Assalamualaikum dan Salam sejahtera dunia, kalau bukan kerana mu Rasulullah SAW tidak ALLAH cipta dunia dan seisinya. Aku insan kerdil hampir terlupa kalau tidak disedarkan oleh sahabat ku Ustaz Khann Da’ie yang berada nun di bumi Madinah munawarah. Terasa rindu amat sangat kerana sepatutnya kami sedang berada di sana ketika ini. Mari kita sama-sama membaca coretan ustaz yang mencuit hatinyang gersang tiada kerinduan kepada insan agung.
#Hari..#Kelahiran..#Rasulullah..#Saw…
Air Mata tidak dapat ku tahan membasahi pipi saat mendengar Syair urdu ‘Muhammad Karoza‘ yang di karang oleh Hazrat Syeikhul Hadith Syeikh Syed Ahmad Khan rah. seorang Ulama’ Besar Pakistan satu ketika dahulu telah lakukan perjalanan dari Pakistan ke Madinah dan ingin menetap hingga mati di Madinah kerana beliau terlalu rindukan Baginda Saw..
Akhirnya barangkali kerana cinta beliau kepada Nabi Saw, ALLAH Swt telah memilih beliau meninggal di Madinah dan di tanam di Jannatul Baqi’ bersama Para Sahabat dan ahli Keluarga Baginda Saw di Madinah..syair ini telah di karang dalam 35 tahun yg lalu dan di nyanyikan kini oleh Junaid Jamshed seorang penyanyi pakistan…
Saya ingin kongsikan pada semua terjemahan dari syair ini agar kita bersama mndpt manfaat dan perasaan cinta kita kepada Habibuna Baginda Saw bertambah juga agar kita semua ada keinginan untuk menetap dan mati di Madinah..
‘Muhammad Karoza’
Makin hampi diri ku dgn Baginda Saw..
Kehidupan diriku akan berubah selepas ini kerana akan berjiran dgn Nabi saw..
Wahai Malaikat2 sampaikanlah pesan kepada Baginda Saw..
Wahai Malaikat2 khabarkan lah kepada Baginda Saw yg khadamnya Syed Ahmad sedang datang menuju kepadanya..
Madinah..Madinah..Madinah..Madinah..
Sangat indah nama Madinah ini..bila ku menyebutnya..hati ku rasa seronok..
kerana di dalamnya ada Baginda Saw..
Satu zaman yg hampir akan datang..yg mana kalian tidak akan dapati kesetiaan pada diri sesiapa..Pada masa itu jagalah Agama dan Iman kalian kerana zaman itu begitu ajaib untuk kamu hadapi..
Adakah kamu tahu sekarang ini aku nak ke mana?Dia adalah Rasululloh Saw ketempatnya lah aku sedang menuju..
Adakah kamu tahu apa yg sedang aku rasa?Aku sedang merasai nikmat kecintaan kepada Baginda Saw..
Sekarang ni kalian tinggal sajalah di Madinah..kerana kiamat semakin hampir..Tinggal sajalah di Madinah..kerana kiamat makin hampir..
Madinah..Madinah..Madinah..Madinah..12 Rabiul Awal 1437
23 December 2015
Semoga ALLAH terima cinta kita semua kepada Baginda Saw dan memilih kita untuk tinggal dan Mati di Madinah..amen….
Watch “junaid jamshed naat (muhammad ka roza)” on YouTube – junaid jamshed naat (muhammad karoza) : http://youtu.be/A6hlOdOxO-41
207 Comments
Barang siapa mengamalkan sunnah baginda Muhammad SAW, dan orang lain ikut mengamalkannya, akan diganjari pahala sama dengan orang yang mengikutinya, dan tidak dikuranginya pahala mereka walau sedikit pun. Subahannallah….
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
4 Matlamat diutuskan nabi
1. Tauhid dan kebebasan – “dan telah diutuskan bg setiap umat itu rasul yg menyeru menyembah Allah dan menjauhi segala taghut…” surah an-nahl ayat 36. Menurut As-Sobuni taghut ialah man da’a ilad dolal (sesiapa yg mengajak kepada kesesatan).
Curahan rasa anuar @ ..Penuhi Keinginan Puan Isteri Mengidam nak makan Udang Galah..
2. Keadilan- “dan telah diutuskan rasul2 kami dengan keterangan2 dan diturunkan dengan mereka kitab dan neraca untuk mentadbir manusia dengan adil..” surah al-hadid ayat 25. Al-Quran mencela kekufuran dan memerangi kezaliman ” dan janganlah kamu cenderung melakukan kezaliman..” surah hud.
Curahan rasa anuar @ ..Penuhi Keinginan Puan Isteri Mengidam nak makan Udang Galah..
3. Islah Mujtama’ (memperbaiki masyarakat) -Melakukan amar maaruf dan nahi munkar dan mengambil berat ttg kehidupan muslimin di seluruh dunia. ada Soleh wa musleh (bukan sahaja diri kena jadi baik, tetapi berperanan dan bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat juga menjadi baik seperti mana kita menjadi baik)
Curahan rasa anuar @ ..Penuhi Keinginan Puan Isteri Mengidam nak makan Udang Galah..
