Masih ingatkah anda tentang kisah yang menggemparkan negara suatu ketika dahulu? Pada tahun 2004, Malaysia dikejutkan apabila seorang pelajar SPM berjaya mendapat 17A1 di dalam SPMnya. Pencapaian itu dianggap luar biasa apabila beliau menjadi satu-satunya pelajar yang berjaya mendapat keputusan sebegitu.
Bagaimanakah keadaan beliau sekarang?
Beliau sekarang bekerjaya sebagai seorang doktor pakar pelatih bedah di England. Selain itu, beliau juga aktif di twitter dengan kebanyakan follower dan tweet beliau adalah mengenai kisah kehidupan beliau dan juga soalan-soalan daripada rakyat Malaysia yang mengagumi beliau.
Di akaun twitter dan instagram juga, beliau berkongsi tentang tips-tips untuk mendapat kejayaan dan sebagainya.
Biodata
Nama : Dr. Nur Amalina Che Bakri
Umur : 32 Tahun
Tarikh lahir : 7 Disember 1987
Asal : Kota Bharu, Kelantan dan dibesarkan di Johor Bahru
Pewangi kegemaran : Chanel Mademoiselle dan Burberry Brit
Pendidikan Lanjutan
2005-2007 : A-Level di The Cheltenham Ladie’s College
2007-2013 : Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan di The University of Edinburgh
2009-2010 : Ijazah Sarjana Muda (BMedSc) Farmakologi di The University of Edinburgh
2012-2013 : Doktor Pelatih bagi program Surgikal Onkologi dan Ginekologi di Harvard Medical School, Harvard University, Amerika Syarikat.
2013-2015 : Masters of Philosophy (MPhil) dalam bidang penterjemah perubatan dan terapeutik di University of Cambridge
2017-kini : mengikuti pengajian doktor falsafah (PHD)
Kerjaya :
2013-2015 : Doktor junior di Cambridge University Hospital, NHS Foundation
2015-Kini : Pakar pelatih bedah di bahagian surgikal dan trauma di Imperial College Healthcare NHS Trust di bawah seliaan The Royal College of Surgeons of England.
Seperti yang ramai mungkin sudah tahu, Dr. Amalina memang suka mengembara. Bila ada waktu lapang, beliau tidak boleh duduk rumah tanpa melakukan apa-apa. Setakat ini, Dr. Amalina sudah mengembara ke 61 buah negara (kebanyakan di Eropah, Amerika Utara, Afrika, Asia, Australasia, Caribbean)
Dr Nur Amalina Che Bakri kini menjadi trend di media sosial kerana budi baik beliau kepada bayi Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.
Pembedahan yang berjaya membuang tumor 200 gram di mulut bayi berusia sembilan bulan itu yang dijalankan di sebuah hospital kanak-kanak di London hasil inisiatif beliau menjadi viral.
UK or Malaysia?
“Malaysia is where my heart is. UK is where my life is.”
Lagu favourite masa surgery?
“It’s a final countdown”
Melihat kepada perjalanan beliau selepas mendapat keputusan SPM, sungguh luarbiasa. Kejayaan beliau menjadi satu inspirasi buat semua rakyat Malaysia. Semoga kita juga berjaya mendapat kejayaan yang serupa seperti beliau.
3 Comments
hebat dia ni. sangat tak faham kenapa masih ada yang nak kecam berdasarkan penampilan dia. kebaikan dia kita tak tahu.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Dapatkan Glass Skin Seperti Gadis Korea
Alhamdulillah, berbesar hati sangat dr amalina sudi bantu adik ainul mardiah. seronok melihat kejayaan pembedahan tersebut. secara tak langsung ia menaikkan kredibiliti dr amalina.
Curahan rasa Mia Sowi @ ..Perfume Tasneem Naturel Paling Wangi Untuk Kegunaan Lelaki Dan Perempuan
Dr Amalina ni memang terbaik..
Meskipun ada yang tak suka dengan penampilan tapi kehebatan dalam bidang perubatan patut di sanjungi
Curahan rasa zool @ ..2019 : Tahun Bersaranya Atlet Juara Malaysia
Comments are closed.