Mee Udang Sg Dua Butterworth memang sedap. Yang sudah merasa pasti bersetuju keenakannya sehingga menjilat sudu. Paling best masa order kita perlu pilih udang yang paling memikat.
Sekali sahaja kami berpeluang makan Mee Udang Sg Dua itupun ketika sahabat kami Nordin Samad belanja. Jauhkan nak ke utara kalau tidak ada sebab memang susah nak ke sana.
Bila balik kampung ke Sabak Bernam ada banyak gerai yang jual Mee Udang. Ada sekali kami singgah di sebuah gerai yang ada signboard boleh tahan besar dengan harapan rasanya sama macam di Sg Dua tapi sangat mengecewakan. Bukan sahaja kurang sedap malahan servisnya juga teruk.
Pengalaman itu menjadikan kami serik untuk singgah lagi di gerai Mee Udang di kawasan yang sama walaupun signboard besar gedabak.
Namun sebuah restoran Mee Udang Banjir Udang Galah Kuala Selangor berhampiran dengan Restoran Cendol Borhan Kuala Selangor telah mengubah selera kami. Itu pun setelah kami perhatikan banyak kali restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan dalam hati berkata mestilah sedap sebab itu ramai pelanggan.
Alhamdulillah rasanya sudah lebih empat kali kami singgah makan di Mee Udang Banjir Udang Galah setakat ini tidak mengecewakan. Sempatlah Abang Denai merakam video tapi Jangan tonton sebab nanti termimpi-mimpi
Kami suka singgah sini selain Mee Udang galah dan Nasi Goreng Udang yang sedap, boleh juga solat sebab ada surau yang luas. Tempat parking kereta juga luas dan selesa.
Khabarnya Food Blogger Hisyamudin Fadzil dan keluarga sudah serbu restoran Mee Udang Banjir Udang Galah Kuala Selangor. Kalian bila lagi.
Kepada toke kedai makan, restoran dan gerai juga hotel yang nak kami buat review boleh email ke [email protected]
Amir Hassan
Jalan-jalan cari makan @ t.me/DenaihatiNetwork
3 Comments
Mee udang ke, apa ke yang berkaitan dengan sumber laut… memang banyak bahannya kalau makan di kawasan yang berdekatan dengan laut. Murah pula tu.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Ebook Panduan Buat Duit Dan Kerjaya Paling Laris 2019
Comments are closed.