“Inilah bagunan yang telah selamatkan saya dari terkorban dalam tsunami pada 2004. Bagunan ini runtuh semuanya apabila Banda Aceh di gegarkan gempa sekuat 9.1 pada skala richter.”
“Saya dan teman saya datang ke mari untuk melihat bagunan ini. Ketika itulah berlakunya tsunami yang maha dahsyat. Saya melihat air laut yang sangat hitam melanggar Banda Aceh tanpa belas kasihan. Air yang sangat deras itu lalu di hadapan bagunan ini. Manusia bertempiaran lari ke berbagai arah cuba menyelamatkan diri sendiri.”
Abang Denai dapat membayangkan apa yang sahabat Aceh itu ceritakan apabila teringat video tsunami Aceh. Hancur luluh hati apabila melihat di berita TV, Banda Aceh menjadi padang jarak padang terkukur yang tinggal berdiri hanya beberapa masjid putih.
Dalam tempoh antara 15 dan 20 minit selepas gempa bumi berlaku amukan ombak raksasa setinggi ±30 meter yang dicetuskan oleh gegaran itu membadai seluruh kawasan pesisir pantai Aceh, Indonesia.
Pada tahun 2015 selepas 10 tahun kejadian yang menyedihkan itu barulah Abang Denai dapat menjejaki kesan-kesan tsunami Aceh yang sangat menyentuh hati.
Perjalanan dari Lapangan terbang antarabangsa Iskandar Muda ke Banda Aceh pasti kita akan bertemu dengan Perkuburan Massal Banda Aceh. Perkuburan ratusan ribu mangsa tsunami Aceh tanpa batu nisan.
Kapal PLTD Apung seberat 2,600 tan menjadi saksi tragedi tsunami. Kapal yang berada di Pelabuhan Ulee Lheue kala itu dipukul gelombang laut yang kuat sejauh kira-kira 10 kilometer(km) ke daratan ke kawasan penduduk di kampong Punge Blang Cut, Kota Banda Aceh. Berdiri melihat sebuah kapal sebesar ini terdampar ditengah daratan memberi keinsafan bahawa ALLAH boleh apa sahaja atas kehendak Nya.
Banyak lagi kesan-kesan tsunami yang dipaparkan dalam video kesan tsunami aceh
26 Disember 2019 ulang tahun ke 15 Tsunami Aceh semua menjadi pengajaran kepada kita.
Ada kelapangan pergilah ziarah kesan-kesan tsunami Aceh untuk mencuci kolam jiwa kita seperti kata Abe Meor Zaidee.
Kalian yang teringin roger je.
Amir Hassan
Telegram @ t.me/DenaihatiNetwork
Video @ youtube.com/c/denaihatinetwork
Hashtag Musafir #kembaraDH
2 Comments
Sekali Allah nak tunjuk senang jer… semoga menjadi iktibar kepada semua.. berlaku pada 2004, skrg dah 2020, sekejap jer rasa masa berlalu.
semoga kejadian begjni tidak berulang lagi pada masa hadapan.
kesannya amat dahsyat dan menuntun jiwa kepada mangsa dan keluarga
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tabiat fokus boleh cipta kejayaan hebat
Comments are closed.