11 September

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 10 tahun dahulu 11 September telah mengubah landskap politik dunia. Berbagai telahan konspirasi yang dibuat oleh manusia selepas kejadian 11 September tetapi yang pasti selepas detik itu Islam menjadi musuh paling utama di dunia selepas mereka berjaya meruntuhkan Komunis. Islam diasak dari atas, bawah, kiri dan kanan oleh 1Dunia untuk memastikan Islam juga akan hancur sebagaimana hancurnya Komunis.

Mereka silap Islam bukan fahaman seperti Komunis atau Demokrasi atau Kapitalis tetapi Islam adalah agama yang dibawa Manusia Agung Rasulullah SAW. Seluruh alam ini dicipta oleh ALLAH SWT hanya kerana adanya MUHAMMAD SAW kekasih ALLAH SWT.

11 September sebenarnya bukan saat kehancuran Islam tetapi saat Islam berkembang dengan pesat di seluruh dunia. Beratus ribu manusia telah mendapat HIDAYAH selepas 11 September. Mereka yang mendapat HIDAYAH ini sangat taat pada Islam walaupun dimasa yang sama ramai manusia yang dilahirkan dalam Islam murtad meninggalkan Islam.

Semuga video 11 September boleh menjadikan iktibar kerana janji ALLAH SWT setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. Hanya mereka yang sabar dan redha dengan ujian ALLAH SWT akan berjaya dunia dan akhirat.

Firman ALLAH SWT “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Surah Al Baqarah 2:30)


Spread the love

69 Comments

  1. ini semua angkara BUSH dia yant buat agenda ni ,, dan menuduh Islam yang lakukannya ,, lalu melabelkan kita sebagai TERORIS ..

  2. Propaganda musuh Islam berbagai-berbagai. Kejadian 911 2001 dulu membuka hati dan mata seluruh dunia. Ianya ialah titik bermulanya Islam digeruni dek salah paham yg diputar belitkan oleh musuh Islam. Umat Islam kini harus menjadi semakin kuat dan mengembalikan kesedaran akan keindahan Islam yg telah disalah erti oleh mereka yg tidak mengetahui. All the best to us Muslimin n muslimat.
    Curahan rasa Anwar Osman @ ..Maxis Postpaid changed to Hotlink PrepaidMy Profile

  3. Alhamdulillah ramai manusia telah terbuka hatinya menerima Islam selepas peristiwa ini. Tapi sangat malang, ada juga umat Islam sendiri yang melabelkan Islam sebagai terrorist dan memeranginya sama seperti orang kafir lakukan terhadap Islam.
    Curahan rasa Cikgu Hairul @ ..Pencuri Kepala PaipMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!