Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, keadaan ekonomi tahun 2015 berbeza daripada tahun 2014 terutama untuk industri minyak dan gas. Nilai Ringgit Malaysia berbanding Dollar juga merosot pada tahap terendah dalam tempoh 5 tahun. Dua faktor ini telah memberi kesan besar kepada senarai orang terkaya Malaysia 2015 berbanding 10 individu terkaya Malaysia 2014.
Dua individu Melayu terkaya 2014 iaitu Datuk Mokhzani dan Tan Sri Azman Hashim terkeluar daripada senarai 10 orang terkaya Malaysia 2015. Satu-satunya billionaire Melayu yang merupakan Melayu terkaya di Malaysia yang masih berada dalam senarai adalah Tan Sri Syed Mokhtar juga turun dari kedudukan enam kekedudukan kelapan . Puan Lim Kim Hoa satu-satu wanita yang masuk dalam senarai 2014 juga terkeluar dari senarai terkaya 2015.
Alhamdulillah aku telah menulis senarai 10 orang terkaya di Malaysia sejak 2010 sehingga entri menjadi rujukan Wikipedia. Untuk tahun 2015 Forbes telah mengeluarkan senarai 50 individu terkaya di Malaysia. Tan Sri Robert Kuok dan Tan Sri Ananda Krishnan masih mengekalkan dua kedudukan teratas individu terkaya di Malaysia sejak beberapa tahun lepas.
[box type=”shadow”]Senarai 10 Individu Terkaya Malaysia 2015
- Robert Kuok USD11.3b
- Ananda Krishnan USD9.7b
- Tan Sri Queck Leng Chan USD5.6b
- Tan Sri Lim Kok Thay USD5.5b
- Tan Sri Teh Hong Piow USD5.4b
- Tan Sri Lee Shin Cheng USD4.6b
- Tan Sri Yeoh Tiong Lay USD3b
- Tan Sri Syed Mokhtar USD2.9b
- Goh Peng Ooi USD1.6
- Tan Sri Lee Oi Hian & Dato’ Lee Hau Hian USD1.5B [/box]
Dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin mencabar kita kena jadi manusia kreatif untuk menambah sumber pendapatan. Bukan semua industri akan menurun apabila keadaan ekonomi dunia tidak menentu. Pasti ada industri yang terus berkembang dan kita kena cepat menyesuaikan diri mencari peluang tersebut. Kita tidak boleh terlalu memilih bidang bisnis yang hendak diceburi tetapi mencari peluang yang menguntungkan walaupun bukan kepakaran kita.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia membina kerjaya berjaya dari rumah!!! Klik Sini
Rahsia Menambah Pendapatan dengan Menulis! Klik Sini
Rahsia sedekah membuka pintu rezeki! Klik Sini[/box]
108 Comments
semua yang dinamakan ini adalah hasil berbisnes kan. luar biasa sekali hasilnya..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Air Ketuban Terlalu Banyak Pun Masalah Juga
mak jemah nanti akan kaya dengan bisnes vitamin kan, harap berjaya la hendaknya.
Curahan rasa puteraduyong @ ..Tiga Jurulatih Bakal Ganti Pellegrini di Manchester City
MJ dok cari nama tokti tadi tapi ternyata takde pula. tapi paling kagum dengan Tan Sri Syed Bukhari..kisah bisnes beliau amat memberi inspirasi..billionaire islam luarbiasa..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Bukan Sebarang Kopi: Ini Kopi Abang Kopi
tan sri syed mokhtar memang terbaik buat masa sekarang, wajar dijadikan sumber inspirasi.
