Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kita semua sedia maklum mengenai bencana banjir yang menimpa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Ramai yang kehilangan harta benda dan pelbagai lagi. Sebagai salah satu langkah untuk membantu semua mangsa banjir. Setiap komen yang ditulis di denaihati.com bermula 27 Disember 2014 hingga 31 Januari 2015.
Kami akan menilaikan setiap komen itu dengan nilaian 1komen = RM1. Semua sumbangan akan kami salurkan kepada mangsa banjir yang terbabit melalui Misi Bantuan Banjir Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah yang diketuai Dato’ Syed Zainal ex-CEO Proton.
Bersama-sama kita membantu mereka yang ditimba ujian berat daripada Allah s.w.t ini. Semoga dengan sedikit bantuan ini, akan dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang mereka terima.
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. – Al baqarah ayat 261
Berikut adalah jumlah komen terkumpul setakat ini.
3428 komen = RM3428.00
Disamping itu, sama-sama kita doakan semua urusan untuk membantu mangsa bencana besar kali ini berjalan lancar. Tiada daya kita sebagai manusia di dunia ini, hanya dengan bantuan daripada Ilahi kita akan dapat melaksanakan segalanya.
Denaihati Network juga ada mengadakan Program Wakaf Al Quran Tafsir untuk mangsa banjir, butiran lanjut di halaman https://denaihati.com/QuranWakaf
416 Comments
tahniah team denaihati.
semoga sumbangan ini dapat mengurangkan beban mereka yang ditimpa bencana..
Curahan rasa maria @ ..Pencuci Puting Botol Susu Terbaik Agar Tidak Perlu Beli Puting Baru Tiap-Tiap Bulan
suka dengan inisiatif ni..rasanya ini kali pertama mak jemah jumpa buat komen sambil menderma…
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Buat D&C Hidup-Hidup Nasib Baik Bayi Masih Bernyawa
silakan mak jemah…komen lah tanpa had…heeee. masing2 dapat kelebihanya dan paling penting bantuan untuk mangsa banjir.
Curahan rasa Denaihati @ ..Langkah Keselamatan Sebelum, Semasa dan Selepas Banjir
Pray 4 pantai timur… Mari semua doakan pantai timur agar tidak ditimpa musibah lagi…
fyna nak share entri nih di blogfyna boleh? tapi dengan tajuk yang sama. boleh tuan denaihati?
Alhamdulillah…. masih lagi ada peluang untuk kita semua berikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan…. boleh dihebahkan kepada umum….
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..YAKINLAH – Anda tidak perlu berlapar untuk ketahui Rahsia Bijak Temuduga
Ada banyak masa dan banyak sumbangan boleh kita sumbangkan pd mereka, jom kita war2kan bro…
Curahan rasa Denaihati @ ..Carian Google paling popular 2014
Disebalik sesuatu ada sesuatu. Redho… sangka baik.
Segala musibah menyuruh kita kembali pada Allah.
alhamdulillah. antara usaha yang sangat bagus dan mulia. semoga dengan cara ini dapat meringankan bebanan untuk keluarga mangsa banjir nanti.
Sebuah langkah yang sangat bagus semoga menjadi amal jariyah sebagai bekal kita
Curahan rasa Al Najwa @ ..Adab-Adab Jamuan Dan Adab-Adab Menghadiri Undangan
alhamdulillah…
semoga setiap pemberian dapat meringankan bebanan mereka…
sama-sama kita membantu…
Curahan rasa MIL “JM”HASHIM @ ..FIZIKAL BUKAN PENGHALANG
Memang sangat bagus untuk saluran macam ni.semoga sumbangan ini akan terus meningkat setiap hari
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Skin Care Shaklee Menyerlahkan Kesempurnaan Wajah!
mari kita perbanyak komentar kita sambil mendapatkan backlink untuk blog kita
Curahan rasa Al Najwa @ ..Adab-Adab Jamuan Dan Adab-Adab Menghadiri Undangan
wah…cara ini sangat bagus dalam usaha membantu mangsa banjir..moga mangsa-mangsa banjir dapat menempuhi hidup-hidup mendatang dengan tabah
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs Asus Pegasus
semoga mereka tabah dan penuh kesabaran dgn ujian besarnya ni. masa kita utk kita beri bantuan ikut kemampuan kita.
