Assalamulaikum dan Salam Aidiladha,
alhamdulillah harini sudah masuk hari ke-3 kita menyambut hari raya AidilAdha. Masih berbaki 1 hari lagi untuk kita boleh menyelesaikan sembelihan ternakan untuk tujuan menunaikan ibadat korban. Saban tahun, ianya ditunggu-tunggu untuk bersama-sama dengan mereka yang susah untuk menikmati ternakan yang telah disembelih.
Satu perkara yang kita boleh lakukan adalah untuk mengumpulkan idea-idea dan cerita daripada orang-orang kampung yang bersama-sama dalam aktiviti sepanjang musim perayaan ini. Pelbagai cerita akan dikongsikan dan semua ini adalah sebagai pencetus untuk kita bawa pulang ke kota dan jadikan ianya sebagai bahan yang boleh kita sebarkan.
Kehidupan di kampung dengan suasana yang berbeza
Sudah menjadi kelaziman, gaya hidup di kampung walaupun telah berkembang maju dengan teknologi, tetap berbeza dengan hiruk pikuk kehidupan di belantara konkrit. Bagaimana mereka menguruskan jemputan, menguruskan kerja-kerja bergotong-royong dan banyak lagi.
Banyak sebenarnya perkara dan nilai murni yang kita boleh jadikan contoh dan teladan. Bagaimana masih ramai yang tidak terlalu fokus hanya kepada gajet dan teknologi. Bersembang seperti yang sepatutnya, bertukar cerita agar teladan dapat disampaikan dan yang paling penting, perhubungan silaturahim juga dapat diperkemaskan.
Penjanaan idea yang tiada had
Ramai sebenarnya orang-orang tua yang gemar berkongsi cerita dan pengalaman mereka sepanjang umur hidup di dunia ini. Andai kita berpeluang untuk duduk dengan mereka, kurangkan bercerita banyakkan bertanya. Tanya agar mereka yang bercerita, tanya agar memberikan idea apa yang perlu mereka ceritakan. Tanya agar mereka rasa kita memang benar-benar ingin belajar daripada mereka.
Walaupun mungkin ada perkara yang telah kita ketahui, namun benarkan mereka menyampaikan perkara tersebut. Pelajari sudut pandang mereka yang berbeza. Sudut pandang yang berpengalaman dan mempunyai makna serta nilai yang tinggi andai kita selami.
Semua ini akan memberikan pulangan berlipat kali ganda. Tanya masalah-masalah mereka, insyaALLAH daripada situ, kita akan dapat memperkemaskan perjalanan aktiviti kita sama ada sedang bekerja mahupun menjalankan perniagaan. Andai anda pulang ke kampung, tetapi masih di bandar, perkara yang sama tetap boleh diaplikasikan.
Tanya orang-orang tua pendapat mereka. Bina satu perbualan yang sihat dengan soal jawab yang berlaku. Benarkan mereka bercerita, sama ada secara langsung mahupun melalui perbuatan dan aktiviti yang dilakukan bersama.
Usah kecilkan sudut pandang kita hanya ingin menilai berdasarkan ilmu dan pengalaman kita, benarkan ianya diterokai dengan perkara baru, minda kita akan lebih terbuka untuk menilai sesuatu situasi dan akhirnya idea-idea bernas akan terhasil untuk di bawa bekalan pulang ke lokasi asal di mana kita tinggal.
102 Comments
Setuju, ani suka dengar perbualan orang tua, penuh dengan nasihat dan pengalaman yang tak dapat ani rasa
Curahan rasa Ani Haryani @ ..15 Kecuaian Ibu Bapa & Masyarakat Terhadap Anak
betultuh, duduk kampung memang ada beza, cara pandang pun berbeza, ada sesuatu yang kita orang bandar boleh belajar, memang seronok kalau dengar cerita mereka
Curahan rasa rujukan @ ..Pengalaman Beli Kuali Tefal Di Rantau Panjang
Selalu balik kampung, selain untuk melawat mak ayah, untuk tukar suasana bekerja juga. Perspektif baru akan membantu beri lebih banyak idea. Rezeki dari merapatkan silaturrahim kot 😀
Rasa tenang dan damai ja bila berada di kampung. Macam saya sendiri takde kampung halaman, rumah mak dan mertua tengah2 bandar 😅
Sesekali nak merasa suasana kampung pergi la menumpang di kampung sahabat2 terdekat..memang banyak idea yang fresh bila kita di sana sebab tenang kan tak sama macam suasana di bandar.
