Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, perhimpunan blogger terbesar di Malaysia yang dianjurkan di MIECC, The Mines, Seri Kembangan pada 14/12/2013 telah dapat mengumpul komuniti Blogger. Mengikut laporan di Harian Metro lebih 600 Blogger telah menghadiri perhimpunan Blogrrr anjuran MyNic. Paling aku tabik penganjur dapat menarik ramai usahawan online membuka gerai dengan berbagai produk yang menarik.
Berbagai aktiviti dijalankan sepanjang perhimpunan dengan berbagai ilmu dikongsikan tetapi yang paling penting adalah peluang bertemu mata dengan Rakan Blogger yang selama setiap hari berkomunikasi di alam maya. Bertemu Kak Jie, Yanmie, Tekong, Amanz dan Broframestone yang sudah lama tak berjumpa. Berjumpa juga dengan Blogger baru yang hebat seperti Tengku Syukri, Emas Putih dan ramai lagi. Hanya gambar jadi kenangan.
Paling ditunggu pengumuman anugerah 11 katogeri blog. Alhamdulillah blog Denaihati terpilih sebagai “Best Personal Blog 2013” tapi ini bukan bermakna blog Bro Framestone, BenAshaari, Cik Epal dan Irine Nadia tak bagus mungkin kali ini juri pilih blog Denaihati tahun depan pasti blog yang lain pulak. Atas kejayaan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga yang sentiasa memahami, team Denaihati yang sentiasa berkerja siang malam, pembaca setia dan semua rakan blogger yang sentiasa memberi sokongan kepada blog Denaihati dan paling penting kepada ALLAH SWT yang masih memberi ruang nyawa untuk memberi dan berkongsi ilham kepada semesta alam.
Senarai 11 Blog Malaysia Terbaik 2013 anjuran Blogrrr.my
- Best Food & Travel Blog – TheBigSmallBoy
- Best Personal Blog – Denaihati
- Best of Disability Blog – Amir-Hamidi
- Best Blogshop – EightDesignsBoutique
- Best IT and Gadget Blog – JomPHP
- Best Art & Photography Blog – TheEggYolks
- Best Entertainment Blog – RotiKaya
- Best Sports Blog – Sokernet
- Best Fashion & Beauty Blog – Maxmayo
- Best Family & Health Blog – IbuBapaCemerlang2012
- Best Automotive Blog – Paultan
Sebagai tanda terima kasih di atas kejayaan blog Denaihati aku sediakan 30 hadiah bonus hujung tahun 2013 untuk rakan blogger yang tidak berhenti-henti menyokong perjuangan blog Denaihati sehingga mencapai ketahap ini. Cara nak menang hadiah ini mudah sahaja :
- Tulis entry “review aplikasi android Denaihati terbaru” dengan beberapa gambar screenshot daripada aplikasi android Denaihati tersebut.
- Entri mesti ditulis 300 atau lebih perkataan dan mesti ada backlinks kepada blog Denaihati.
- URL link entri tinggalkan di SINI.
- 30 entri paling awal yang mengikut syarat akan mendapat bonus akhir tahun 2013.
- Keputusan muktamat.
Gambar menarik sekitar perhimpunan Blogger terbesar Malaysia
[customgallery]
105 Comments
Tahniah Denaihati kerana memenangi anugerah Best Personal Blog 2013. Seronok dapat anugerah sebegini. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
Tahniah kepada denaihati kerana mendapat best personal blog 2013. Makin popular la pasni. hehe. Jolokan anugerah tu memang sesuai dengan denaihati. 😀
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
Seronoknya dapat anugerah. Nak jugak la tahun depan. Tunjuk ajarku sifu…hehe.
Mungkin kena join kelas WP jugak lepas ni. Insya Allah wan akan plan betul-betul tahun depan kalau diizinkan. Tahun ni agak kalut dengan orang baru yang bakal lahir ni. Wan berazam untuk menang award.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Setiap kali baca entri-entri Tuan, pasti terpandang anugerah blog yang Tuan perolehi. Tahniah, Tuan! Kerana rezeki itu milik Allah. 🙂 Alhamdulillah.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
Blog TheBisSmallBoy memang menarik dibaca. Pasal travel dan food. Sekarang dia di Jepun join satu event charity. Bagus betul. Apa pun tahniah denaihati untuk anugerah best personal blog.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..CPUV Ketiga Bulan Julai – uMobile Prepaid Free Meal
pengobatan liver yang ampuh , ikutan kimen gan .jehehhe
Curahan rasa Obat Liver Tradisional @ ..Pengobatan Liver Tradisional
tahniahkepada pemenang semua.. =)
Curahan rasa TENGKUBUTANG @ ..SELAMAT HARI LAHIR MY HUBBY MIAW2..
balik awai tak sempat tengok sape menang.. heee congrats atas kemenangan 🙂
Curahan rasa AbgferOz @ ..Pokok Tumbang di PPR Hang Tuah
Tahniah buat Denaihati
Tahniah buat semua pemenang
Curahan rasa daddydee @ ..Projek Food For Hunger Baitul Fiqh- Nilai Seketul Roti
Kalau ada ios boleh join tak ?
Curahan rasa Faizalpj @ ..Salam Media – Satu Platform Pengiklanan Islamik Di Malaysia
maaf, lupa ucapkan TAHNIAH atas kemenangan di event Blogrrr… DH deserved it
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..[Updated] Perkembangan Sukan SEA Myanmar ke-27
Comments are closed.