Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
Assalammualaikum semoga tabah ok. Dugaan dri Allah . Salam takziah dari keluarga Saya Buat Akak .
salam takziah buat keluarga kak dayah, sabar dengan ujian Allah, semoga Allah permudahkan segala urusan kak dayah..
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih .
tengok total terkumpul, senyum..walaupun dgn 1 komen, mampu menyumbang serba sedikit kan..
Curahan rasa JMR23 @ ..Bukti ikatan kukuh antara Rakan Blogger
assalam. semoga akak tabah dalam menempuhi ujian hidup ini. setiap yang trjadi pasti ada hikmahnya….
wssalam sis azza.
inshaAllah, itulah yang kita harapkan.
semoga seluruh keluarga kak dayah tabah menerima ujian ini.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih
Assalamualaikum kak dayah..
Semoga Allah permudahkan semuanya..
Bersabar lah atas ujian ini.. Takziah kak..
Wssalam sis misrah.
Moga kak dayah ada sama membaca komen-komen disini.
Kita cuba sebaik yang mungkin bantu kak dayah ya.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih
Bertabahlah menempuh ujian…Semoga Allah gntikan dgn yg lebih baik lagi nti
InshaAllah Mek Nab,
PG yakin akan ada yang lebih baik menanti keluarga kak dayah.
InshaAllah, kita doakan yang terbaik.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih
Salam Maal Hijrah,
Terimakasih Pak Denaihati beri info begini,,
dapat juga saya bersedekah,,kepada mangsa dan keluarga itu,,
bersabar atas dugaan dunia,,,,
semoga bantuan Allah sentiasa dekat,,
Amin,,
Curahan rasa hjhche @ ..Korban untuk sebuah keselamatan diri dan amal ibadat itu,,
Salam Maal Hijrah juga dari PG ya hjhche.
Semoga bantuan dengan cara ini dapat membantu keluarga kak dayah sedikit sebanyak.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih
sabar kak, allah ada dan allah tau akak mampu hadapi ujian ni..mmg ambik masa untuk terima hakikat..mohon allah beri pahala atas musibah dan allah gantikan yg lebih baik darinya..amin..
moga kata-kata semangat asyikin akan dibaca oleh kak dayah disini, dan sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung kak dayah. inshaAllah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih
Semoga tabah…insha Allah..ada hikmah disebalik musibah..janji Allah pasti.
InshaAllah. semoga kak dayah tabah menerima ujian ini. kita sama-samalah membantu disini ya.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih
betul tu..setiap yang berlaku pasni ada hikmah di sebalik.janji kena sabar..
Curahan rasa JMR23 @ ..Bukti ikatan kukuh antara Rakan Blogger
Kak dayah omey…. takziah
Semoga allah permudahkan semuanya dan diberi ketabahan dalam ujian hidup.
sedihnya bila musibah melanda..
harap-harap beliau tabah menghadapinya.. mungkin Allah nak menguji dan akan ada rezeki lain yanhg akan diberikan
Curahan rasa zool @ ..Maklumat Mengenai Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Innalillah……moga kuarga ini diberi ketabahn olehNya, stiap yg trjadi ada hikmahnya, sabar ye sis !
morning, assalam.
syukur alhamdulillah, jumlah kian bertambah dari semasa ke semasa. moga ada lagi yang tampil memberikan bantuan dengan meninggalkan komen disini.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih
kan..salute dgn pengomen dan juga tuan DH dgn cara ini..so sesiapa saja pun mampu menyumbang sesuatu..
Curahan rasa JMR23 @ ..Bukti ikatan kukuh antara Rakan Blogger
Semoga semua dpt membantu saudara kita ni..semoga urusan dipermudahkan..amin.
Comments are closed.