Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “kepentingan mengurus dan mengandakan duit untuk masa depan“ sudi-sudikan membaca. Kali ini Abang bawa tulisan daripada Saudara Ikhwan Fahmi dengan tajuk yang menarik iaitu tips untuk hasil lumayan di internet. Pasti ramai berminat tajuk ini.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pada tahun 2012, semasa saya bekerja sebagai pensyarah dalam Jabatan Grafik dan Media Digital di sebuah institusi pendidikan swasta, saya mula belajar untuk menambah pendapatan menerusi produk digital di internet. Produk pertama saya ialah ebook dalam niche kerjaya yang berkaitan dengan kerja kerajaan.
Berkenalan dengan Muaz Hadi, saya mula menghasilkan ebook untuk rujukan peperiksaan kemasukan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). Dari situ saya belajar untuk kumpul list, guna autoresponder, bina minisite dan blog serta Facebook Ads. Jualan ebook saya yang pertama berjaya mencapai angka RM10,000 dalam masa 10 hari.
Selain dari menjual produk sendiri, saya turut menyertai cabaran affiliate sehingga berjaya menjana komisyen RM1,000 dalam masa 14 hari. Pelanggan saya ialah orang yang tidak dikenali tetapi berminat untuk membeli produk yang saya perkenalkan.
Saya mula merancang untuk menjalankan bisnes sendiri untuk pasaran Malaysia yang ditumpukan kepada graduan dan golongan yang mahu belajar membina pendapatan di internet. Untuk membina pendapatan dari internet mudah bila dilihat di atas kertas. Cabaran yang perlu dilalui ialah melaksanakan ia sehingga berjaya menjana pendapatan.
Ada 5 perkara asas yang perlu anda lihat untuk menghasilkan pendapatan di internet. Perkara ini amat penting dilakukan supaya pendapatan anda tidak terhenti di tengah jalan.
1. Pilih niche yang boleh buat untung.
Ada banyak niche yang boleh membantu anda buat duit contohnya, kecantikan, kerjaya, kesihatan dan servis. Saya memilih untuk menumpukan dalam niche kerjaya kerana niche ini mempunyai prospek yang dahagakan bidang pekerjaan setiap hari.
Niche kerjaya ini amat luas, jadi saya tumpukan kepada mereka yang mahu kerja kerajaan. Setiap tahun saya akan menawarkan ebook peperiksaan seperti Penguasa Kastam, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Separa Perubatan dan temuduga kerja kerajaan.
Apa pun niche yang anda pilih, pastikan ianya mempunyai permintaan dan mendapat sambutan. Jika tidak, usaha anda akan sia-sia. Masa dan wang yang anda keluarkan untuk kos iklan akan habis begitu sahaja kerana tidak memberikan keuntungan.
2. Bina blog berkaitan niche anda.
Ini penting untuk pelanggan yang menggunakan Google untuk mencari maklumat menjumpai maklumat yang diperlukan dalam blog anda. Lihat saja blog saya, www.ikhwanfahmi.com yang mendapat carian kata kunci untuk contoh soalan temuduga.
Gunakan platform WordPress dan masukkan artikel-artikel yang berkaitan dengan niche yang pilihan anda. Blog anda akan mempunyai trafik yang konsisten dan bakal menjadi lubuk duit anda untuk jangka masa yang panjang.
3. Promosikan produk yang berkaitan.
Anda boleh menjual produk digital seperti ebook dan video. Anda boleh mendaftar sebagai ejen affiliate bagi produk orang lain dan jana komisyen dari 40% hingga 50% bila ada produk yang terjual.
Tidak sukar untuk mempromosikan produk. Anda hanya perlu ceritakan masalah yang dihadapi oleh prospek dan tawarkan sesuatu untuk membantu mereka. Selain itu, anda boleh masukkan testimoni pelanggan terdahulu untuk meyakinkan mereka.
4. Trafik ke laman jualan.
Tanpa trafik tiada jualan yang terhasil. Trafik boleh diwujudkan menerusi penulisan artikel yang berkualiti dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Trafik secara percuma boleh dilakukan menerusi Search Engine Optimization (SEO).
Anda boleh kongsikan link artikel di Facebook, Google Plus, LinkedIn, Pinterest dan mana-mana laman sosial untuk mendapatkan trafik. Mereka yang mendapat manfaat dari artikel anda akan kongsikan di status mereka sehingga tular di internet.
Selain itu, ada kaedah berbayar untuk menarik trafik menggunakan Facebook Ads atau Google Adwords. Dengan kos serendah RM3.00 hingga RM5.00 sehari, artikel anda akan sampai kepada prospek yang lebih tepat kerana 2 platform ini boleh disasarkan mengikut umur, lokasi dan minat.
5. Automasikan corong jualan.
Dari laman jualan, anda boleh minta pelanggan untuk membuat tempahan dan terus mendapatkan produk yang dipilih tanpa perlu duduk di depan komputer sepanjang masa. Bahagian ini agak teknikal, namun anda boleh upah kepada orang lain untuk melakukannya.
