403 individu ditahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Ketika musim PKP ini dilaksanakan sehingga 14 April 2020, masih lagi ada rakyat Malaysia yang ingkar dan tidak patuh arahan daripada pihak kerajaan. Malah, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah masuk minggu yang ketiga.

Jumlah mereka yang ditahan semasa sekatan jalan raya seluruh negara kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) individu kepada 403 orang pada 6 April 2020.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan angka berkenaan masih tinggi berbanding sebelum ini.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 403 individu di sekatan jalanraya kerana melanggar PKP. Angka itu menurun berbanding 554 tangkapan pada hari sebelum ini.

“Namun walau turun tetapi jumlah 403 itu masih tinggi berbanding sebelumnya,” katanya dalam sidang media pada hari Selasa. PDRM bersama ATM telah melakukan sebanyak 763 sekatan jalan raya di seluruh negara dengan melibatkan 443,160 kenderaan diperiksa.

“36,483 pemeriksaan mengejut diadakan dan sebanyak 4,571 premis diperiksa,” tambahnya.

Dalam pada itu, PDRM turut mendedahkan indeks jenayah seluruh negara menurun kepada 70 peratus.

Kredit Gambar: BH Online

“Berita menggembirakan, kita mendapat laporan dari PDRM iaitu indeks jenayah seluruh negara sepanjang PKP dilaksanakan, menurun 70 peratus .

“Jadi kepada rakyat kita yang sentiasa beri komen di media sosial yang bimbang rumah mereka kosong dan takut jenayah meningkat. Jadi statistik ini menunjukkan selama PKPD ini, indeks jenayah menurun 70 peratus,” tambah beliau.

Dinasihatkan juga kepada rakyat Malaysia sila patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan kerajaan. Kekal tenang di rumah dan buatlah aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga. Kita doa sama-sama supaya wabak COVID-19 dijauhkan dan pulih seperti sediakala.

Kredit: Awani

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!