Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Non muslim tak boleh masuk MAKKAH”. Kali ini nak kongsi tulisan ustaz Lutfi Lokman. Abang kenal beliau secara online masa beliau belajar di Makkah. Pernah sekali buat temu janji nak jumpa di Madinah tetapi tak ada rezeki nak jumpa akhirnya jumpa kat Malaysia setelah ustaz tamat belajar. Tulisan beliau di Facebook Lutfi Lokman memang selalu viral, tak rugi untuk follow.
Kali ini Abang nak kongsi catatan Ustaz berkenaan Gua Hira di Jabal Nur Makkah. Ramai jemaah umrah dan jemaah haji yang berusaha nak bersolat dalam Gua Hira.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Kebanyakan daripada kita ketika mengerjakan umrah, pasti akan menziarahi tempat-tempat bersejarah ketika program lawatan yang telah disediakan oleh pihak travel agensi.
Kalau tak ada, hang kena tanya travel agensi hang pasal apa tak ada.
Antara tempat yang kita akan pergi, adalah Gua Hira’.
Gua Hira’ ini terletak di sebuah bukit (jabal) yang bernama Bukit Nur yang memberi maksud bukit cahaya.
Tahukah anda,
1. Jabal Nur terletak kira-kira 4.8km dari Masjidilharam.
2. Untuk menaiki Jabal Nur, anda perlu mendaki selama lebih kurang sejam dari kaki bukit.
3. Gua Hira’, tidak terletak di puncak bukit. Ia terletak kira-kira 5 meter dari puncak. Anda perlu turun ke bawah melalui jalan yang curam untuk menuju ke Gua Hira’.
4. Wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW diturunkan di sini. Mengikut pendapat ulama, surah Al -Alaq ayat 1-5 disampaikan oleh Malaikat Jibrail AS kepada Baginda.
5. Nabi Muhammad SAW sebelum ‘kenabian’ telah pun mengunjungi Gua Hira’ ini untuk beruzlah dan menjauhi pemuda puak musyrikin Makkah yang lain.
6. Nabi Muhammad SAW berumur 40 tahun ketika dilantik menjadi Nabi.
7. Bukit ini terletak di Syaraye’ di mana ia adalah jalan menuju ke Ji’ranah dan juga Taif.
8. Dari puncak bukit, anda akan dapat melihat tepat ke arah Masjidilharam.
9. Terdapat penjual warga Pakistan yang menjual minuman sejuk seperti Pepsi, Coke, Mirinda, dan juga teh panas di atas puncak bukit. Ada juga peti ais di atas sana. Entah macam mana depa pikul peti aku pun tak tergambar di fikiran.
10. Tinggi Bukit ini adalah kira-kira 634 meter.
Banyak lagi gambar-gambar Gua Hira dan Jabal Nur yang gambar ini dirakam oleh Ustaz Lutfi Lokman ketika belajar di sana. Keterangan ada pada setiap gambar. Nak tengok klik Gambar Gua Hira.
Ustaz Lutfi Lokman
Bekas pelajar Umm Al Qura University, Makkah dan pernah bermastautin di sana selama 9 tahun.
EPL TRAVEL AND TOURS
54 Comments
Baru saya tahu, Jabal Nur terletak kira-kira 4.8km dari Masjidilharam . Dekat je rupanya
doa kami supaya ada rezeki naik ke Gua Hira juga. Ada rezek insyaAllah masa akn sampai jua
Entah macam mana depa pikul peti tu pun tak tergambar di fikiran dengan jalan nak naik ke atas sana punya berbatu dan tinggi
Subhanallah, dari puncak bukit pun boleh dapat melihat tepat ke arah Masjidilharam. Terujanya nak pergi
Seronok membaca pengalaman mereka yang dah pernah sampai ke sana berkali-kali. Mesti pengalaman manis
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kebanyakan daripada kita ketika mengerjakan umrah, pasti akan menziarahi gua hira di jabal nur ini
Kita perlu mendaki selama lebih kurang sejam dari kaki bukit untuk sampai ke puncak jabal Nur ni.
Peti sejuk di puncak bukit? Wow..tak terjangkau dek akal mcm mana diorang bawa naik atas sana. Thanks berkongsi fakta tentang Gua Hira ni..
