Assalamulaikum dan Salam Aidiladha,
alhamdulillah harini sudah masuk hari ke-3 kita menyambut hari raya AidilAdha. Masih berbaki 1 hari lagi untuk kita boleh menyelesaikan sembelihan ternakan untuk tujuan menunaikan ibadat korban. Saban tahun, ianya ditunggu-tunggu untuk bersama-sama dengan mereka yang susah untuk menikmati ternakan yang telah disembelih.
Satu perkara yang kita boleh lakukan adalah untuk mengumpulkan idea-idea dan cerita daripada orang-orang kampung yang bersama-sama dalam aktiviti sepanjang musim perayaan ini. Pelbagai cerita akan dikongsikan dan semua ini adalah sebagai pencetus untuk kita bawa pulang ke kota dan jadikan ianya sebagai bahan yang boleh kita sebarkan.
Kehidupan di kampung dengan suasana yang berbeza
Sudah menjadi kelaziman, gaya hidup di kampung walaupun telah berkembang maju dengan teknologi, tetap berbeza dengan hiruk pikuk kehidupan di belantara konkrit. Bagaimana mereka menguruskan jemputan, menguruskan kerja-kerja bergotong-royong dan banyak lagi.
Banyak sebenarnya perkara dan nilai murni yang kita boleh jadikan contoh dan teladan. Bagaimana masih ramai yang tidak terlalu fokus hanya kepada gajet dan teknologi. Bersembang seperti yang sepatutnya, bertukar cerita agar teladan dapat disampaikan dan yang paling penting, perhubungan silaturahim juga dapat diperkemaskan.
Penjanaan idea yang tiada had
Ramai sebenarnya orang-orang tua yang gemar berkongsi cerita dan pengalaman mereka sepanjang umur hidup di dunia ini. Andai kita berpeluang untuk duduk dengan mereka, kurangkan bercerita banyakkan bertanya. Tanya agar mereka yang bercerita, tanya agar memberikan idea apa yang perlu mereka ceritakan. Tanya agar mereka rasa kita memang benar-benar ingin belajar daripada mereka.
Walaupun mungkin ada perkara yang telah kita ketahui, namun benarkan mereka menyampaikan perkara tersebut. Pelajari sudut pandang mereka yang berbeza. Sudut pandang yang berpengalaman dan mempunyai makna serta nilai yang tinggi andai kita selami.
Semua ini akan memberikan pulangan berlipat kali ganda. Tanya masalah-masalah mereka, insyaALLAH daripada situ, kita akan dapat memperkemaskan perjalanan aktiviti kita sama ada sedang bekerja mahupun menjalankan perniagaan. Andai anda pulang ke kampung, tetapi masih di bandar, perkara yang sama tetap boleh diaplikasikan.
Tanya orang-orang tua pendapat mereka. Bina satu perbualan yang sihat dengan soal jawab yang berlaku. Benarkan mereka bercerita, sama ada secara langsung mahupun melalui perbuatan dan aktiviti yang dilakukan bersama.
Usah kecilkan sudut pandang kita hanya ingin menilai berdasarkan ilmu dan pengalaman kita, benarkan ianya diterokai dengan perkara baru, minda kita akan lebih terbuka untuk menilai sesuatu situasi dan akhirnya idea-idea bernas akan terhasil untuk di bawa bekalan pulang ke lokasi asal di mana kita tinggal.
102 Comments
DUduk kat kampung memang best.. kalau kena caranya boleh jana pendaptan lebih lumayan dan lebih tenang dari kerja pejabat
Curahan rasa zool @ ..Ambil Bapa Pulang dari Hospital Oriental, Main Bola Padang, Buat BBQ
Di rumah pun ada cabaran. Jika jaga anak sendiri, tinggal dengan orang tua, pasti ada soalan yang ditanya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..8 Hartanah Dengan Kerja Minyak Dan Gas
Memang seronok tengok suasana qurban di aidiladha dengan suasana kampun. Pakat memasak dan makan beramai-ramai. Sangat meriah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Asid Lemak Omega 6 Hasilkan Hormon Prostaglandin untuk Tingkatkan Sistem Imun
best giler duduk kampung kan main mcm zakan kanak kanak dulu..rasa mcm nostalgia
Sekarang di kampung kebanyakannya hanya ada warga emas dan kurang kanak kanak.
Curahan rasa Ikhwan @ ..8 Hartanah Dengan Kerja Minyak Dan Gas
▶️ Kepada sahabat-sahabat yang masih menanti jodoh, memang benar jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis. Namun, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari?
▶️ Mungkin anda sebenarnya buntu di mana haruskah untuk mencari, dan bagaimana. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG DI Jom Dating Malaysia atau http://www.jomdating.my secara PERCUMA dan sudah ramai juga yang berjaya menemui jodoh.
Suasana kampung memang mendamaikan. Kadang2 boleh lupa masalah dan serabut ketika di bandar
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Apa Itu AFB? Dan Senarai Ahli AFBians
kampung memang menarik sebenarnya.. bila duduk kampung, tenang dan nyamannya tk payah cakap la mcm mana.. rasa mcam hilang masalah dunia sementara .. duduk kampung selamanya pun takpe.. hihihihihihi ;D
Curahan rasa Produk Jenama Sendiri @ ..Hello world!
kampung begitu rindu dengan masa-masa kecik di kampung begitu damai dan tiada kesusahan
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Botok Tahu
Best tengok ada sawah, tenang je..
Bila lah nak pergi tempat bersawah ni..
Memang banyak sumber di kampung yang boleh digembelengkan untuk menjana pendapatan. Kena kreatif dan inovatif untuk menjayakannya.
kat kampunglah senang kalau nak wat duit.
banyak benda boleh buat.
cuma idea kena lebih kreatif aje.
Curahan rasa titan @ ..Buat Duit dengan ShushiVid
Pergh seronoknya dekat kampung
.. aktiviti gotong royong seberginilah antara aktiviti yang boleh mengakrabkan tali persaudaraan.
Curahan rasa onlajer @ ..Sehari bersama Legoland 5th Brick-versary
ternyata enakan di kampung suasana adem, pemandangan indah, jauh dari polusi
Curahan rasa ade sunandar @ ..7 Tanda Gejala Stroke, tanda dan pengobatan
Cantik pulak tengok rumah kampung tu. Dengan halaman yang luas. Kalau kat bandar, memang susah nak dapat rumah yang ada halaman luas macam tu.
Curahan rasa sabree hussin @ ..Bisnes Simkad Tone Excel – Pemasaran online atau offline lebih baik?
Ada kampung memang seronok.. seminggu balik kampung macam2 aktiviti leh tgk n rasa..
Curahan rasa azstory311 @ ..Menembak Burung Di Kampung Seawal Waktu
alhamdulillah saya masih ada kampung, anak2 pun sempat rasa hidup di kampung..maka beruntunglah bagi sesiapa yang masih ada kampung =)
Curahan rasa Farah @ ..7 Cara Mengatasi Penyakit Gout
Comments are closed.