Curahan rasa Denaihati @ ..2015 selamat melangkah dengan azam baru
ya…mudah je nak komen kat sini banyak… baru permulaan lepas banjir, terlalu banyak yg perlu dibaiki dan betulkan.
Curahan rasa Denaihati @ ..2015 selamat melangkah dengan azam baru
betul tu tuan dh. fasa lepas banjir lebih banyak kos yang diperlukan
Curahan rasa maria @ ..Ubat Sakit Sendi Paling Berkesan Untuk Mak Ayah Yang Terseksa Nak Solat
Banyak lagi masa untuk mengumpul komen! Chaiyok2 rakyat Malaysia anda boleh!
Curahan rasa Therina Jopri @ ..3 tips berhenti merokok dan bagaimana produk Shaklee boleh membantu
betul tu…selagi ada masa terluang ni…marilah bersama-sama kita menulis komen di sini…
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs Asus Pegasus
Selagi mampu akan mengomen sebanyak yang boleh..sebagai sokongan kepada tuan DH dan team
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Membesar Bagai Juara bersama Vita-lea for Children
komen tanpa had, bantuan pd mereka tanpa had, sentiasa diperlukan sebanyak mana yg kita sanggup dan mampu.
Curahan rasa Denaihati @ ..Buktikan Cinta Kepada Rasulullah SAW
Semoga mangsa banjir dapat bersabar dan tabah menghadapi dugaan.
Ujian ini bukan sahaja untuk mangsa banjir tapi untuk kita semua.
samaada kita nak tengok saja atau sama-sama bantu.
Curahan rasa lankapo @ ..Tutorial Untuk Link Domain .my dari myNIC ke Blogspot Bahagian 3
Pasti bukan masanya utk tengok je, banyak cara hulurkan bantuan dan doanya sekali.
Curahan rasa Denaihati @ ..2014 yang indah dalam kenangan
Semoga tabah mangsa mangsa banjir, ini adalah ujian dari Allah untuk kita, hadapinya dengan jiwa yg kental. InshaAllah
semoga usaha ni mendapat sambutan dari semua fan denaihati.
mari kite komen byk2 kasi up bantuan
Curahan rasa Leyha @ ..Pengedar Shaklee Wangsa Maju : Selamat Tahun Baru
betul tu…usaha yang dibuat oleh denaihati ni memang kreatif…sangat-sangat memudahkan kita untuk menderma dengan hanya menulis komen
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs Asus Pegasus
Aminn. salah satu cara mudah kita nak hulurkan bantuan pd mereka. jom berkampung kat sini…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Trafik blog 2014 dalam kenangan
semoga usaha tuan Denaihati mencapai matlamat diberkati oleh Allah swt.. InsyaAllah
Curahan rasa zie fauzi @ ..Parut Tanda Aktif
btul tuh. amin. semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua dalam membantu mereka
Curahan rasa Leyha @ ..Detox : 4 Cara Membuang Toksin Dalam Badan
tujuan kita dapat membantu sebanyak mungkin kepada mangsa banjir. mudahan urusan penghantaran bantuan juga dipermudahkan nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jadual dan Keputusan English FA Cup 2014/15
semoga segala usaha diberkati dan Allah memudahkan urusan penghantaran bantuan ke sana..in shaa Allah
Curahan rasa maria @ ..Petua Hilangkan Gegata Dengan Pantas Supaya Tidak Lagi Merenyam Sepanjang Malam
Satu usaha yang murni ni tuan DH. Semoga di rahmati Allah SWT.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Jutawan Remaja Aset 72 Juta Dengan Saham
Comments are closed.