Amalina Che Bakri apalah kecoh sangat

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, memang menjadi prinsip aku untuk tidak menulis kisah peribadi seseorang tidak kiralah samada yang terkenal atau tidak terkenal. Siapalah aku nak menulis kisah orang yang tidak aku kenali secara peribadi. Nak menulis kisah sendiri walaupun tidak sehangat kisah Amalina Che Bakri pun boleh buat buku. Ramai sangat yang menulis tentang Amalina di blog dan Facebook sehingga ibu dan akhirnya Amalina sendiri perlu memberi penjelasan.

Apa yang beliau buat bukanlah betul tetapi berapa ramai pula yang ada dikeliling kita samada sahabat, jiran, adik, kakak, ibu dan isteri yang berpakaian tetapi seperti tidak berpakaian. Beranikah kita menegur mereka sebagaimana kita menegur Amalina yang jauh beribu batu. Beranikah kita cakap “sape suruh kau letak gambar macam tu, bangang ?” depan muka orang yang kita kenal. Tidak ramai yang ada kekuatan menegur dengan hikmah mereka yang rapat dikeliling kita apabila mereka berpakaian seksi atau berpakaian tidak mengikut syariat.

Ada yang kecewa kerana suatu masa dahulu mereka jadikan Amalina Che Bakri sebagai idola untuk dicontohi anak-anak mereka. Mengapa perlu kecewa itulah kehidupan sedangkan iman pun ada pasang surutnya. Kita tidak pernah akan belajar daripada kehidupan seandainya semua baik-baik belaka. Apa yang berlaku daripada perubahan kehidupan Amalina pasti telah berlaku pada ramai anak muda dari dahulu hingga ke masa akan datang cuma Amalina itu terkenal itu yang jadi kecoh 1Malaysia. Itulah kehidupan yang kita perlu belajar dan mengajar anak-anak supaya perkara yang sama tidak berulang lagi.


Spread the love

192 Comments

  1. Setuju sangat2. Mengutuk macam diri sendiri hebat sgt. Blogger pun satu hal jugak, jaja cerita org just nak trafik atas nama nak sedarkan org2 lain jangan jadi macam amalina. Sebetulnya hanya nak jadi yang pertama siar info pasal amalina n boleh buat income dgn malukan orang. Ntah mcm mana la status duit blogging diorang tu.

  2. Inilah masalah org kita. Sentiasa tgk masalah org lain. Sedangkan disekeliling juga perlukan perhatian.

    Idola terbaik, kitalah idolanya utk anak2, adik2 dan org sekeliling kita. Biarlah kita menjadi manusia yg macam pakai minyak wangi, kita wangi, org kelilingpun wangi =)
    Curahan rasa hafizmd @ ..Bersedia untuk bertukar…My Profile

    1. media massa tu lah yang mempromosikan kepada kita cara-cara untuk cari duit dengan makan daging saudara kita sendiri…. asalkan boleh buat duit….halal haram tolak ke tepi….

  3. Seperti apa ka Rasulullahi SAW ; “Barang siapa melihat kemunkaran ubahlah dengan tanganmu, kalau tidak kuasa ubahlah dengan lisanmu, kalau masih tidak kuasa ubahlah dengan hatimu (dengan tidak menyetujui perbuatan tersebut). Adapun merubah dengan hati adalah serendah-rendahnya iman…”
    Curahan rasa Dadan @ ..Mutiara HaditsMy Profile

  4. Bagus jugalah…supaya tiada lagi pelajar genius kita yang hanyut…mungkin apa yang berlaku itu msih di peringkat awal dan sempat diselamat. Apa salahnya tolong menolong sesama saudara. Yang dekat pn sama-sama juga kita tolong tegur. Jangan tengok je.. Rugi kerajaan taja dengan duit rakyat jika pelajar-pelajar kita hanyut. Bukan akademik saja yang perlu dijaga. Akhlak lebih penting.

  5. yuppp kerana amalina tu terkenal sbb tu kesilapan dia semua orang nampak.. kekadang tertanya2 apa ke jabatan pel malaysia dan senior kat sana tu buat sampaikan pelajar genius pun boleh ‘hanyut’.. ke dia orang ‘takut’ nak ‘dekat’ dengan pelajar genius nieh…
    Curahan rasa aimaniman @ ..2012 First Time BE Nuffnang RM 40My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!