Curahan rasa JMR @ ..Tips Kumpul Simpanan Kecemasan Sebanyak 3 Bulan Gaji.
kalau nak buat bisnes, apa pun sanggup dilakukannya.. laku plak tu.. sebenarnya ia idea yg bagus
Curahan rasa nikkhazami @ ..9 Cara Tingkatkan Jualan di Shopee
Kena sampai ke sana then baru tahu macam mana keadaannya kan. Semoga sampai lah hajat nak ke sana
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Terima kasih saya ucapkan kepada haji Amir kerana sudi berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang Gua Hira kepada para pembaca blog ini..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang Gua Hira kepada para pembaca blog ini. Banyak yang saya tak tahu ni
Belum pernah lagi mengerjakan haji atau Umrah, jadi tiada pengalaman di sana.. Tapi ada juga sedikit info yang saya dapat melalui pembacaan tentang perkara ni..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Bagus berkongsi info di sini, sebab senang kita nak gambarkan. Mudah-mudahan sampai hajat nak ke sana
alhamdulillah saya pernah naik ke jabal nur. naik waktu malam mmg sejuk la. dan naik ke situ agak mencabar.
bertuah kalau dah pernah ke sana.. saya rasa semua tanam impian untuk naik ke sana tapi ada yg tak larat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Yang dah berusia pun kalau ke sana ramai yang cakap lebih kuat dari orang muda. Mungkin juga berkat tanah suci
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Alhamdulillah, sampai juga ke gua hira tempat di mana Nabi kita beruzlah dulu ya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Alhamdulillah tuan Azrul dah ada pengalman ke san. Owh naik waktu lagi sejuk ye
Teringin nak pergi gua hira’, betul ke sekarang tak boleh lawat banyak tempat sebab katanya takut ada orang berniat tak elok
ada juga ya yang berniat tidak olek di tanah suci.. ish ish.. kalau maish muda, baik panjat je. bila lagi kan? hehe
Ada jemaah umrah dari negara lain yang buat benda tak elok atau khurafat dinatas jabal nur ni
Ada je muslim yang berniat tak elok bila ke san. Ada yang nak bawa blk toyol mekah pun ada niatnya
Sepatunya bila ke tanah suci ni kenalah berniat perkara perkara yang baik baik saja kan
Ada sesetengah tmpt memang ejen tak bawak pergi, nak nak tempat yang diorg dok buat amalam pelik2
Hebat benar orang yang menjual di atas tu, boleh fikir untuk sediakan minuman untuk pengunjung yang datang ke gua Hira.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Servis Cuci Karpet Kajang, Bangi, Putrajaya, Serdang, Shah Alam, Puncak Alam, Balakong, Bandar Tun Hussein Onn Dan Bukit Mahkota
Mungkin sudah sekian lama melihat mereka yang berada di atas sana keletihan dan memerlukan minuman, bertambah pula dengan barangan-barangan lain
Ada demand di ats san, senanglah supplier nak cari makn. Rajin org Pakistan ni kan
dah bertahun mereka lihat orang ramai datang, mungkin timbul idea bisnes dari situ. memang menjadi.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Beli Barang dari China di SGshop Malaysia
Pandai juga mereka mengintai peluang untuk berniaga di atas bukit Jabal ni. Untung sangat sebab ramai pengunjung
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
memang idea bisnes timbul sekira nampak ada permintaan di situ. Kena bijak ambil peluang
Hebat kan. Mesti diorang terfikir untuk cepat hilangkan dahaya mereka yang mendaki ke atas. Besar gak ganjaran di akhirat sana
Memudahkan orang lain, jadi Allah permudahkan urusan mereka. Ganjarannya di akhirat sana Allah gandakan.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Memang penat juga memanjat vukit tu bagi yang tidak biasa. Mungkin bagi mereka yang setiap hari naik ke atas dah tahu pengunjung mesti dahaga
tu la. orang meniaga seperti Pakistan tu sentiasa cari peluang. Kat ats bukit pun diorg sanggup kan
Tempat yang ‘wajib’ dikunjungi bila ke Tanah Suci. Keberkatan di sini bila ‘sejarahnya’ di ambil sebagai pengajaran.
Curahan rasa Penjual Makanan @ ..Panduan Lengkap Bisnes Aiskrim Yang Boleh Menjana RM5,000 Sebulan Secara Part-Time Di Hujung Minggu
tempat ni besar sejarahnya dalam agama islam. kalau ada peluang ke sana, wajib pergi dan lihat sendiri
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai SEO Company di Malaysia
Memang sgt besar. Kita telah dididik kenal Gua Hira ni sejak kecil lagi.. banyak pengajaran
Bersuluk atau bersendirian beribadah di tempat-tempat sunyi adalah tradisi orang-orang soleh. Tempat sunyi ini tidak semestinya jauh dari orang. Tempat sunyi juga boleh bermaksud suasana sunyi seperti di malam hari. Sebab itu Tahajud dikatakan solat sunat paling afdal.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Hot!!! 10 Ebook Terlaris Terbitan Klikjer Bulan Okt 2018
sebab tu nabi galak kita bangin tengah malam untuk solat sunat. waktu terbaik dan tenang untuk beribadah
nak cari ketenagan untuk beribadah dan serah tu kenalah cari waktu yang betul2 sesuai kan
Masa bersunyi ni senang untuk kita mengadu pada Pencipta kita. Semakin kita rapat dengan Dia. Bagus juga sesekali mengasingkan diri
Betul tu tuan. Tempat sunyi ini tidak semestinya terasing. Tempat sunyi juga boleh bermaksud suasana sunyi seperti di malam hari. Tenang je utk beribadah
Comments are closed.