Tahniah, Neelofa dan Pu Riz bakal disatukan Mac tahun depan

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Alhamdulillah, selepas berita yang mengejutkan buat selebriti dan usahawan terkenal tanah air, penampilan terbaru Neelofa memakai niqab, hari ini tampil sekali lagi beliau sudah bertemu dengan lelaki pilihan hatinya.

Ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed memzahirkan rasa syukur atas ketentuan Allah.

Datin Noor Kartini berkongsi catatan yang menyentuh hati di laman instagram peribadinya mengenai bagaimana bersyukurnya beliau kerana aturan Allah pada kehidupan Neelofa sungguh indah sekali.

Katanya, hari ini juga merupakan, hari yang bermakna bagi seluruh keluarganya dan paling ditunggu-tunggu.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan. Sumber keluarga pasangan berkenaan memberitahu, Neelofa yang baru-baru ini membuat keputusan untuk berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.

Catatan Datin Noor Kartini

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. syukurku padamu Ya Rabb.. saat yang ku tunggu-tunggu sudah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku.

Aku yakin dengan ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya.

Ya Allah, jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurgaMu nanti.. Amin,” kata Noor Kartini menitipkan doa buat Neelofa.

Bakal disatukan Mac 2021

Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, difahamkan bakal disatukan menjelang Mac tahun depan. Alhamdulillah.

Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.

Doa ibu buat anaknya Neelofa yang terbaik..

Dalam masa sama, sebagai ibu turut mendoakan yang terbaik buat anaknya itu.

Neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untukmu sayang .. Mama love you very much,” tambahnya lagi.

Tahniah diucapkan buat Neelofa dan Pu Riz. Kami semua doakan yang terbaik buat kalian.

Sumber: Awani

5 Comments

  1. Semua dh dpt agak dah. Baguslah dipercepatkan drp jd bahan gosip. harap berkekalan segala amalan yg baik. Niat berniqab utk menutup kecantikan yg ada, melindungi dan melengkapkan diri dlm menutup aurat. Jadi x perlu lg post gambar2 selfie dan gambar anak mata.

  2. tahniah buat Neelofa dan Pu Riz disatukan dalam majlis yang boleh kita anggap majlis pertunangan. Semoga mereka kekal hingga ke jinjang pelamin. buat Neelofa, bakal suami adalah seorang yang beriman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!