Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “modal dasar kesuksesan seorang insan“ tulisan Abang Dadan blogger dari Indonesia, sangat bagus sebagai panduan motivasi diri. Kali ini Abang nak beri penghargaan kepada 10 insan pertama yang telah mengubah kehidupan ini.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Idea ini tercetus apabila membaca status FB Sifu hartanah paling ensem Meor Zaidee yang memberi penghargaan kepada 10 YANG PERTAMA telah mengubah kehidupan beliau. Jutaan terima kasih kepada Abang Ensem yang memasukkan Abang dalam senarai 10 orang pertama dalam katogeri orang pertama yang mengajar selok belok seminar, cara menguruskan seminar dan bernetworking. Kecil sangat sumbangan yang telah Abang berikan berbanding dengan usaha sungguh-sungguh sehingga beliau berjaya sebagai pakar rujuk ilmu hartanah Malaysia.
Abang pun ada juga orang pertama yang telah banyak mempengaruhi cara fikir dalam perniagaan.
10 orang pertama yang telah mengubah hidup
- Orang pertama yang mengajar aku ilmu blog. Kini beliau berjaya dalam bidang insuran takaful – Tuan Kamisan BMail
- Orang pertama yang mengajar aku bisnis MLM. Kini beliau menjadi pendidik di UMT – Prof Madya Dr Shamsul Bahri Abd Razak
- Orang pertama yang mengajar aku trade saham. Kini beliau mempunyai syarikat pembinaan – Tn Hj Khanafi
- Orang pertama yang membawa aku kembara satu dunia. Kini beliau memegang jawatan tinggi di PNB – Mohd Yusri Surip
- Orang pertama yang mengajar aku selok belok seminar, cara menguruskan seminar dan bernetworking. Kini beliau super jutawan dalam bisnis MLM – Dato Aziz Samad
- Orang pertama yang mengajar aku seronoknya sosial bisnis. Kini beliau terkena dengan aktiviti kebajikan di merata dunia – Tn Haji Masrukhin
- Orang pertama yang menjual apartment kepada aku. Kini beliau adalah seorang pendakwah dan pendidik di Sabah – Cikgu Zaieddi Shahadan
- Orang pertama yang memunculkan aku di kaca TV. Kini beliau adalah seorang wartawan yang sedang meningkat naik di Astro Awani – Hilal Azmi
- Orang pertama yang menyedarkan aku kehebatan bisnis online. Kini beliau berjaya dalam bisnis online dan networking – Engr Mustafa Bin Sareh
- Orang pertama yang membuka mata aku kepada dunia berbagai pelaburan. Tak perlu diperkenalkan memang sudah terkenal – Azizi Ali Mentor Wang
Bukanlah untuk menidakkan jasa kedua ibu bapa yang tidak terhitungan jasanya begitu juga sahabat-sahabat yang lain. Setiap insan dalam hidup kita pasti ada jasanya paling tidak secebis pengalaman yang menjadi panduan dalam hidup kita.
Setiap 10 orang pertama ini ada keistimewaan ilmu dan strategi bisnisnya. Masing-masing berjaya dalam bidang berbeza yang terus menjadi inspirasi Abang, bukan sekadar tamat begitu sahaja. Mungkin sekarang sudah jarang bertemu kerana kesibukkan kerjaya tetapi sesekali sekala tetap berhubung tanda persahabatan masih berpanjangan. Jasa kalian tetap dikenang. Semuga ALLAH balas dengan kebaikan berganda.
Abang pasti semua pun ada 10 yang pertama yang mungkin kita sudah hampir terlupa. Jom kita hargai mereka yang telah banyak berjasa kepada kita dengan membuat entri khas untuk mereka. Jangan lupa tag blog Denaihati dalam entri tersebut ya!
Mari kita terus berbuat baik pada masyarkat semuga ilmu dan perkongsian kita menjadi manafaat berpanjangan. Mungkin kita juga bakal menjadi orang pertama yang berjaya mencuit hati sahabat-sahabat kita sehingga mereka berjaya dalam hidup dan tidak salah kalau mereka berjaya gilang gemilang lebih dari kita.