Curahan rasa puteraduyong @ ..Resepi Ketam Masak Cili Ringkas
Nampaknya orang Melayu dah semakin menurun kekayaan mereka. Dalam keadaan ekonomi sekarang orang Melayu bergerak perlahan dan sukar untuk berdiri sama tinggi dengan orang bukan Melayu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Virus Denggi Terbaru Semakin Bahaya
Tak banyak perubahan dgn tahun lalu. Tapi yang pasti senarai sentiasa didominasi org cina.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Shopping Online Lebih Jimat dengan Kupon iPrice
di Indonesiapun tak ada orang pribumi/tempatan yang jadi orang terkaya memanglah ekonomi selalu dipegang oleh warga keturunan
Curahan rasa islam di dadaku @ ..CERMIN
semoga di tahun tahun atau waktu yang akan datang jumlah orang melayu islam akan bertambah dalam senarai 10 individu terkaya di malaysia.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Affiliate Panduan Bisnes Baju Kurung Di Ashadee
Sayang nye Datuk Mokhzani dan Tan Sri Azman Hashim dah terkeluar.
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Rumah Selangorku, Dibuka Untuk Jualan.
Di tahun depan harus lebih banyak lagi orang Melayu yang masuk atau tersenarai dalam list 10 individu terkaya di Malaysia
Curahan rasa Dawaihati @ ..UpToPromo Cara Lain Menghasilkan Uang dari Blog
sangat mengisipirasi sekali untuk lebih semangat menjadi sukses seperti mereka
Abang Dadan bisa buat entri 10 susuk terkaya Indonesia 2015 ada di link forbes.
Curahan rasa denaihati @ ..Kisah Malang di kaunter bank
Semoga list ini memberi kesedaran kepada bangsa Melayu untuk terus berusaha meningkatkan ekonomi.
Curahan rasa Adf Blog @ ..Malaysia Best Blog ?
Dalam senarai 10 Individu Terkaya di Malaysia pada tahun 2014 ada dua orang tokoh berbangsa Melayu. Untuk tahun 2015, cuma tinggal Tan Sri Syed Mokhtar jer.. Semoga lebih ramai kaum Melayu dapat menjejaki Tan Sri pada masa akan datang..
Curahan rasa Anuar @ ..Iklan Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam bagi tahun 2015
Saya suka cara Tan Sri SYed Bukhari…disebalik kekayaannya. Ia hanya menggunakan kereta buatan tempatan. Yang paling penting rezeki yang Allah swt beri ni untuk kita kongsikan dengan orang lain..Macam moto Denahati yek?
Curahan rasa Sani Yunus @ ..Jangan Beli Senarai Produk Laku Keras dan Margin Tinggi!
Ya!! Inilah kelebihan yang ada pada Tan Sri Syed Mokhtar.. Beliau menggunakan kekayannya untuk beramal.. Semoga semaki murah rezeki beliau..
Curahan rasa Anuar @ ..Iklan Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam bagi tahun 2015
bukan mudah untuk menjadi kaya, apatah lagi kaya raya dan mengekalkan kekayaannya.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Nota Separa Perubatan Mengenai Senaman Yang Selamat
Rezeki itu datangnya daripada Allah S.W.T.. Kekayaan merupakan satu amanah besar yang dipertanggungjawabkan kepada insan yang terpilih. Selain itu kekayaan juga merupakan satu ujian daripada Allah S.W.T terhadap keimanan seorang hamba.
Cukuplah dapat jadi orang yang sederhana sahaja..
Curahan rasa Anuar @ ..Iklan Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam bagi tahun 2015
Di sebalik nama gah mereka, pasti banyak jerit-perih yang dilalui untuk sampai ke peringkat ini.
Semoga dapat mencontohi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang sangat membanggakan.
Curahan rasa myliferia @ ..Perbezaan Shaklee Sehingga Menjadi Satu Produk Luar Biasa; Ye Tak Ni?
betul tu…nak menjadi macam diorang memang mesti ada minda yang luar dari biasa..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs Samsung Galaxy J1 4G
Robert Kuok sentiasa di tangga yang teratas. Tahun ini perlu lebih kreatif dan berusaha untuk menambah pendapatan 🙂
Curahan rasa aryn @ ..MINUMAN PEMBERI TENAGA YANG BUAT ANDA TIDAK LEMAS BADAN DAN LESU SEMASA CUACA PANAS INI
Comments are closed.