Nak menulis kisah sendiri walaupun tidak sehangat kisah Amalina Che Bakri pun boleh buat buku. Ramai sangat yang menulis tentang Amalina di blog dan Facebook sehingga ibu dan akhirnya Amalina sendiri perlu memberi penjelasan.

Apa yang beliau buat bukanlah betul tetapi berapa ramai pula yang ada dikeliling kita samada sahabat, jiran, adik, kakak, ibu dan isteri yang berpakaian tetapi seperti tidak berpakaian. Beranikah kita menegur mereka sebagaimana kita menegur Amalina yang jauh beribu batu. Beranikah kita cakap “sape suruh kau letak gambar macam tu, bangang ?” depan muka orang yang kita kenal. Tidak ramai yang ada kekuatan menegur dengan hikmah mereka yang rapat dikeliling kita apabila mereka berpakaian seksi atau berpakaian tidak mengikut syariat.

Ada yang kecewa kerana suatu masa dahulu mereka jadikan Amalina Che Bakri sebagai idola untuk dicontohi anak-anak mereka. Mengapa perlu kecewa itulah kehidupan sedangkan iman pun ada pasang surutnya. Kita tidak pernah akan belajar daripada kehidupan seandainya semua baik-baik belaka. Apa yang berlaku daripada perubahan kehidupan Amalina pasti telah berlaku pada ramai anak muda dari dahulu hingga ke masa akan datang cuma Amalina itu terkenal itu yang jadi kecoh 1Malaysia. Itulah kehidupan yang kita perlu belajar dan mengajar anak-anak supaya perkara yang sama tidak berulang lagi.


Spread the love

192 Comments

  1. dulu Amalina ni Idola kot… tapi sekarang dah tak dah. Kenapa ada orang cakap Blogger suka kutuk dia caci dia… rasanya blogger lain pun buat entry macam ni juga. pendapat yang bersih sahaja… mereka hanya baca tajuk, bila nampak tajuk AMALINA CHE BAKRI, terus hentam blogger tu tanpa baca keseluruhan entry…
    Curahan rasa Azza Azman @ ..Isu Sebenar Pelajar 17A1My Profile

  2. Sama-sama doakan Amalina dapat hidayah. Tak guna marah-marah. Buat org lari dari dakwah saje. Ada lagi peluang si Amalina ni berubah sebelum mati. Memang muda hanya sekali, tapi siapa tahu saat kematian. Orang muda pun ramai mati. Orang bijak dia fikir apa dia nak bawa selepas dia mati. Ada matlamat. Dulu Amalina ni ada matlamat nak dapat semua A1 masa SPM. Takkan lepas mati tiada matlamat?
    Curahan rasa Faiz Ezanee @ ..Aku, Temerloh, & Roti CanaiMy Profile

  3. Bagi pandangan saya Amalina mungkin terikut trend kehidupan masyarakat ‘di sana’ bak kata orang masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum..

    Saya doakan semoga Amalina dapat segera berubah.. Ingatlah kita orang Malaysia.. Kita ada adat dan agama yang sepatutnya boleh dihormati oleh rakan2 pelajar dari negara lain..

    Pertahankanlah jati diri kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia supaya anda dapat mengangkat martabat rakyat Malaysia di mata dunia..
    Curahan rasa Anuar @ ..Pemenang Pertandingan Blog Paling Popular Mengikut KategoriMy Profile

  4. Sebenarnya ramai je yang berpakaian macam dia. tapi mungkin sebab dia ditohmah sampai begitu sekali sebab dia ni pernah jadi ikon masa kitorang sekolah dulu. yelah siapa yang tak terkejut bila nampak dia jadi macam tu.

    tapi apa2 pun doakan kita semua dan dia sentiasa mendapat hidayah Allah 🙂
    Curahan rasa Zida @ ..#Resepi – Ikan Keli Masak Cili MerahMy Profile

    1. manusia….lebih gemarkan mencari salah orang lain daripada dirinya sendiri…. it’s normal kan? bak kata orang..kuman di seberang lautan nampak…gajah di depan mata tak nampak….

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!