Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
Be Strong ini semua adalah dugaan dari Allah. Moga anda sekuarga tabah menghadapi dugaan yg di beri
Allah sayangkan hambaNya yang diuji. Bertabahlah! Jangan putus harapan. Allahkan ada.
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun . semoga dapat tabahkan diri dengan ujian ini
Semoga tabah dengan ujian ini. In sha Allah ada perkara yang lebih baik menanti. Amin.
hilang harta boleh d cari,hilang nyawa xkn brganti…sabarlah wahai saudaraku…Allah s.w.t sedang mnguji kamu…semoga kamu tabah.
Allah nak kurniakan rezeki yang lebih besar lepas ni.setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya
Curahan rasa Miracle Vitamins @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
YaAllah habis satu rumah.. alhamdulillah ada juga yang prihatin seperti denahati network ni. Jom sama-sma menyumbang.
Curahan rasa Akak Vitamin @ ..A new start
Jom sama-sama menyumbang beri komen yg secara tak langsung membantu saudara kita
Semoga Allah memberi ganjaran kebaikan pada tuan denaihati yang menguruskan sumbangan ini. Buat BH pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yg lebih baik
Curahan rasa ustazahain @ ..Salam Maal Hijrah 1436
Harap Bersabar kerana ini adalah ujian daripada allah s.w.t , kita sebagai hambaNya hendaklah menerimanya…
berdoalah selalu tanpa henti semoga kita dapat bina jalan hidup baharu dengan sabar dan tabah selalu
Curahan rasa cahayacinta @ ..Prince Charming: Siapa Awak?
Berat beban baju yang memikulnya tapi sebagai rakan kami mampu berdoa semoga Allah berikan ketabahan kepada keluarga ini
Curahan rasa Miracle Vitamins @ ..Vitamin Shaklee Kesukaan Saya!
terkadang susah ingin mencari kekutan tapi percayalah setiap yang hadap kita terima dengan qadaknya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Ebook Resepi Cakoi Mudah Dan Sedap Bersama Kuahnya
mahu tidak tidur malam jika memikirkan hal sedemikian rupa.sabarlah wahai blogger bachtiar dan keluarganya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Low Shank Adaptor Snap On Foot Adapter_Portable
ketabahan akan uji setimpal dengan kekuatan seseorang itu.Dia ketahu segalnya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cahayacinta Swiss Roll Giraffee HE he hE
sesuatuyang luar jangkaan dan akal fikiran pada sesiapa yang melaluinya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kekejaman Bukan Milik Kita
As salam..sememangnya hanya sesiapa yg pernah mengalami musibah ini yg tahu bagaimana perasaan ketika ini..bershukurlah semua keluarga terselamat. Didoakan semoga tabah dengan dugaan dariNya…semoga dipermudahkan semua urusan..aamiin
kami sedia memberikan sokogan moral lalui dengan penuh kekuatan ya sis.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Prince Charming: Siapa Awak?
Comments are closed.