Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) 2018 yang akan berlangsung selama 11 hari mulai 22 November hingga 2 Disember 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). Kali ini mereka mensasarkan lebih 3.5 juta pengunjung dari dalam dan luar negara.
Pameran itu akan mengekalkan tema ‘Makanan Kita Masa Depan Kita’ dengan tujuan menggariskan kepentingan negara untuk mempertahankan kedaulatan makanan sebagai asas kekuatan negara.
Pada kali ini, sebanyak 1,500 khemah jualan dibuka untuk peniaga memasarkan produk dan hasil pertanian mereka. 13 pavilion negeri akan dibuka, menampilkan identiti, kebudayaan, pameran dan juadah makanan negeri yang dapat dinikmati oleh pengunjung. Antara yang menarik perhatian di MAHA2016 adalah 14 usahawan dibawa khas daripada FAMA Perak.
1. Zack Kuehtiaw Arang
Kuehtiaw Goreng Arang bermula di Pekan Razaki Ipoh yang mana telah berkembang selama lebih 10 tahun. Kuehtiaw Goreng ini digoreng menggunakan kayu arang yang mana ianya lebih memberikan aroma yang begitu sedap dan wangi. Sehingga kini kuehtiaw goreng ini masih di masak seperti sebelum yang mana ianya merupakan satu teknik yang memberikan satu kelebihan dan tarikan kepada pengunjung yang menikmati Kuehtiaw Goreng Arang.
2. Putu Perak
Ianya merupakan satu kuih tradisi Negeri Perak yang mana ianya sentiasa mendapat sambutan kerana ianya di masak panas. Putu Perak telah divariasikan dengan pelbagai perasa diantaranya Putu Perak Cheese dan Putu Perak Strawberry dan coklat. Berintikan kelapa parut, berwarna putih serta rasanya yang lemak-lemak manis, tekstur luaran kuih ini yang lembut pasti menarik perhatian sesiapa sahaja untuk mencubanya. Diberi nama sempena bahan asasnya yang mudah didapati di Perak, ia menggunakan tepung beras, tepung pulut serta kelapa sebagai adunan utama.
3. Ayam Ketuk Sambal Berapi
Bermula di Ampang Tasek Selangor, dengan Pelbagai Menu Terbaik yang menjadi pilihan ramai, salah satunya diantaranya Sambal Ketagih Berapi. Pada 2 tahun lepas D Touch Station kini berada di Cafeteria Rtc Gopeng. Diantara menu yang akan dibawa ke MAHA2018 ialah Nasi Ayam Ketuk dan Sambal Ketagih dan Bihun Sup Ayam Berempah dan Sambal Ketagih.
4. Chillex Concept Cafe
Di sini ada burger gergasi T-Rex dimakan dalam 3 hingga 5 orang, dimana burger ini seberat 1.48kg dan hanya gunakan homemade patty ayam dan daging. Kemudiannya burger ini disimbah dengan cheese yang meleleh-leleh disertai dengan nachos. Kemanisan pisang bakaq pula dicampur dengan caramelize dan dibakar dengan gula agar rasa menjadi lebih mantap dan sedap. Roti John Long Island Cheese kaw, satu menu original dari Chillex Concept Café. Wajib singgah dan rasai kesedapan menu-menu tersebut.
5. Nasi Kambing dan Rusa Grill
Nasi kambing perap, nasi ayam perap dan diikuti dengan menu lain seperti nasi daging batang pinang perap, nasi sotong bercili dan nasi ayam bercili bermula dari 9 tahun yang lalu. Terkini pula menu lagi hebat nasi rusa perap mencuba nasib bagi menguatkan lagi senarai menu yang sedia ada. Sambutan mengalakkan walaupun harga berbeza dari menu lain kerana jarang dan susah untuk dinikmati. Setiap resepi di perap dengan teliti supaya kelembutan isi daging terjamin ada kekuatan bahan rasa yang berbeza dari yang lain.
6. Kelapa Leleh Kampor
Bermula pada Februari 2016, Kelapa Lelehhh Kampor semakin viral dengan memasuki event Famafest 2017 dan 2018, HPPNK 2017 dan menambah lagi satu cawangan di Station 18 Ipoh. Produknya terdiri daripada Kelapa Leleh yang mana satu inovasi menggunakan kelapa dan sedikit inovasi bagi menarik minat pelanggan untuk mengunjungi Kelapa Leleh Kampor. Produk terbaru kali ini adalah Air Kelapa Blue Lagoon yang menggunakan air kelapa sebagai bahan utama.