4. Tazkiah (penyucian jiwa) “dan dialah yang mengutuskan nabi yang ummi sebagai rasul untuk kamu mengajar kamu ttg ayat2 keterangan dan membersihkan kamu dan mengajarkan kamu kitab dan hikmah..” surah jumuah ayat 2
Curahan rasa anuar @ ..Penuhi Keinginan Puan Isteri Mengidam nak makan Udang Galah..
Panjangnya dah boleh buat satu entri kat blog sendiri. Hah..hah 🙂
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Tanda kita cinta kepada baginda Muhammad saw, adalah dengan cara mengamalkan dan menghidupkan sunnah baginda.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Barang siapa berselawat sepuluh kali pagi dan sepuluh kali petang akan di beri syafaat kepada mereka di akhirat nanti. hadis riwayat At-Tabrani.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Mereka yang mengikuti dan meladani Nabi Muhammad SAW akan mendapat berkat dan rahmat Allah SWT
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Semasa baginda Rasulullah S.A.W masih hidup.. baginda sudah pun memikirkan kita.. sudahpun mengingati kita… inilah masanya untuk kita membalas balik jasa baginda dengan memperbanyakkan berselawat..
Curahan rasa anuar @ ..Penuhi Keinginan Puan Isteri Mengidam nak makan Udang Galah..
Salah satu daripada sunnat dilakukan pada hari Jumaat adalah dengan memperbanyakkan selawat kepada baginda SAW.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Alhamdulillah… 12 Rabiul Awal telah pun meninggalkan kita… pelbagai penghayatan, pelbagai aktiviti telah pun dilaksanakan di surau2 dan masjid2 semalam…
Curahan rasa anuar @ ..Penuhi Keinginan Puan Isteri Mengidam nak makan Udang Galah..
Semoga semua aktiviti dan penghayatan tersebuat dapat melekat di hati kita sebagai santapan rohani… untuk bekalan kita menuju ke SANA…
Curahan rasa anuar @ ..Penuhi Keinginan Puan Isteri Mengidam nak makan Udang Galah..
Untuk Berjaya di dunia adalah dengan ilmu, untuk Berjaya disana juga dengan ilmu, sudah tentu untuk Berjaya di dunia dan diakhirat adalah dengan ilmu.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Perbanyakkan selawat bagi mengingati Baginda. Insha Allah rezeki bertambah murah, hidup bertambah tenang 🙂
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..PUNCA SAKIT LUTUT DAN CARA MENGURANGKANNYA
Allah swt dan para malaikat pun turut berselawat ke atasnya. Sungguh besar pergorbanan baginda dengan memohon syafaat untuk mereka disana nanti.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Saya tetap berselawat setiap hari untuk mengingati Rasullullah saw..tanpa menunggu hari keputeraan baginda…
rindu tak terkata…
cinta tak terungkap…
Curahan rasa mrhanafi @ ..Selamat Bergembira Untuk Penganut Kristian
Moga Allah swt tanamakan rasa cinta yang kekal kepada baginda. Ya Allah swt kau jadikan lidah lidah kami sentiasa memuji dan memuja Mu. Kau jadikanlah kami orang orang yang diberi syafaat oleh kekakasih Mu disana nanti.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Baguslah apa yang Tuan Hanafi lakukan, semoga ramai lagi yang buat perkara yang sama, bukan setakat hari keputeraan baginda saja atau bukan hari Maulidur Rasul sajakan?
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Pengalaman Bersama ONEXOX
Moga ia jadi santapan rohani diri kita setiap masa dan keadaan, Itulah amalan untuk dapatkan syafaat baginda bila disana nanti,
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W menyentuh kepada 4 perkara iaitu:
1. Harta
2. Aurat/Maruah
3. Ibadah
4. Al-Quran dan Sunnah..
Curahan rasa anuar @ ..Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Politeknik Malaysia 2015 (FIDE RAPID RATED)
Semoga kita dapat sentiasa mengingati pesanan terakhir Rasulullah S.A.W.. sebagai tanda sayang dan cinta kita kepada baginda…
Curahan rasa anuar @ ..Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Politeknik Malaysia 2015 (FIDE RAPID RATED)
Banyak intipati dari kutbah terahir baginda tu. Merangkumi dari segala aspek dari segi muamalat nya, akhlaknya, munakahatnya. Semoga umat akhir zaman lebih memahaminya dari golongan yang terdahulu.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Selepas peristiwa Nabi diracun dengan wanita Yahudi tu, kesihatan Nabi sering terganggu, itu menjadi punca wafatnya baginda.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Insha Allah…. jangan lupa dan sentiasa mengingati dalam hati kita tentang Nabi Muhammad, nabi yang Allah telah wahyukan kepada umat manusia untuk mencontohi sunah-sunah baginda.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia
Syukur Alhamdulillah… hari ni dengan adanya kemudahan Whatssapp, facebook dan sebagainya banyak kisah2 Rasulullah S.A.W yang dikongsikan oleh rakan2…
Curahan rasa anuar @ ..Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Politeknik Malaysia 2015 (FIDE RAPID RATED)
Ada cerita gembira… cerita sedih pun ada… walaupun dah baca berulang kali, tetap rasa nak menitiskan air mata…
Curahan rasa anuar @ ..Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Politeknik Malaysia 2015 (FIDE RAPID RATED)
Tetapi awas… ada sesetengah cerita tu tak sahih (hadis palsu)..