Curahan rasa Nur Razali @ ..Lihat 10 Cara Paling Berkesan Tingkatkan Kecergasan Anda
orang lama banyak ilmu dan pengalaman mereka. Memang sesuai dijadikan sumber rujukan.
Memang ibadah kurban merupakan salah satu cara orang muda nak mendekati orang tua.
Curahan rasa razis @ ..Metz 1 – PSG 5: Barisan Penyerang Bernilai $400 juta +++ PSG Menunjukkan Taring
suasana kampung penuh aman dan damai…
memang menyegarkan minda dan fikiran..
masyarakat masih kekal dengan budaya saling membantu
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kerjaya PerundingTakaful Pilihan Terbaik Di Sarawak
nak pulang ke kampung kalau dah rasa penat dan capek dengan keadaan bandar yang begitu keras
Curahan rasa jalan jalan @ ..Keren dan tajir lewat Dunia Maya
betul, seronok jika sesekali dapat balik kampung menyegarkan minda, sebagai penjana idea gitu
Curahan rasa raihanah @ ..Promosi Shaklee Sempena Hari Malaysia 2017
Daging Kurban di hari raya idul adha sungguh suatu pengalaman yang menyejukkan hati
Curahan rasa Adbul Zumaya @ ..Chrome Offline Installer Filehippo
kampung tempat yang best untuk santai dan ambik udara bersih
Curahan rasa mrhanafi @ ..TEDxKenyalang 2017 Kembali Dengan Tema Be The Best
Memang best suasana kampung.. rasa tenang je minda..
Rasa macam tak nak balik bandar dah
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kita yang dibandar ni pun mesti terasa nak balik kampung bila dan lanjut usia nanti kan Dedaun Comel.
Curahan rasa Sani @ ..Resepi Waffle Paling Sedap Dan Paling Raggup!
Ya.
Bila balik kampung, memang melapah la jawabnya hari-hari.
hehe
Curahan rasa titan @ ..Mirai E
betul tu, hari2 melapah, hari2hirup sup daging, hari2 bakar daging..
3, 4 hari jugak makan nasi lauk daging.. hasil pemberian saudara dan jiran. jyeah!
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Duda Pujaan Dara di Astro Ria
Rasa sampai jemulah tengok daging. Bila beli lauk wife siap kata “beli aje lauk apa-apa kecuali daging dan ayam”
Curahan rasa Sani @ ..Resepi Waffle Paling Sedap Dan Paling Raggup!
Suasana kampung memang best. Tenang je rasa. Udara pun nyaman je. Memang jauh berbeza dok di kl ni 😅
salam sejahtera
memang seronok bila sesekali kita dapat balik kampung dan berehat di rumah yang pemandangan sekelilingnya dihiasi dengan pokok-pokok padi atau lain-lainnya…saya sendiri amat teruja memandang keindahan pemandangan sawah di tepi rumah tradisi itu…
Agaknya sebab itulah orang yang tinggal kat kampung ni umurnya selalu panjang-panjang aje.
Curahan rasa Sani @ ..Resepi Waffle Paling Sedap Dan Paling Raggup!
betul tu, best kalau bergaul ngan pacik macik yg banyak makan asam garam dari kita
yA dikampung sekarang pun dah ada internet permainan tradisional semangat gotong royong telah hilang
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Martabak Manis atau Kue Bandung
betul.. orang2 tua selalu bercerita kisah mereka dulu dulu. jauh betul gaya hidup diorng..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Duda Pujaan Dara di Astro Ria
tetapi rindu masa itu , masa penuh keseronokan tak banyak hal yang tak baik seperti saat ini
Curahan rasa jalan jalan @ ..RESEP UDANG TEPUNG GENDUT MAKNYUSSS!!
Tak tahu la.. suasana kamung sekarang tak macam dulu.. Maklum la teknologi dah maju..
Budak-budak tak semeriah dulu asyik main menghadap henpon je
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Rezeki Akan Lebih Murah Jika Buat 8 Perkara Ini Terlebih Dahulu
sekrang dah jarang bersosial sebab masing masing dok main game dan layan youtube
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Duda Pujaan Dara di Astro Ria
Salam Aidil Adha juga.. Orang kampung sarat dengan pengalaman.. Itu boleh dijadikan panduan kehidupan
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..BAGAIMANA BLOG ATAU LAMAN SESAWANG MEMBANTU MENINGKATKAN PRESTASI BISNES ANDA
Comments are closed.