BIFE Charcoal Steakhouse, pilihan penggemar daging premium

Di kota metropolitan Kuala Lumpur, adakalanya teringin nak makan steak, daging yang dimasak dengan arang. Baru-baru ni ada yang cadangkan untuk ke BIFE Charcoal Steakhouse di The Linc KL.

Lain macam pula nak sebutnya, Bife? BIFE adalah perkataan dari Portugal yang bermaksud Daging.

Dekat BIFE ni, bukan sebarang daging yang digunakan sebab mereka guna dan pilih daging yang premium. Ni mesti mengundang pencinta serta peminat daging untuk menikmati keunikan dan keenakan rasa daging yang di hidangkan di BIFE. Dengan aromau baunya, dengan ketebalannya, semua tu jadi pilihan.

Lokasinya di tengah Bandaraya Kuala Lumpur berdekatan dengan pejabat dan juga perumahan serta dikawasan yang strategik. Sebab tu dah ramai yang datang ke sini, sejak dibuka Oktober 2019 lepas. BIFE @THELINKKL memang jadi satu tarikan terbaru di sini.

Orang ramai teruja nak cuba makan kat sini.

Di dalam restoran ni ada beberapa kawasan untuk kita bergambar, nak selfie atau biasanya bergambar bersama keluarga dan rakan.

Tengok hiasan dalaman, susun atur meja dan suasana di BIFE ni, memang ada mood nak makan steak.

Di BIFE terdapat pelbagai pilihan menu, hidangan di BIFE yang ada adalah Buffet Makan Tengahari dan Buffet Makan Malam.

Churassco Buffet Lunch (12PM – 3PM)
Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Bawah : Percuma
Kanak-Kanak 4 – 11 Tahun : RM 20++
Dewasa : RM 39.90++

1. Sirloin
2. Chicken Wings
3. Garlic Beef
4. Lamb Shoulder
5. Herb Fish
6. Glazed Pineapple

Churassco Buffet Dinner (6PM – 10PM)
Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Bawah : Percuma
Kanak-Kanak 4 – 11 Tahun : RM 45++
Dewasa : RM 89.90++

1. Rump Cap / Picanha
2. Sirloin
3. Garlic Beef
4. BBQ Cheese Beef
5. Herb Fish
6. Chicken Wings
7. Lamb Shoulder
8. Turkey Ham
9. BBQ Squid
10. Prawns
11. Artisanal Sausages
12. Glazed Pineapple
13. Garlic Bread

Hidangan secara ala carte pun sudah semestinya ada, pelbagai pilihan dengan harga yang patut.

Buffet makan tengahari yang berharga RM39.90 menyediakan pelbagai hidangan buffet, pencuci mulut, sup dan buah-buahan dan menu ini bertukar pada setiap hari untuk memberikan kelainan kepada pengunjung ke BIFE.

Buffet makan malam pula sediakan 11 jenis hidangan panas-panas dari grill yang akan dibawa ke meja hidangan hanya berharga RM89.90.

Konsepnya di BIFE ni terus ke meja anda atau “FOOD COMES TO YOU” dan pada ketika inilah kita akan dapat saksikan daging dipotong depan mata. Keluarlah jus daging dan aroma wap daging yang mengeluarkan rasa daging sebenar. Nikmat tau masa tu.

Di BIFE ini boleh memuatkan dalam 100 orang pada satu-satu masa dan kita akan dialunkan dengan muzik salsa atau latin. Dah rasa macam di Portugal lah macam tu.

Di Bife Charcoal Steakhouse, mereka up to date media sosial. Jadi bolehlah ambil gambar di restoran, gambar makanan, gambar menikmati hidangan steak di situ. Mana tahu mungkin akan terpilih untuk mendapatkan hadiah dari BIFE.

Memang menarik di Bife Charcoal Steakhouse ni, mesti datang dan nikmati buffet atau ala carte yang ada. Puas hati. Boleh ajak keluarga atau rakan sepejabat ke sini.

House of Meat Buffet
BIFE Charcoal Steakhouse (M) Sdn Bhd
The LINC KL,
No. 1-5 & 1-5-F, 1st Floor,
Commercial Development No. 360 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.

Waktu Beroperasi : 12pm – 10.00pm
Untuk Tempahan :
Phone : +603-2300 6488
Whatapps : +6011-3778-8170
Email: contact@bife-asia.com.my

www.bife-asia.com.my
www.instagram.com/bifeasia
www.facebook.com/bifeasia

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!