Curahan rasa anuar @ ..Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Politeknik Malaysia 2015 (FIDE RAPID RATED)
Jadi berhati2 sebelum nak forwardkan sebarang cerita tentang Rasulullah S.A.W yang kita perolehi melalui Whatss App..
Curahan rasa anuar @ ..Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Politeknik Malaysia 2015 (FIDE RAPID RATED)
Kena selidik dulu kesahihan cerita2 tersebut supaya kita tidak tersalah forwardkan hadis2 palsu..
Curahan rasa anuar @ ..Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Politeknik Malaysia 2015 (FIDE RAPID RATED)
Kebanyakan hadis palsu ni di reka oleh orang Syiah.. Hadis palsu yang Syiah reka sahaja ada lebih 200000.. belum orang lain lagi.. so kena hati2..
Curahan rasa anuar @ ..Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Politeknik Malaysia 2015 (FIDE RAPID RATED)
Kawan yang menyebarkan benda benda macam ni kenalah pastikan sebelum disebarkan. Ada kes maklumat yang salah.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Ada yang sebarkan kes kutipan madrasah yang palsu lah, ada fitnahlah dan ada kisah yang mungkin dah lama-lama dahulu dikeluarkan semula.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Jom tengok TV Al-Hijrah sekarang (pkl 11.00 mlm) ada dokumentari Cinta Rasul – Habib Ali..
Curahan rasa anuar @ ..Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Politeknik Malaysia 2015 (FIDE RAPID RATED)
Sebuah dokumentari khas sempena Maulidur Rasul S.A.W. Menceritakan kisah Rasulullah S.A.W. dari saat turunnya wahyu pertama sehingga khutbah wida” baginda..
Curahan rasa anuar @ ..Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Politeknik Malaysia 2015 (FIDE RAPID RATED)
Penyampaian yang cukup menarik dan teliti daripada Habib Ali… rasa macam seakan2 kita dpt menghayati peristiwa2 ketika berada di zaman nabi Muhammad S.A.W…
Curahan rasa anuar @ ..Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Politeknik Malaysia 2015 (FIDE RAPID RATED)
Cara beliau bercerita seakan2 beliau alami sendiri peristiwa2 tersebut… cukup lancar dan disusuli dialog2 spontan dalam bahasa Arab kemudian diterjemahkan dalam Bahasa Melayu..
Curahan rasa anuar @ ..Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Politeknik Malaysia 2015 (FIDE RAPID RATED)
Sekarang dah habis dah… maaf sebab terlambat nak bagi tahu dan share info tersebut di blog ini..
Curahan rasa anuar @ ..Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Politeknik Malaysia 2015 (FIDE RAPID RATED)
Perkongisan yang menarik dan mantap dari beliau , biasa juga dengar ceramah beliau.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Salam Maulidur Rasul
Nabi SAW sebaik-baik teladan ummah. Hidup tanpa teladan dan contoh ikutan adalah hidup yang mengundang kegagalan
Allahummasollia’lamuhammad
Curahan rasa Husna Rahman @ ..LIFESTYLE NABI MUHAMMAD SAW | MUHAMMAD TELADAN KESIHATAN ABADI
Hanya denga jalan yang ditunjukkan beliau sahaja yang mendapat keredhaan Allah swt. jalan lain hanya akan menyesatkan kita semua.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Salam Maulidur Rasul. Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
Curahan rasa Panduan Malaysia @ ..Permohonan UPU Ke IPTA Sesi 2016/ 2017 Online
Setiap hari Jumaat juga digalakkan kita memberbanyakkan selawat keatas baginda. Moga cinta kita kepada ALlah dan Rasul sentiasa mekar di hati kita..
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
oh menarik sekali kesah ulama besar pakistan ini, insha allah jika diberi kelapangan mahu juga saya membaca kesah beliau ini
Curahan rasa onlajer @ ..Bayaran Komisen Lazada Kali Ke Empat, Nak Beli I Phone Baru
Saya pun tiada kesempatan membacanya, Insya Allah teringin juga nanti menjengah nya .
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Insha Allah… semoga kita dapat Syafaat dengan amalan kita terhadap selawat ke atas baginga Rasulullah…
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia
Selawat ke atas baginda Rasulullah S.A.W boleh dijadikan sebagai amalan harian..
Curahan rasa anuar @ ..Penuhi Keinginan Puan Isteri Mengidam nak makan Udang Galah..
Bermula 12 Rabiul Awal dan seterusnya bolehlah kita buat amalan dengan berselawat ke atas Nabi kita Rasulullah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia
Inilah masa dan waktu terbaik untuk kita tambahkan amalan kita dengan berselawat ke atas Rasulullah yang kita kasihi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia
Comments are closed.