Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Muslim Pro adalah satu aplikasi berkenaan waktu solat, zikir-zikir dan al-Quran, kira-kira hampir 98 juta pengguna seluruh dunia memuat turun aplikasi tersebut.
Terkini, aplikasi yang terkenal di kalangan umat islam seluruh dunia dengan kelebihan yang ada, data penggunanya dijual kepada ketenteraan Amerika Syarikat (AS).
Tambahan, maklumat tersebut dijual dengan sebab-sebab yang tidak diketahui, lapor Vice.
Menurut laporan, salah satu pembeli data tersebut ialah daripada bahagian Komando Operasi Khas AS atau US Special Operations Command (USSOCOM) yang berkait rapat dengan isu seperti anti-keganasan, anti-pemberontakan dan pelbagai aktiviti rahsia di seluruh dunia.
Ketenteraan AS juga dilaporkan mendapatkan data lokasi pengguna dengan dua cara. Cara yang pertama ialah menggunakan alat pengesan bernama Locate X.
Cara yang kedua pula menggunakan syarikat bernama X-Mode. Syarikat ini akan peroleh data lokasi live daripada aplikasi kemudian menjual data tersebut kepada ‘pihak ketiga’ termasuk kontraktor kerajaan.
The U.S. military is buying location data about Muslims retrieved by Muslim dating and prayer apps, per @VICE.
— AJ+ (@ajplus) November 16, 2020
Apps include Muslim Pro (150 million downloads) and Muslim Mingle. The data is reportedly collected by a third party called X-Mode, which then sells it to contractors. pic.twitter.com/QymuUgMhxL
Menerusi laporan Vice, aplikasi Muslim Pro lah yang paling banyak mengirim data penggunanya kepada X-Mode. Sebagai imbalan, X-Mode akan membayar mereka berdasarkan jumlah pengguna yang dimiliki.
Contohnya, kalau ada 50,000 pengguna aktif harian di AS mereka akan hasilkan USD 1,500 sebulan!
Muslim Pro ni bukannya calang-calang aplikasi dan ia dikatakan antara aplikasi paling popular di kalangan umat Islam seluruh dunia.
Selain tunjuk jadual waktu solat, ia juga digunakan untuk tunjuk arah kiblat dan lain-lain.
Sehingga kini, Muslim Pro tidak memberi sebarang kenyataan lagi berkenaan laporan tersebut. Selain Muslim Pro, menurut Vice, aplikasi jodoh seperti Muslim Mingle juga menjual data kepada X-Mode.
Langkah berjaga-jaga, korang deletelah dulu aplikasi Muslim Pro.
Sumber: Lobak Merah
3 Comments
modus operandi dia sama saja macam facebook page..kau buat nama artis page lepas tu followers dan ratus ribu..
apalagi jual la..muslim ni ramai yang jadi pengguna..jika kita adalah golongan pencipta akan terjaga kemaslahatannya
Curahan rasa Snapbackpacker @ ..Alatan Portable Smart Travel yang Berguna Ketika Travel
Biar betul macam ni? apakah kita perlu gunakan aplikasi lain? Atau sama saja aplikasi lalin juga terdedah?
Curahan rasa Geng Borak @ ..Permohonan i-Sinar, Syarat Keluar Duit Akaun 1 KWSP
Comments are closed.