Menjadi sahabat minyak wangi pasti dikenang sampai bila-bila.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
28 Comments
Alhamdulilah tuan Amir, Allah temukan tuan dengan pelbagai manusia yang hebat yang menjadikan tuan juga antara yang hebat juga. Alhamdulilah. 🙂
Curahan rasa Mrejoy @ ..Ingin travel ke Iceland? Baca perkongsian ini.
teman dekat yang mengubah kehidupan kita, cerminan kita sahabat dekat kita..makasih
Curahan rasa ade sunandar @ ..Cara Menjadi Member tasly di Depok
Dengan siapa kita berkawan, itu akan mencorakkan pemikiran kita setiap hari.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
Tahniah Tuan Denaihati kerana dikelilingi oleh orang-orang yang hebat… Betul kata orang tua-tua… Kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan terkena tempiasnya juga…
Curahan rasa Anuar @ ..Kenapa tak nak guna Strategi Pemasaran Email walaupun dah tahu ianya terbukti berkesan?
Kalau kita kawan dengan orang bijak, tempiasnya akan dapat juga.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
kawan sekeliling memang mempengaruhi siapa diri kita..pandai cari terbaiklah yang akan ditemui
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Sertai Larian Fun Run untuk Kesihatan Sambil Bersantai
10 orang paling berpengaruh dalam hidup saya memang tak dinafikan memberi kesan pada hidup
Samada positif dan negatif
Semoga tuan terus berjaya
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Pengedar Shaklee Petaling Jaya 2017 & COD ke rumah!
Nak tahu macam mana hidup kita 10 tahun akan datang? Tengok dengan siapa kita bergaul.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Calon Simpanan Separa Perubatan
menarik sekali artikel semacam ini jadi tahu 10 orang hebat di dalam kehidupan tuan Amir Hasan
Curahan rasa web guru tech @ ..Resep Puding Lapis Buah Spesial Paling Enak
Kalau nak kira, banyak orang pertama yang terlibat dalam mematangkan hidup hari demi hari. Mereka ini bukanlah hendak disanjungi , paling penting mereka sentiasa ada dalam doa..
Curahan rasa JMR @ ..Buat Ibadah Korban secara online dengan eQurban
Betullah orang kata, nak jadi hebat kena berdamping dengan orang-orang yang hebat di sekeliling kita. Dah tahu kenapa Tuan Haji sangat hebat, sebab circle network memang power. Terima kasih untuk perkongsian ni. Terus rasa terinspirasi
Curahan rasa penaberkala @ ..BURGER AYAM RENDANG DAN BURGER AYAM TELUR BERKEJU DI RASA UTARA
Mereka adalah ‘guru kehidupan’ yang perlu dihormati dan dihargai. Jika ada apa yang kita buat dalam hidup ini tidak begitu ‘menjadi’, mungkin kerana kita tidak menghormati dan menghargai guru pertama yang mengajar kita tentang perkara itu.
Perlu difikirkan. Bukan berkat dan doa ibu bapa sahaja diperlukan. Berkat dan doa guru juga perlu.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Episor Dapat Mengatasi Badan Lemah Letih Dan Cepat Mengantuk
kerana itu bila berguru ada adab menuntut ilmu untuk dapat keberkatan daripada ilmu tersebut. keberkatan itu yg memberi aura super positif utk kejayaan kita.
.
selalu berlakumenuntut berbagai ilmu tapi tak kemana sebab tak dapat keberkatannya.
10 orang pertama dalam hidup kita?
Mungkin orang-orang ini banyak membantu dan mengajar dalam kehidupan kita tetapi kita tidak pernah terfikir.
Curahan rasa Hidayah Azman @ ..TESTIMONI SET MENGANDUNG PREMIUM SHAKLEE BANTU NAIKKAN HB IBU MENGANDUNG
10 orang pertama dalam hidup kita? tak pernah terfikir pula.
Boleh difikirkan sejenak.
Mungkin orang-orang ini banyak membantu dan mengajar dalam kehidupan kita tetapi kita tidak pernah terfikir.
Orang dalam gambar tu saya kenal cuma Meor Zaidee (abang ensem) dengan Suhaimi, pengasas laman KlikJer.com
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Untung Pelaburan Hartanah
Hm.. elok juga buat camni tapi geng2 takde yang hebat2 cam tuan tu..
Curahan rasa zool @ ..Barangan Larangan Dalam Stadium Ketika Sukan SEA 2017
10 Orang pertama dalam hidup GV ialah semua ahli keluarga GV dan kucing kesayangan GV. Tanpa mereka, susah GV nak survive dalam dunia yang penuh cabaran ini. huhu.
Curahan rasa Galaksi Viral @ ..BRITNEY SPEARS THAILAND vs VIETNAM vs PINOY vs KEMBOJA vs LOAS vs MYANMAR. SAPA MENANG?
Comments are closed.