Kahwin aturan keluarga vs Kahwin pilihan sendiri

Semua orang mengimpikan untuk mendirikan rumahtangga dengan calon pilihan hati namun malangnya bukan semua yang memiliki peluang sedemikian.

Ibu bapa adalah orang yang paling risau untuk kita berkahwin kerana mereka berfikir adakah pilihan anda itu tepat dan betul. Ini kerana pada usia muda kita dianggap masih kurang dalam pengalaman menentukan hala tuju hidup.

Sekarang jom kita berbincang mengenai kedua-dua bentuk perkahwinan iaitu sama ada yang diatur oleh keluarga ataupun perkahwinan yang berdasarkan pilihan sendiri.

Perkahwinan Pilihan Sendiri.

Anda tentu pernah tengok rakan anda yang sedang hangat bercinta, mesti anda kadang-kadang cemburu bukan? Itulah nikmatnya bercinta sebab selalu dapat berdua-duaan walau ke mana sahaja.

Dengan pilihan sendiri kadangkala anda harus mengorbankan masa sekadar untuk memuaskan hati gadis yang anda cintai untuk meluangkan masa berdua.

Kalau pilihan sendiri anda mungkin dapat mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam kerana anda kemungkinan sudah berkenalan dengannya bertahun ataupun berbulan lamanya.

Lelaki dan perempuan adalah saling bergantung satu sama lain

Perkahwinan Aturan Keluarga.

Kalau ahli keluarga anda sudah memperkenalkan dengan bakal menantu pilihan mereka, mungkin anda risau kerana anda berdua belum kenal rapat dan mungkin sukar untuk serasi bila hidup bersama.

Kelebihan yang anda dapati adalah bercinta selepas nikah, ya memang benar tetapi mampukah anda untuk menangani sebarang kemungkinan apabila anda berdua langsung tidak mengenali?

Apa yang penting ketika ini adalah mendapatkan restu keluarga kerana tanpa restu mereka mana mungkin anda boleh melayari bahtera perkahwinan dengan selamat dan sejahtera.

Bagaimana dengan pendapat yang lain?

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!