Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
Insyaallah saya nak menyumbang sebanyak RM100 tapi bukan hari ini sebab saya masih lagi kena kerja. Ada tak no talipon sebab bila saya masuk duit blh terus saya mesej ke Denaihati. Moga Allah merahmati usaha ini
Bersedekah juga lebih mulia daripada yang mrnerima, oleh itu teruskan memberi sumbangan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
keep strong..Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan
http://blog-aiman-la.sharethisstory.net/my-890056-5980
salam…bersabarlah ..setiap apa yg blaku pasti ada hikmahnya..aggplah ini ujian dr Allah buat insan istimewa spt anda. berat mata memandang..berat lg bahu memikul..sy doakan agar anda dikurniakan.kbhgiaan dunia dan akhirat..amin
Berat mata memandang..berat lagi bahu memikul..semoga beliau tabah dengan dugaan yang dihadapi..
Curahan rasa Shah PK @ ..Selamat Datang ke ProKereta.com!
Tangan memberi lebih baik daripada tangan menerima. Inilah masanya nak memberi sumbangan setakat terdaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
ida harap Mudah-mudahan ni dpt mmbantu meringankan beban hidayah sekeluarga..amin
mari kita ringankan beban yg ditanggung hidayah. sempga kita mendapat pahala yang berlipat ganda
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW BUKU – More Than This
masih ada masa utk kita bantu hidayah. jom komen banyak banyak kat sini
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW BUKU – More Than This
bnykkn bsbar…dugaan Tuhan…maknanya Tuhan syg…pasti dtg rezeki lain…amin
Sungguh tabah Dayah Bachtiar.. walaupun rumah habis terbakar namun masih berada dalam keadaan yang tenang..Syukur Alhamdulillah..semua ahli keluarga selamat..
Curahan rasa Ummi @ ..AKTIVITI SAMBUTAN MAAL HIJRAH
moga keluarga blogger bachtiar tabah hadapi musibah ni. bagusnya kempen sebegini. menghulurkan bantuan, meringankan beban. moga dipermudahkan, dirahmati olehNya
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih
as Salam buat Dayah & Keluarga,
Semoga tabah menghadapi dugaan ini. In Shaa Allah, Allah mengurniakan lbh byk kebaikan buat saudari sekeluarga. Amin.
Harap beliau bersabar dengan semua dugaan ini..in shaa Allah , setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya..
Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya..sabar dan tabahlah dalam menghadapi dugaan dari Allah.. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mengetahui akan tiap2 seauatu..
Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik Dari yang sebelumnya
Curahan rasa Miracle Vitamins @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
semoga tabah selalu dan digandakan rezeki selepas ini.. awak diuji kerana Allah tahu dia mampu.. so hadapilah
Comments are closed.