7. Laksa Telur Bersarang
Bermula pada tahun 2014 dengan hanya bermula berniaga di tapak pasar malam. Kepelbagaian menu tambahan lain pada laksa iaitu tambahan telur goreng bersarang. Kemudian diwujudkan laksa dimsum, laksa fishcake fishball dan menu terbaru yang akan dperkenalkan di MAHA2018 iaitu laksa ketam lembut.
8. Mat Rezeki Kopi
Kopi yang dihasilkan berbeza dengan serbuk kopi segera lain kerana ia diadun dengan susu dan gula. Telah melakukan analissi makanan serbuk kopi di bawah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Malaysia (MARDI). Antara yang menjadi pilihan adalah Kopi Original, Mocha, Mat Coklat, Latte, Latte Hazelnut, Kapucino, Bandung Vanilla, Strawberry, White Coffe, Green Tea, Durian Vanilla dan Teh Tarik (Mamak).
9. Rendang Tok Mak Nik
Kini rendang tok maknik telah mendapat status Malaysia Best untuk membekalkan kepada FAMA di bawah jenama Agromas dan SADC di bawah jenama Pegro. Rendang Tok Mak Nik telah memperkenalkan satu produk terbaru iaitu pes asli rendang tok. Kini maknik merupakan pelopor produk rendang yang pertama di negeri Perak sehingga Perak dikenali sebagai pengeluar utama rendang tok.
10. Nasi Daging Cafe Penang
Penang Mutiara Cafe telah mengusahakan Sup Power Utara ini dan telah menambahbaik resepi sup berdasarkan permintaan pelanggan. Selain daripada bihun sup, Penang Mutiara Cafe juga mengembangkan menu dengan menambah Nasi Ayam dan juga Nasi Daging Utara. Hasil dari usaha yang tekad dan resepi yang enak, perniagaan ini bertahan sehingga hari ini.
11. Man Ubi Kayu Rebus Everest
Bermula dari pasar malam yang mana menjual produk Ubi Kayu Rebus, Jagung Bakar dan Apam Bakar sekitar Ipoh. Produk tetap ialah Ubi Kayu Rebus di mana potensi Ubi Kayu Rebus merupakan satu makanan ruji pada zaman dahulu. Kembalikan nostagia memakan Ubi Kayu dan Man Ubi Kayu Rebus Everest menambahkan menu seperti Ubi Kayu Kelapa dan Gula, Ubi Kayu Rebus bersama Ikan Bilis dan Ubi Kayu bersama Udang dan Ubi Kayu Rebus Ikan Masin.
12. Persatuan Nelayan Kawasan Matang Taiping
Menyajikan pelbagai menu berasaskan hasil laut segar dari jeti nelayan berhampiran di Kuala Sepetang. Restoran Nelayan PNK Matang juga menyediakan perkhidmatan katering kepada para pelanggan. Antara menu yang sering menjadi pilihan pelanggan ialah set bawal goreng panas, mee udang serta seafood lambak.
13. FZ Tanjung Murni, Mee Kuah Perak
Sejarah syarikat ditubuhkan pada tahun 2008, memulakan perniagaan di Cafe Tesco Kemudian cafe kilang Sony dan akhirnya buka kedai sendiri di Sg Petani Kedah. Selepas itu kembali berpindah ke Manjung Perak. Menu syarikat adalah Mee Kuah Perak dengan versi udang, daging dan ayam dengan resepi dan diadun sendiri. Makan sekali pasti nak lagi sebab Mee kuah Perak sememangnya sedap dan lazat.
14. Nasi Ayam Taugeh
Nasi ayam taugeh memang antara yang popular di negeri Perak. Taugeh yang ‘crunchy’ dan kuah kicapnya yang cukup menawan hati buatkan ia menjadi pilihan. Rasai sendiri keenakan set nasi ayam ini yang cukup sesuai dimakan seisi keluarga.
Itu antara yang menarik dan bakal menggegarkan MAHA2018 daripada usahawan FAMA Perak. Seperti MAHA yang lalu, semua halaman seperti laman perikanan, laman nanas, laman ternakan dan sebagainya akan ditampilkan semula supaya pengunjung dapat menikmati sendiri pengalaman pertanian secara langsung.
Pada MAHA 2018 ini, Perak memberi fokus kepada tiga daripada enam kluster iaitu Empayar Makanan, Coconut Street dan Agrobazaar Online
Jadi, jangan ketinggalan dan datanglah beramai-ramai ke MAHA2018 dan singgah di FAMA Perak, pavillion-pavillion negeri dan banyak lagi yang perlu disinggah.
