Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Marketing/Pemasaran adalah serangkaian proses yang dilakukan untuk memasarkan produk atau mengenalkan produk kepada masyarakat dengan pelbagai cara, agar produk tersebut lebih dikenali dan diminati oleh masyarakat luas.

Boleh baca di sini: Menulis bagaimana masalah diselesaikan sebagai salah satu strategi pemasaran
Sehingga dalam hal ini, pengertian marketing tidak hanya sebatas saat terjadi pemasaran, namun juga mengenai strategi yang digunakan, serta cara memberikan kepuasan kepada pengguna.
Ini adalah status yang di tulis oleh Tuan Amir Hassan. Boleh juga lihat di Facebook beliau.
Berikut adalah kaedah yang disampaikan oleh seorang professor yang ingin menerangkan maksud “Marketing” kepada pelajar-pelajar dia.
1. Anda nampak seorang gadis dalam party, anda pergi pada dia dan cakap Saya kaya jom kahwin dengan saya – “Itu Direct Marketing”.
2. Anda pergi satu party. Dalam party tersebut kawan anda pergi pada seorang gadis cantik lalu berkata lelaki itu sangat kaya, bagus sangat kahwin dengan dia sambil menunjuk anda – “Itulah Advertising”.
3. Seorang gadis datang kepada anda dan berkata awak kaya boleh tak kahwin dengan saya – “Itulah Branding”
Baca juga di sini: Kunyit Hitam BlackG Hasil Kajian Mardi Berkualiti Tinggi
4. Anda pergi pada seorang gadis cantik lalu berkata Saya sangat kaya jom kahwin dengan saya. Gadis itu lempang muka anda. “Itulah Customer feedback”.
5. Anda beritahu seorang gadis Saya sangat kaya jom kahwin dengan saya. Gadis itu kenalkan anda pada suami dia. “Itulah Demand & Supply”.
6. Sebelum sempat anda cakap pada gadis yang cantik, Saya sangat kaya jom kahwin dengan saya. Isteri anda sampai. – “Itulah halangan untuk masuk kepasaran baru”

Kesimpulannya, keuntungan sesuatu bisnes bergantung pada kegiatan pemasarannya. Proses pemasaran itulah yang disebut dengan istilah marketing.
- Kunyit Hitam BlackG Mardi, berkesan cegah pelbagai penyakit moden
- Ratusan Riders FoodPanda mogok, Syed Saddiq saran kembalikan skim pembayaran lama
- Hanya jadi dropship dan ejen produk orang, kisah wanita ini buat jualan RM1,000,000 setahun!
- Lelaki ini kongsikan lima cara untuk bangun selepas jatuh teruk dalam bisnes
- Cara Untuk Mendaftar Akaun THiJARI Tabung Haji
One Comment
Menarik kaedah yang disampaikan oleh professor tu. nampak jelas gambaran dia..thanks kongsi yer…
Comments are closed.