Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, air mata tumpah ketika berucap di #SBB2013 cuba nak tahan tetapi manakan mungkin boleh ditahan kalau Blogger Ensem Sangat pun tak mampu nak menahan, manakan tahan jika Blogger Bro pun tersedu tak dapat menahan.
Perkenalan pertama dengan Bro Jejai apabila beliau hadir di Majlis Pelancaran Rakan Niaga eQurban dan penyerahan hadiah iPad 2 di Hotel Equatorial Bangi. Ketika itu beliau banyak bertanyakan soalan dengan mencadangkan berbagai idea baru. Itulah pertama kali mengenali beliau tapi tak sangka langkah pertama untuk menjadi sahabat Blogger yang rapat. Pasti Blogger Yanmie, Eyriqazz, Kak Jie, Joegrimjow masih ingat peristiwa tersebut.
Selepas dari majlis tersebut kami memang tidak pernah bersua dan sesekali berhubung melalui FB dan Twitter tetapi Bro Jejai selalu meninggalkan jejak komen disetiap entri baru blog Denaihati. Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari suatu hari aku mendapat panggilan telefon dari Bro Jejai. Katanya aku antara beberapa kawan yang beliau maklumkan bahawa beliau baru di diagnos Kanser Paru-Paru peringkat ke empat. Terkejut dengan berita penyakit tersebut dan terkejut kerana Bro Jejai mempercayai aku.
Pertemuan selepas itu sangatlah berbeza daripada pertemuan pertama.
Lihat bertapa gembiranya Bro Jejai menjadi Blogger paling bertuah menjadi pemenang cabutan bertuah utama #SBB2012 tetapi selepas itu apa yang jadi hanya ALLAH sahaja yang tahu.
Majlis Blogger terakhir yang beliau hadiri adalah majlis berbuka puasa di Shah Alam anjuran Denaihati Network dan menjadi entri terakhir di blog Teratakarmo. Selepas itu beliau hilang begitu sahaja dari alam maya sehingga ramai Blogger tertanya-tanya. Di Majlis #SBB2013 kami telah menjemput wakil Bro Jejai untuk datang menerima sumbangan daripada Rakan Blogger. Isteri beliau Puan Mazliana telah berusaha membawa Bro Jejai yang uzur untuk menemukan dengan Rakan Blogger yang rindu dengan kelibatnya.
Nilai sihat hanya terasa apabila diuji dengan kesakitan. Hargailah kesihatan jangan kita menjadi manusia yang sombong berasa besar diri lupa daratan semasa sihat. Kami mendokan Bro Jejai dan keluarga diberi kekuatan dengan ujian dari ALLAH SWT. Banyak kes Kanser telah sembuh dengan berbagai cara perubatan jadi tidak mustahil juga untuk Bro Jejai.
Bro Jejai anda sentiasa berada di dalam hati kami. Kepada yang sudi menghulur bantuan kepada sila klik Blog paling rapat dengan Bro Jejai di SINI.
(Nota : Sebahagian gambar dicelok dari Blog Rakan Blogger … mohon kebenaran)
133 Comments
Semoga bro jejai diberi kesabaran oleh ALLAH, Amin.
semoga bro jejai kuat semangat..
Curahan rasa mr.pingu @ ..Menu ikan Salmon yang enak
Comments are closed.