Amalina Che Bakri apalah kecoh sangat

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, memang menjadi prinsip aku untuk tidak menulis kisah peribadi seseorang tidak kiralah samada yang terkenal atau tidak terkenal. Siapalah aku nak menulis kisah orang yang tidak aku kenali secara peribadi. Nak menulis kisah sendiri walaupun tidak sehangat kisah Amalina Che Bakri pun boleh buat buku. Ramai sangat yang menulis tentang Amalina di blog dan Facebook sehingga ibu dan akhirnya Amalina sendiri perlu memberi penjelasan.

Apa yang beliau buat bukanlah betul tetapi berapa ramai pula yang ada dikeliling kita samada sahabat, jiran, adik, kakak, ibu dan isteri yang berpakaian tetapi seperti tidak berpakaian. Beranikah kita menegur mereka sebagaimana kita menegur Amalina yang jauh beribu batu. Beranikah kita cakap “sape suruh kau letak gambar macam tu, bangang ?” depan muka orang yang kita kenal. Tidak ramai yang ada kekuatan menegur dengan hikmah mereka yang rapat dikeliling kita apabila mereka berpakaian seksi atau berpakaian tidak mengikut syariat.

Ada yang kecewa kerana suatu masa dahulu mereka jadikan Amalina Che Bakri sebagai idola untuk dicontohi anak-anak mereka. Mengapa perlu kecewa itulah kehidupan sedangkan iman pun ada pasang surutnya. Kita tidak pernah akan belajar daripada kehidupan seandainya semua baik-baik belaka. Apa yang berlaku daripada perubahan kehidupan Amalina pasti telah berlaku pada ramai anak muda dari dahulu hingga ke masa akan datang cuma Amalina itu terkenal itu yang jadi kecoh 1Malaysia. Itulah kehidupan yang kita perlu belajar dan mengajar anak-anak supaya perkara yang sama tidak berulang lagi.


Spread the love

192 Comments

  1. dear friends. Change is not always bad. Who are we to judge her? So what if she change? Its just her outside appearance. She still is a great student doing a double degree. Only judge her only if you are doing triple degree or better…
    Curahan rasa Joel Leslie @ ..Dunia 2011 & 2012My Profile

    1. Couldn’t agree more! One must be greater than God to judge others in such manner.

  2. Memang merugikan kalau seorang yang cerdik pandai hanyut sampai macam tu sekali. Memang elok kalau setiap pelajar yang keluar negara diberi latihan dan motivasi berterusan agar sentiasa setiasa setia pada negara dan taat pada agama
    Curahan rasa Norasikin @ ..Resepi Ikan Jelawat Masak LemakMy Profile

  3. Betul tu Denaihati. Kehidupan di sekeliling kita memang banyak cubaan dan pancarobanya. Memang manusia selalu buat silap dan kita patut nasihat dengan baik bukannya menjaja kisah buruk secara melampau, sedangkan apa yang ada di sekitar kita mungkin lebih teruk daripada itu.
    Curahan rasa Kak Long Mawar Merah @ ..Protien di Teluk MurohMy Profile

    1. Ish, ish, ish tak baik cakap macam tu tengok dari rupa jer…nanti ada anak, baru tau..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!