Untuk mencapai ke tahap ini, anda perlu bersabar kerana ianya memerlukan fokus dan kos pemasaran yang konsisten. Biasanya produk digital seperti ebook dan video sahaja yang boleh dijual menggunakan teknik automasi.
Di bawah ini adalah contoh corong jualan untuk teknik automasi produk digital :
Trafik —> laman jualan —> Borang Tempahan —> Laman Download
Teknik automasi ini tidak sesuai digunakan untuk produk fizikal seperti produk kesihatan, produk kecantikan dan pakaian. Walau bagaimana pun, anda boleh menggunakan teknik ini untuk mendapatkan pelanggan. Tugas anda ialah menunggu pelanggan membeli dan hantarkan produk yang ditempah.
Untuk memastikan anda sentiasa menghasilkan jualan, anda wajib mengumpul senarai emel prospek. Minta mereka mendaftar di borang opt-in yang dipasang pada Squeeze Page. Dari sini anda boleh hantarkan emel Follow-Up untuk membina kepercayaan seterusnya menghasilkan jualan.
Kesimpulan.
Untuk menghasilkan pendapatan di internet, anda harus kenali lubuk niche yang menjadi permintaan orang ramai terlebih dahulu. Kemudian, barulah anda belajar bagaimana untuk mencari dan mengumpulkan prospek. Bukan semua orang akan membeli semasa pertama kali melawat laman jualan anda.
Sebahagian yang lain berminat tetapi perlukan masa untuk membuat keputusan. Di sinilah tugas anda untuk mendidik prospek mengapa produk tersebut bermanfaat untuk mereka. Emel Follow-Up yang masuk ke dalam Inbox prospek boleh meningkatkan peratus jualan anda.
Di masa yang akan datang, mereka boleh menjadi pelanggan yang membeli produk dari anda berkali-kali kerana anda sudah dikenali dan menjadi sumber rujukan dalam niche anda. Jika anda berminat untuk belajar membina corong jualan secara percuma, anda boleh mendaftar nama dan emel di www.jualaninternet.com
Ikhwan Fahmi
Ikhwanfahmi.com
Penulis niche kerjaya sepenuh masa
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
134 Comments
terima kasih udah di share artikel nya sangat menarik like
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
saya rajin berkunjung ke blog beliau belajar affiliasi bagaimana menjual produk dengan baik
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Kanker Pankreas Pembunuh Senyap (secara diam-diam)
niche kerjaya antara yang popular..
bagus dan mendapat sambutan menggalakkan..
sebab ramai juga nak cari kerja sekarang ini..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Belum Berjaya Bukan Berakhirnya Impian
Boleh dikatakan setiap kali ada peperiksaan kerajaan, ramai orang akan beli ebook untuk persediaan peperiksaan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Apa Kaitan Kempen Pilihan Raya Dengan Iklan
The best person utk cerita ttg niche kerjaya. Terbaik bos Ikhwan Fahmi.
Tinggal nak fokus jer..hhuhu
Curahan rasa hafizmd @ ..Panduan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41
Sama sama, nak mula tak susah, yang jadi masalah nak fokus dan konsisten bagi mendapatkan hasil.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Mudah Failkan Cukai E-Filing
Fokus dan menghasilkan income yang konsisten itu memang cabaran utama.
tak usaha usaha tangga kejayaan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Nak Cerita Sikit Apa Itu Takaful
fokus dan tanpa mengenal menyerah sebelum berhasil memang sangat menantang hal tersebut
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Kanker Pankreas Pembunuh Senyap (secara diam-diam)
Terima kasih atas tips yang sangat bermanfaat. Bisness internet memang memerlukan usaha yang lebih tetapi hasilnya pasti lebat dikemudian hari.
Curahan rasa Robayah Bachik @ ..Set Kesuburan Shaklee
Setuju tu puan . Tanam, baja dan tuai..insyaAllah aminn amin amin
Curahan rasa hafizmd @ ..Panduan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41
Buat blog untuk pemasaran jangka masa panjang, bila dah masuk SEO, artikel berkaitan blog kita akan keluar dalam enjin carian.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Apa Kaitan Kempen Pilihan Raya Dengan Iklan
Pertama kali saya berjaya mendapatkan pendapatan dari internet memang best. Rasa dia lain sikit dari perniagaan offline.
Terima kasih atas tips ni..
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Rezeki Akan Lebih Murah Jika Buat 8 Perkara Ini Terlebih Dahulu
Masa dapat RM1 yang pertama, rasanya macam banyak seperti RM10.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN
Setuju…kenangan tu akan ingat sampai bila2..manisnya kekal berpanjangan…fuhhhh
Curahan rasa hafizmd @ ..Panduan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41
I think this is among the most significant info for me. And i am glad reading your article. But wanna remark on few general things, The web site style is perfect, the articles is really great : D. Good job
Instead of doing sales, we have to learn and practice how to grow our business.
Curahan rasa Ikhwan @ ..4 Kerja Dengan Pendapatan Lumayan
and always learn from sifu like this blog your blog and otai bloger the others
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Kanker Pankreas Pembunuh Senyap (secara diam-diam)
Comments are closed.