Sebak sungguh rasa di Hati
Salam 1Malaysia, pada 28 – 31/5/2010 aku bersama 5 orang teman termasuk Imran, President iLuvislam akan berada di Kemboja untuk menziarahi teman-teman dan mengadakan perbincangan lanjut untuk memastikan projek eQurban yang baru dilancarkan berjalan lancar. Antara jadual yang paling penting dalam lawatan kami adalah menziarahi Cambodia Islamic Center (CIC).
Setiap kali menziarahi CIC pasti jiwa kami tersentuh melihat anak-anak remaja yang berjuang untuk meneruskan kelansungan umat Islam di Kemboja. CIC tidak mendapat peruntukan daripada Kerajaan Kemboja dan bergantung 100% daripada dermawan daripada seluruh dunia. Majoriti pelajar tidak mampu untuk membayar yuran makan sebanyak USD10-20 sebulan. Pentadbir CIC perlu membelanjakan RM1500 untuk 3 kali makan sehari kepada 500 pelajar. Lebih kurang RM500,000 perbelanjaan diperlukan hanya untuk makan setahun. Kebanyakan hari anak-anak CIC hanya makan nasi bersama garam. Nasib mereka baik sekira ada dermawan yang sudi buat akikah pada hari-hari tertentu. Pengetuanya hanya menerima gaji USD180 sebulan dan 3/4 digunakan semula untuk keperluan CIC. Air mata pasti menitis melihat anak-anak CIC berebut-rebut masuk ke dewan makan yang sangat daif tanpa kerusi dan makan dengan selera walaupun nasi berlauk garam. Terbayang aku di Malaysia kita sudah biasa membazirkan makanan tanpa ada perasaan menyesal.
Sungguh aku tak berdaya nak menulis lagi sebak sungguh rasa di hati. Kepada yang sudi untuk menghulur bantuan biarkan RM1 pun sangatlah dialu-alukan cuma perlu klik Tabung Sumbangan Muslim Kemboja. Kepada yang ada niat nak akikah atau kurban sila terus ke eQurban, ingat sebelum sempat wang anda sampai kepada menerima pasti Allah telah meanugerahkan ganjaran untuk anda.

