Abang Ensem melangkah lebih jauh

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih teringat di pertengahan tahun 2012 Abang Ensem kirim pesanan untuk berjumpa. Al maklum ketika itu AE masih bekerja di sebuah Bank terkenal berdekatan dengan KLCC makanya kami berjanji untuk berjumpa di kawasan yang berhampiran. Nak tahu sebab apa AE nak jumpa rupanya nak minta pendapat untuk berhenti kerja setelah berkhidmat berbelas tahun. Aku pun tak tahu kenapa AE pilih aku untuk berkongsi kisah padahal masa tu entah berapa kali je kami pernah bertemu itu pun ngopi beramai-ramai.

abang ensem di majlis persandingan ariff shah

Beberapa hari selepas pertemuan tersebut secara rasmi AE telah menulis dalam blognya untuk meninggalkan kerusi empuk yang telah beliau gomoli berbelas tahun untuk terjun ke dalam lautan ganas dunia tanpa sempadan sebagai menulis blog hartanah Abangensem.com dan penceramah hartanah. Secara rasmi September 2012 AE menyertai team Denaihati sebagai tapak permulaan untuk mengharungi dunia yang penuh cabaran.

abang ensem blogger top malaysia

Fokus AE bersama team Denaihati adalah membantu mengukuhkan jenama Denaihati yang dibawa setiap kali seminar hartanah di seluruh Malaysia. Alhamdulillah bukan sahaja jenama Denaihati semakin kukuh tetapi tidak kurang juga jenama Abangensem semakin terkenal. Sekarang ramai yang rasa tiada hari tanpa usikkan AE di Facebook.  Ini yang dikatakan kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak.

2014 AE telah membuat keputusan untuk tidak bersama dengan team Denaihati setelah bersama lebih kurang 1 tahun 4 bulan. Aku menerima dengan hati terbuka kerana prinsip team Denaihati sememangnya ingin membantu rakan kongsi membina kerjaya yang lebih berjaya. Apabila tiba masa mereka boleh berdikari maka dengan hati terbuka mereka boleh meneruskan kerjaya yang telah mereka bina.

abang ensem blogger top malaysia

AE bukanlah yang pertama sebelum ini Sweetkurma juga bersama team Denaihati dan sekarang alhamdulillah sudah berjaya dalam bisnis online. Walaupun mereka tidak lagi bersama dengan team Denaihati kerana sibuk dengan bisnis masing-masing komunikasi tidak pernah putus kerana kejayaan itu adalah jaringan  dan jaringan itu tidak boleh diputus. Semakin besar jaringan semakin tinggi kadar kejayaan kerana kita tidak akan mampu pergi jauh kalau sendirian,

Abang Ensem bersama trofi Blogrrr Awards Denaihati

AE dan Sweetkurma tiada bezanya mereka rajin berusaha, kreatif, cepat mengambil peluang dan sentiasa cuba untuk jadi lain daripada yang lain kerana itu aku yakin mereka akan berjaya dalam bisnis yang mereka ceburi walaupun tidak lagi bersama team Denaihati. Satu lagi sifat orang yang berjaya yang ada pada mereka tidak pernah merungut di Facebook atau memberi berbagai alasan apabila diuji dengan berbagai masalah.

Selamat maju jaya kepada Abang Ensem semuga terus melangkah lebih jauh dan berjaya membina empayar perniagaan sehingga disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Jasa kalian akan terus dikenang.


Spread the love

125 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!