Proton X50 Sah Masuk Malaysia, Bakal Diperkenalkan Pada Tahun Hadapan

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Selepas kejayaan Proton SUV X70 yang berjaya menarik ramai pembeli, kini Proton tampil dengan SUV kedua mereka setelah Carlist melaporkan model X50 dalam kelas 12 telah sah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Nama yang sudah disahkan iaitu Proton X50 susulan tersiar foto sijil tanda dagang @ trademark, X50 dengan kepala surat Perbadanan Harta Intelek Malaysia (lihat gambar bawah) yang dikongsikan portal permotoran, Carlist.my.

Proton X50 ini juga dikatakan akan dilancarkan pada tahun hadapan dan ia juga diasaskan dari model Geely Binyue dan masih giat melakukan penyesuaian dan pengujian terhadap model berikut.

Apa yang dapat dilihat dari reka bentuk pada Proton X50 ini, ia akan tampil dengan rekaan yang lebih menarik dan mempunyai kelengkapan serba canggih.

Proton X50 juga akan dilengkapi dengan padanan transmisi klac berkembar automatik dengan enjin 1.5 turbo pada model tersebut, mampu menjana kuasa 174hp dan tork 255Nm dan membolehkan kenderaan itu memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 7.9 saat.

Dari segi harga, ia masih belum didedahkan. Jika ikut pada segmen, Proton X50 bakal bersaing dengan Honda HR-V, Mazda CX-3, Subaru XV, Peugeot 2008 dan Toyota C-HR. Jika Proton X70 dijual pada harga serendah RM99,800, jadi tahu-tahu sajalah berapa anggaran bagi X50.

Perbandingan Proton X50 dengan Honda HR-V

Kami juga dimaklumkan Proton X50 sudah tiba di Malaysia dan ia sedang menjalani ujian daripada pihak Proton. Pihak pengurusan tertinggi DRB-HICOM juga dikhabarkan sudah melihat dan menyentuh SUV kompak itu.

Perbandingan Proton X50 dengan Honda HR-V

Persoalannya, berapakah harga ditawarkan akan adakah berada dalam julat harga bermula RM70,000 hingga RM80,000. Apa yang pasti SUV ini akan lebih murah daripada X70 yang berharga bermula RM99,800. Jadi ramalan kami, harga Proton X50 mungkin dalam julat RM75,000.

Perbandingan Proton X50 dengan Honda HR-V

Rasanya setakat ini saja kami dedahkan serba sedikit mengenai Proton X50. Belanja sikit dulu. Bak kata CEO Proton, kita belanja sarapan dulu. Yang lain-lain tunggu makan tengah hari dan malam.

Apa yang pasti, Proton X50 sah masuk Malaysia.


Spread the love

5 Comments

  1. Kereta keluaran Proton dan Perodua semakin menarik rekabentuk dan teknologi yang digunapakai. Bangga rasanya dengan jenama Malaysia.

  2. Wah menarik ni. Degan design yang cantik dan performance yang mengagumkan sudah tentu akan menjadi pesaing yang kuat.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!