37 Comments
Kalau pergi maha ni elok cari mkanan yg rare. Bukan semua tempat ada makanan unik ni
Banyao betul makanan yg diinovasi ni. Tapi tak semua bertahan kerana ia nya bermusim shj. Kena lebih kreatif
Memang tak pernah jejakkan kaki ke MAHA sudah lebih 8 tahun. Arghh rugi pulak
Kadang kdng mmg rugi kalau tak pergi sbb banyak makanan menaarik yg ada kat sana
Putu Perak tu memang makanan kegemaran saya… Setiap kali pergi ke Pasar malam, makanan ni antara makanan pertama yang saya cari… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Ini baru tau ada putu perak, selalu makan putu mayong atau putu piring atau putu bambooja, Kreatif!
Sy pula tak pernah mkn putu perak tu. Mungkin sedap gila sebab ramai yg suka tu
Fuhhh… Memang meleleh tengok gambar menu-menu yang dihidangkan… rasa bersyukur saya jadi orang Perak… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Fuh macam-macam produk yang sedap-sedap daripada usahawan FAMA Perak ni..teringin nak try rusa grill tu camana rasa dia.
improvise makanan ni banyak buka ruang untuk peniaga. kreatif dan buat hidangan tersebut bertambah enak.
dah lah lagi sedap, hiasan makan lak cantik cantik kan. Dar mata jatuh ke perut, bertambah berselera
seafood lambak tu memang tengah femes sekarang. tapi belum pernah rasa lagi. sedap tak? harga pulak mcm mana?
Pergilah sekali. Serius mmg best. Macam-macam dekat sana. Tahun lepas siap bawak baby lagi, thn ni insyaAllah berdua je kot dengan Encik Suami.
Bestnya ! Setiap tahun mmg wajib pergi MAHA ni. InsyaAllah tahun ni pun akan pergi lagi.
saya tak pernah pergi lagi MAHA ni.. ramai cakap best sebab banyak makanan viral dijual. bagus jugak la kalau ada platform untuk usahawan macam ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Netflix Perkenal Pelan RM17 Sebulan
Ramai pengunjung setia MAHA. Ye la kan, kat sanalah berpeluang jumpa pelbagai produk yang susah nak jumpa di tempat sendiri..
Curahan rasa JMR @ ..Year End Concert 2018
Sesetengah makanan tu hanya ada di negeri trtentu shj. Susah nk dpt. Kalau pegi maha semua ada
Sedap nya menu dia kalau dekat ni rasa pergi makan makanan yang best dekat sana
Target 3,5 juta pengunjung Bang? Wow pasti keren eventnye. Lihat menu2 makanannya jadi pengen cicipi, tampak delizious.
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Gapura Digital Pontianak Dukung Kegiatan Ngopi Milenial Arah Baru Bisnis 4.0
ubi kayu rebus ngan kuetiaw arang tu kena gi cari tu..Ubi Rebus tu kat area mana eh?
Curahan rasa reezluv @ ..Bagaimana Jejaka Ini Buat 4 Angka Seminggu Hanya Dengan Shopee
ada sekali kat Empayar Makanan. nanti kita tunggu finalize update dan lokasi. semua menarik ni
Curahan rasa admin @ ..Kesian orang kampung
Semua makanan sedia makan ni kecuali rendang tok dalam paket. Hasil-hasil laut Pulau Pangkor tidak adakah?
Makanan di atas walau viral, tapi ia makanan biasa sebenarnya. Patut bawa makanan yang tidak biasa di negeri lain macam…pejan ubi kayu, pais ikan dan banyak lagi.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Rupanya Beli Buku Tapi Tidak Baca Ada Manfaatnya Juga
Nanti boleh juga lihat di Pavillion Perak dan negeri-negeri lain. Makanan atau menu negeri lain pun ada, boleh lihat nanti di kawasan-kawasan mereka.
Curahan rasa admin @ ..Kesian orang kampung
Sedap-sedap tengok makanan dia, saya tak pernah lagi pergi maha sebab rasa takde benda nak pilih
Dulu macam tu juga rasa. Cuba pergi pada hari biasa dan awal pagi. Boleh borong macam-macam serba jenis makanan jika nak rasa. Nak tambah barang dapur sekali sekala di sini pun boleh.
Curahan rasa admin @ ..Kesian orang kampung
Kena pergi dululah ksn baru dapat rasa sendiri nikmat memilih. Mungkin ada yang kena dengan selera sendiri
Curahan rasa JMR @ ..Kaunseling Bersama Dr.Kartini – Mari Belajar Mengenai Ekzema
Comments are closed.