Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Seperti yang kita tahu, sosial media seperti Instagram, Facebook dan Whatsapp dah lama ada feature story yang mana pengguna boleh meletekkan story mereka di ruangan tersebut dan dalam masa 24 jam/1 hari story tersebut akan hilang.
Ataupun untuk instagram dan facebook, kalian boleh simpan story tersebut di Archive ataupun di story highlights. Itu adalah kelebihan yang dibuat oleh Mark Zuckerberg.
Terbaru, mungkin ingin mengikut jejak langkah instagram, facebook dan whatsapp, kali ini twitter pula menyediakan feature story seperti media sosial yang lain.
Tetapi namanya berbeza, ia tidak dipanggil story. Twitter namakan ia sebagai Fleet. Fungsinya sama, kalian boleh update Fleet. Dalam masa 24 jam/1 hari Fleet tersebut akan hilang.
That thing you didn’t Tweet but wanted to but didn’t but got so close but then were like nah.
— Twitter (@Twitter) November 17, 2020
We have a place for that now—Fleets!
Rolling out to everyone starting today. pic.twitter.com/auQAHXZMfH
Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada twitter sebab munculkan feature Fleet tersebut. Lain yang diminta, lain yang dapat.
Ada juga segelintir yang mengambil peluang untuk menjadikan sumber pendapatan lebih mereka yang mempunyai followers yang ramai seperti yang dilakukan di instagram iaitu dengan melakukan paid review menerusi twitter fleet.
some of you hating…
— Twitter (@Twitter) November 17, 2020
but we see you Fleeting 🧐
Di twitter milik twitter sendiri pun menulis caption “Some of you hating but we see you Fleeting….” (Ada segelintir yang tak suka tetapi kami lihat kamu semua update Fleet). Twitter pun pandai perli pengguna. hahaha.
Diharapkan dengan kelebihan yang ada di twitter fleet, kalian dapat menggunakan dengan sebaiknya. Min tengok ramai je yang dah update Fleet. hihihi.
2 Comments
Tidak terkejar media sosial ni. Kalau hendak tumpu semua, memang tidak akan terbuat. Tapi bagi mereka yang berniaga perlu lantik satu tim khusus untuk handle media sosial ini.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Sesiapa Sahaja Bebas Berniaga Di Wilayah Persekutuan Tapi Hendak Berniaga Apa?
Nampaknya di twitter masih ada ramai peminat dan pengguna setianya. Yang masih juga menjadi trend secara thread / bebenang. Kini ada fleet!
Curahan rasa Geng Borak @ ..Kenapa Tak Cetak Wang, Bantu Rakyat Atasi Impak Covid 19?
Comments are closed.