Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah satu kejayaan lagi akan muncul buat pengacara dan usahawan, Neelofa apabila beliau memuat naik di Instagram story bakal melancarkan aplikasi miliknya iaitu @thenoor.app tidak lama lagi.
Menerusi Instagram tersebut, ia adalah sebuah aplikasi mengandungi gaya hidup Muslim dan juga akan ada pelbagai pilihan bahasa.
Secara Umumnya, ia adalah salah satu alternatif untuk menggantikan dengan Muslim Pro apabila aplikasi tersebut sedang hangat diperkatakan baru-baru ini yang didakwa menjual hampir 98 juta data lokasi kepada tentera Amerika Syarikat.
Susulan berita itu, ramai yang mengecam dan bertindak memadam aplikasi tersebut daripada telefon pintar mereka.
Belum diketahui tarikh pelancaran
Bagaimanapun, tiada maklumat terperinci mengenai kandungan yang bakal dimuatkan dalam aplikasi itu yang didedahkan buat masa ini. Juga, belum diketahui bila ia akan dilancarkan secara umum.
Menerusi ruangan komen, mereka mengharapkan aplikasi tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya sama seperti Muslim Pro, malah lebih baik dari segi isi kandungannya. InsyaAllah.
- Tahniah, Neelofa dan Pu Riz bakal disatukan Mac tahun depan
- Kutipan filem tempatan dan antarabangsa tertinggi di Malaysia
- Fairuz Misran ‘jelmaan’ Tan Sri P.Ramlee, ramai yang rindu!
- Michael Ang mimpi masuk rumah 4 segi berbau ros
- 23 tahun hasrat Mark Adam hadiahkan ibunya sebuah banglo, berdoa peluk Islam
One Comment
Nak kena tahu apa kandungan seterusnya dalam aplikasi The Noor ni. Jika ada banyak manfaatnya, bagus!
Curahan rasa Geng Borak @ ..Kenapa Tak Cetak Wang, Bantu Rakyat Atasi Impak Covid 19?
Comments are closed.